Tidak dibolehkan kencing berdiri, kerana ia bercanggah dengan sopan dan etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya. Namun jika diyakini air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan tidak akan terkena dirinya, maka tidak menjadi halangan baginya untuk kencing berdiri. Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :
“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya.”
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Petikan hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.
Imam An-Nawawi mengatakan kencing dalam keadaan duduk adalah lebih baik mengikutnya pandanganku, namun jika seseorang kencing dalam keadaan berdiri, maka itu juga tetap di bolehkan. Kedua-dua keadaan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Ada sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka perbuatan Nabi kencing berdiri adalah kerana ada keuzuran bagi baginda, kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri.
Di kalangan para sahabat sendiri terdapat khilaf tentang kencing berdiri. Terdapat riwayat menceritakan bahawa Saidina Umar, Ali, Zaid bin Tsabit, Ibnu Umar, Abu Hurairah dan Anas ra pernah kencing sambil berdiri. Antara sahabat yang memakruhkannya pula ialah Ibnu Mas’ud dan diikuti oleh Imam as-Sya’bi dan Ibrahim bin Sa’ad.
Rumusan dari perbahasan kencing berdiri di atas, maka hukumnya adalah harus jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk. Manakala hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :
“Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW”.
Selalu sahaja kita dianjurkan untuk beristighfar jika melakukan sesuatu kesalahan. Cukuplah sekadar lafaz Astaghfirullah, dan kemudian kita melalui kehidupan seperti biasa. Itulah hakikatnya makna yang tersirat istighfar bagi orang-orang yang lalai. Hanya sekadar lafaz tanpa mendalami makna Istighfar tersebut. Ma maqna Istighfar? Yakni memohon keampunan daripada Allah Azza Wajalla dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan. Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan.
Menurut segolongan ulama, “Setiap doa yang memohon keampunan Allah, maka ia adalah istighfar”
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:
“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Tahukah kita akan keajaiban disebalik istighfar itu?
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)
Hadis di atas jelas nyata menunjukkan tuhan memberi rahmat kepada yang mereka yang suka beristighfar. Selain dari beristighfar dari melakukan dosa, ianya zikir untuk yang paling cukup bermakna, untuk mengingatkan kita agar tidak terjebak dari melakukan dosa. Sedangkan Nabi juga sentiasa beristighfar seperti dalam hadis ini :
Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Tirmidzi)
Nabi yang maksum yang terpelihara dari segala dosa pun sentiasa melafazkan taubat, sedangkan kita yang sukar dari melarikan diri untuk tidak berbuat dosa amat sukar untuk melafazkan istighfar. Sedarkah kita, segala kesulitan yang kita terima adalah hasil dosa-dosa yang kita lakukan, hanya taubat dapat mengatasi rasa sulit tersebut.
Terdapat dua jenis musibah, yakni musibah yang menguji benteng keimanan kita, atau musibah untuk memberi balasan atas dosa-dosa yang kita lakukan. Jika menguji benteng keimanan kita, itu bermakna tuhan sayang kita, dan kepadaNya kita berserah, memohon keredhaan. Kerana kita akan sentiasa di uji, tidak kira masa, seperti mana firman Allah :
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta.”(Surah al-Ankabut: 2-3)
Tetapi bagi Musibah azab, inilah yang paling dahsyat, jika kita belum sempat bertaubat, maka yang menanti kita di alam lain hanyalah seksaan dariNya. Tetapi bagi mereka yang sentiasa beristighfar, Allah sama sekali tidak memberi musibah berbentuk azab, seperti mana firmanNya:
“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33).
Tahukah kita kelebihan yang terbesar di dalam istighfar? Mari kita hayati terlebih dahulu maksud-maksud firman Allah.
“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12).
“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136).
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)
Demikian telah jelas dan nyata, bahawa dengan bertaubat, insyaAllah akan dikurniakan rahmat dariNya.
Kita lihat kembali hadis sebelum ini :
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud).
InsyaAllah, makbul doa kita jika sentiasa terus menerus beristighfar kepadanya. Untuk merungkaikan kefahaman kelebihan istighfar, lihat sahaja kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.
Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.
Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi”.
Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
Jawab lelaki itu ” Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal”
Maka kata Imam Ahmad : ” Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”
Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
1. Memadu kasih antara dua insan lelaki dan perempuan adalah antara nikmat anugerah Allah swt kepada ummat manusia. Malah kasih dan cinta yang berputik lalu berbunga dan berbuah inilah menjadikan bumi ini meriah dengan penghuninya. Namun Islam tidak menetapkan hari-hari tertentu untuk meraikannya.
2. Adam dan Hawa pernah memadu kasih. Sunnah mereka berdualah menjadi fitrah ummah yang tidak mungkin boleh dipadam. Lantas Islam dibawa datang dari tuhan yang sama dengan tuhan yang telah mencipta manusia lalu menyatukannya dengan kasih dan cinta, malah tuhan yang sama jua telah menyusun kehidupan ini dengan penuh sistematik agar cinta tidak bernoda dan kasih tidak menjadi tragedi.
3. Islam mensyariatkan institusi perkahwinan untuk meluruskan kasih dan cinta. Justeru itu, Islam mengizinkan lelaki dan perempuan saling membina perasaan, memupuk rasa kasih serta memekarkan bunga cinta antara mereka selama mana mereka tidak membiarkan syaitan dan iblis menjadi perantara yang menjerumuskan hubungan mereka ke lembah maksiat dan mungkar.
4. Anak-anak muda muslim dan muslimah boleh meraikan kekasih hati mereka terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, samaada sempena hari kekasih ataupun pada hari lebaran yang lain selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam. Antaranya :
a] pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram
b] tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi
c] tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama
5. Mereka mungkin perlu bertemu pada saat-saat tertentu dengan memelihara adab dan akhlak yang telah saya nyatakan tadi, bagi mereka saling mengenali dan menyelami isi hati mereka sebagaimana mereka perlu membincangkan rancangan masa depan dan persiapan mereka menghadapi gerbang perkahwinan.
6. Namun anak-anak muda muslim perlu elakkan budaya asing dan syiar agama lain dibawa masuk mewarnai corak dan gaya kehidupan mereka. Lantaran Islam sudah lengkap dengan tatacara dan gaya hidup yang indah dan mendamaikan. Islam tidak pernah menghalang kemahuan dan keperluan manusia tetapi Islam memurnikan kemahuan dan mengurus keperluan mereka agar tidak terhindar dari redha Allah swt Tuhan yang mencipta mereka.
7. Meraikan kekasih hati tidak terhad kepada anak-anak muda yang belum berumahtangga, bahkan terlebih wajar ianya diraikan oleh pasangan yang sudah berumahtangga, samaada yang baru dibina ataupun yang sudah lama. Keraian tersebut boleh menyuburkan rasa kasih dan cinta yang sekian lama bersemi. Hubungan suami isteri bertambah intim dan keluarga kian erat. Terutama seorang pejuang, terlebih aula ia memiliki rumahtangga yang mendamaikan agar aksi di medan juang lebih berkesan.
8. Saya mengesyorkan, sempena hari kekasih ataupun apa jua nama hari lebaran yang membawa maksud serupa, diraikan dengan hadiah dan ziarah. Jika melibatkan pasangan yang belum diijab kabul, pastikan 3 adab dan akhlak yang telah saya tegaskan tadi laksanakan.
9. Tidak susahkan? hanya perlu ditemani mahram seperti adik beradik ataupun ibubapa serta berpakaian menutup aurat. Ianya untuk keselamatan anda juga. Ingat, kita hidup di zaman yang sangat terdedah kepada kemungkinan maruah kita dicalar dan diragut dengan begitu mudah dan rakus jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati.
10. Saya ucapkan selamat meraikan kekasih hati anda dengan akhlak Islami. Semoga rumahtangga anda, samaada yang bakal dibina atau yang telah lama dibina akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah swt.
Nota: sempena sambutan Maulidur Risaalah, saya juga mengharapkan semua khasnya anak-anak muda muslim/ah meletakkan rasa kasih dan cintanya kepada Junjungan Besar Nabi kita Muhammad saw. mengatasi cinta dan kasih kita kepada manusia yang lain.
Dalam pemahaman orang Melayu khasnya dan rata-rata manusia umumnya termasuk golongan ‘pembaharu’ ( pemikir-pemikir hak asasi manusia ) , mereka sudah masak dengan kefahaman bahawa makna ‘ADIL’ adalah sama rata, sama banyak atau sama-sama seimbang.
x adil?Natijah dari kesilapan memahami makna ‘adil’ ini, akhirnya membuatkan muncullah kenyataan : Islam itu tidak adil dan Allah itu tidak adil. Kata golongan ini, antara buktinya adalah:
a) Dalam bab nikah kahwin – lelaki diberi hak beristeri sehingga 4 ( jika mampu berlaku adil ), adapun wanita tidak.b) Aurat lelaki sedikit, adapun aurat wanita itu banyak.c) Pembahagian harta pusaka (fara’id) – lelaki dapat 2 bahagian dan wanita hanya 1 bahagian.d) Lelaki boleh bekerja sehingga lewat malam, wanita ditegah.e) Lelaki menjadi ketua keluarga ( mencari rezeki, bekerja, mencari tempat perlindungan dan sebagainya ), adapun wanita dihadkan fungsinya.Ini menandakan Islam tidak adil dan mendiskriminasikan wanita, kata mereka.
Adil Menurut IslamDalam Islam, adil adalah ‘meletakkan sesuatu (sesuai ) pada tempatnya. Bukan bermaksud sama banyak atau sama rata atau seimbang dalam semua perkara. Contohnya dalam bab aurat : Islam menetapkan had aurat yang wajib ditutup bagi wanita lebih banyak dari lelaki, sesuai dengan kejadian ciptaannya. Allah menjadikan mereka ini cantik dan indah sehingga boleh menarik perhatian kaum lelaki, maka bermakna wanita adalah barang mahal dan berharga yang tidak boleh sesuka hati ditonton oleh sesiapa sahaja melainkan orang-orang yang tertentu yang dikhaskan iaitu suami dan ahli keluarga. Maka, wanita dipelihara oleh Allah dengan aurat yang agak lebih sedikit dari lelaki. Inilah Islam yang meletakkan sesuatu aturan sesuai dengan fitrah kejadian manusia kerana Allah yang lebih berhak tahu tentang keperluan makhluk yang Dia sendiri ciptakan.

Bahkan jika mahu dikatakan Islam itu zalim, iaitu tidak adil menurut pemahaman manusia hari ini, maka lihatlah bagaimana keadaan wanita sebelum kedatangan Islam. Mereka dihinakan sebegitu dahsyat, dijadikan bahana pameran, dijadikan bahan pemuas nafsu sahaja sama seperti hari ini wanita diesksploitasi untuk cover depan majalah untuk tujuan pelarisan perniagaan atau apa-apa produk. Maka, inilah kehinaan dan kezaliman kepada wanita sebenarnya. Begitulah juga dalam bab hak mencari rezeki, hak dalam harta warisan dan sebagainya.
Maka, lawan bagi kalimah adil adalah zalim iaitu meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya seperti pakaian yang sepatutnya dipakai oleh orang lelaki, lalu dipakai oleh wanita, itulah Zalim.
Adil Dalam Fiqh dan HadithDalam ilmu fiqh dan hadith, makna adil berbeza pula.
Fiqh : Apabila disebut seorang saksi kes zina dalam Islam hendaklah saksi yang adil. Maka makna adil dalam konteks Fiqh adalah :
“ saksi yang tidak fasiq iaitu hidup melakukan dosa besar “. Maka saksi yang fasiq tidak sah dan tertolak menurut pandangan Islam kerana mana mungkin orang yang hidup dalam dosa besar muncul untuk menjadi saksi dalam perkara melibatkan dosa besar juga. Sudah tentu soal kepercayaan terhadap mereka ini, boleh dipertikaikan.
Hadith : Antara sebab hadith itu menjadi sohih adalah kerana perawinya bersifat adil. Maksud perawi yang adil dalam Ilmu Hadith sama sahaja seperti adil dalam bab Fiqh, cuma ada sedikit tambahan iaitu :
“ mengerjakan suruhan dan taat kepada Allah, tidak melakukan dosa besar, menjauhi perkara yang boleh merosakkan iman (aqidahnya) , tidak mengikut mana-mana hadith yang bertentangan dengan syara’, menjaga maruah baik dari segi syara’ mahupun adat “Adil dalam hadith juga adalah perawi hadith itu tidak termasuk difitnah atau dituduh dengan 5 perkara ini :
a) berdusta, fasiq, jahil dan bid’ah.
b) Bergaul dengan sahabat-sahabat yang tidak bermaruah (berakhlak).
c) Keterlaluan dalam bergurau senda.
d) Membuang air ditepi jalan.
e) Makan dijalanan (kedai-kedai dll – pen)
Maka ,hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang tidak adil iaitu fasiq adalah ditolak. Mudahan-mudahan kita sama-sama memahami makna adil dalam Islam dan dalam konteks ilmu hadith dan ilmu Fiqh ini.
Sumber rujukan : Pengantar Ilmu Hadis – Rosmawati Ali @ Mat Zin – Kuala Lumpur.

"Salam. Effy. Bole belikan Vitacid tak kat Farmasi? Nak cepat tau. Kalau dah beli nanti miskol, jumpa kat bawah."
I looked at my watch. It was almost 5 p.m. That means Maghrib is just around the corner. No wonder this friend of mine asked me to buy her some Vitamin C, since it's kinda odd or not too safe for a girl to be going out by herself at times like this. At least here in Cairo. So i thought, naah. Why not...
So after buying the Vit C she wanted from a pharmacy nearby, i gave her a call telling that i'll be waiting at the groundfloor to pass that thing she asked me to buy. 2 minutes after, she came down from the girl's building and came to me. But the most unacceptable thing happened. After paying me for the Vit C, guess what.. She just walked away.. and yes, without even looking at my face, let alone say thank you!
*****
Back when i was in Matriculation Center of IIUM, PJ, we had this amazing English lecturer.. But she's not a muslim though.. She's Sikh. There was this girl from my class, whose essay paper hadn't been marked yet. So our lecturer asked me to mark her paper n find any grammatical errors for her. Sitting like 10 meters away from me, she just handed her paper to the person next to her and asked that person to pass her paper to me.
"No no. Give that paper back to her. I want her to personally hand over that paper to Effy. You are asking him for help, aren't you?" my lecturer said.
So she stood up, come over to where i sat, and handed over her paper to me with rolling eyes! And guess what... She didn't even look at my face too! Let alone say 'please' or 'thank you'.
**********
What do these two people have in common? I'd say that they both are religious n pious.. That Vit C gal is studying in Al-Azhar University and that eyes-roller gal graduated from Darul Quran JAKIM..
But until now, i'm still wondering.. Does Islam encourage you to be that
thiqah? Too
thiqah that you don't even have the courtesy to say 'thank you' or at least smile at people from whom u asked help?
**********
Back in 2001.. when i was in form 3 in Sek Men Agama Kerajaan Johor.. We were decorating our class for some function (i forgot what function it was) when i accidentally touched one of my classmates' hand (and of course, she's a she).. After saying sorry and telling her that that was totally an accident, i continued my work.. Until the girls in my class gathered around and looked at me, saying,
"Kau la ni Effy punya pasal.."I was shocked.
"Kenapa ni?" i asked.
"Ko terpegang tangan dia kan tadi. Kan dia dah menangis."I was like,
"Laa,bukannye sengaja.. Kenapa pulak nak nangis.."And guess what.. 5 years later, i saw her in
Friendster.com taking picture with a boy side by side touching legs after playing bowling together!
Can u imagine that???!?
http://www.effysaiful.com/

Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?
What if we carried it around in our purses or pockets?
What if we flipped through it several time a day?
What if we turned back to go get it if we forgot it?
What if we used it to receive messages from the text?
What if we treated it like we couldn't live without it?
What if we gave it to kids as gifts?
What if we used it when we traveled?
What if we used it in case of emergency?
This is something to make you go....hmm...where is my Quran?.
Dukacita sebahagian penceramah, menjadikan masjid dan surau sebagai platform mengiklankan barang-barang jualan mereka. Atau mengiklan produk-produk mereka yang disokong oleh dalil-dalil yang kebanyakannya tidak benar. Namun masyarakat umum yang telah memberi kepercayaan, ramai yang termakan.
Akhirnya masjid menjadi pusat iklan barangan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sedangkan peniaga-peniaga lain tidak ada peluang. Kalau satu syarikat diizinkan, mengapa syarikat yang lain tidak? Jika semuanya diizinkan, jadilah masjid bagaikan ‘pasar lambak’ tempat peniaga mengiklankan barangan mereka. Nabi s.a.w menyebut:
مَنْ سَمِعَ رَجُلًا يَنْشُدُ ضَالَّةً فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَقُلْ لَا رَدَّهَا اللَّهُ عَلَيْكَ فَإِنَّ الْمَسَاجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا
“Sesiapa yang mendengar seseorang mengistiharkan barangan hilang dalam masjid, maka hendaklah dia berkata: “Semoga Allah tidak akan mengembalikannya kepadamu, sesungguhnya masjid tidak dibina untuk ini”. (Riwayat Muslim)
Jika mengumumkan barangan hilang dalam masjid kerana itu dilarang kerana memalingkan maksud atau tujuan masjid sebagai pusat tumpuan ibadah, bagaimana mungkin untuk mereka berkempen barang jualan di dalamnya?
إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ فَقُولُوا لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ
“Jika kamu melihat seseorang menjual atau membeli di masjid, maka katakanlah: ALLAH tidak akan menguntungkan perniagaanmu..” (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani)
Maka perbuatan tersebuat adalah dilarang berdasarkan nas-nas di atas.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
وإذا استيقظ أحدكم من نومه فليغسل يديه قبل أن يدخلهما في الإناء ثــلاثا ، فــإن أحــدكم لا يــدري أين بــاتت يــده
“Dan apabila seseorang bangun daripada tidurnya , hendaklah ianya membasuh kedua tangannya 3 kali sebelum ia memasukkannya (tangan) ke dalam bekas yang berisi air (kolam).Kerana sesungguhnya , ia tidak tahu dimana tangannya berada (semasa tidur).”(Hadis Muttafaqun ‘Alaihi , Bukhari : 162 dan Muslim : 278)
Hadis di atas menyebutkan tentang suruhan membasuh tangan sebelum memasukkannya ke dalam kolam atau apa sahaja bekas yang mengandungi air atau memegang apa sahaja benda-benda yang basah. [Taisir al-‘Allam syarh ‘Umdatul Ahkam , m/s : 20]
Illahnya ialah sebagaimana yang diterangkan dalam hadis tersebut bahawa seseorang yang tidur tidak tahu dimana kedudukan tangannya. Tambahan pula tidur diwaktu malam tempohnya adalah lama dan berkemungkinan besar ia akan menyentuh benda-benda yang kotor dan sebagainya.
Walaubagaimana pun suruhan tersebut bukanlah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan.Ini kerana menurut Jumhur Ulama , hukumnya adalah sunat dan suatu perkara yang disukai.Manakala pendapat yang masyhur disisi Imam Ahmad ialah wajib membasuh kedua tangan selepas bangun tidur , berdalilkan zahir hadis di atas.
"I'm so tired.""Tired of what?"
"Of all these people judging me.""Who judged you?"
"Like that woman, every time I sit with her, she tells me to wear hijab.""Oh, hijab and music! The mother of all topics!"
"Yeah! I listen to music without hijab…haha!""Maybe she was just giving you advice."
"I don't need her advice. I know my religion. Can't she mind her own business?""Maybe you misunderstood. She was just being nice."
"Keeping out of my business, that would be nice...""But it's her duty to encourage you do to good."
"Trust me. That was no encouragement. And what do you mean `good` ?""Well, wearing hijab, that would be a good thing to do."
"Says who?""It's in the Quran, isn't it?"
"Yes. She did quote me something.""She said Surah Nur, and other places of the Quran."
"Yes, but it's not a big sin anyway. Helping people and praying is more important.""True. But big things start with small things."
"That's a good point, but what you wear is not important. What's important is to have a good healthy heart.""What you wear is not important?"
"That's what I said.""Then why do you spend an hour every morning fixing up?"
"What do you mean?""You spend money on cosmetics, not to mention all the time you spend on fixing your hair and low-carb dieting."
"So?""So, your appearance IS important."
"No. I said wearing hijab is not an important thing in religion.""If it's not an important thing in religion, why is it mentioned in the Noble Quran?"
"You know I can't follow all that's in Quran.""You mean God tells you something to do, you disobey and then it's OK?"
"Yes. God is forgiving.""God is forgiving to those who repent and do not repeat their mistakes."
"Says who?""Says the same book that tells you to cover."
"But I don't like hijab, it limits my freedom.""But the lotions, lipsticks, mascara and other cosmetics set you free?! What's your definition of freedom anyway?"
"Freedom is in doing whatever you like to do.""No. Freedom is in doing the right thing, not in doing whatever we wish to do."
"Look! I've seen so many people who don't wear hijab and are nice people, and so many who wear hijab and are bad people.""So what? There are people who are nice to you but are alcoholic. Should we all be alcoholics? You made a stupid point."
"I don't want to be an extremist or a fanatic. I'm OK the way I am without hijab.""Then you are a secular fanatic. An extremist in disobeying God."
"You don't get it, if I wear hijab, who would marry me?!""So all these people with hijab never get married?!"
"Okay! What if I get married and my husband doesn't like it? And wants me to remove it?""What if your husband wants you to go out with him on a bank robbery?!"
"That's irrelevant, bank robbery is a crime.""Disobeying your Creator is not a crime?"
"But then who would hire me?""A company that respects people for who they are."
"Not after 9-11""Yes. After 9-11. Don't you know about Hanan who just got into med school? And the other one, what was her name, the girl who always wore a white hijab…ummm…"
"Yasmeen?""Yes. Yasmeen. She just finished her MBA and is now interning for GE."
"Why do you reduce religion to a piece of cloth anyway?""Why do you reduce womanhood to high heals and lipstick colors?"
"You didn't answer my question.""In fact, I did. Hijab is not just a piece of cloth. It is obeying God in a difficult environment. It is courage, faith in action, and true womanhood. But your short sleeves, tight pants…"
"That's called `fashion`, you live in a cave or something? First of all, hijab was founded by men who wanted to control women.""Really? I did not know men could control women by hijab."
"Yes. That's what it is.""What about the women who fight their husbands to wear hijab? And women in France who are forced to remove their hijab by men? What do you say about that?"
"Well, that's different.""What difference? The woman who asked you to wear hijab…she was a woman, right?"
"Right, but…""But fashions that are designed and promoted by male-dominated corporations, set you free? Men have no control on exposing women and using them as a commodity?! Give me a break!"
"Wait, let me finish, I was saying…""Saying what? You think that men control women by hijab?"
"Yes.""Specifically how?"
"By telling women how and what to wear, dummy!""Doesn't TV, magazines and movies tell you what to wear, and how to be`attractive' ?"
"Of course, it's fashion.""Isn't that control? Pressuring you to wear what they want you to wear?"
[Silence]"Not just controlling you, but also controlling the market."
"What do you mean?""I mean, you are told to look skinny and anorexic like that woman on the cover of the magazine, by men who design those magazines and sell those products."
"I don't get it. What does hijab have to do with products.""It has everything to do with that. Don't you see? Hijab is a threat to consumerism, women who spend billions of dollars to look skinny and live by standards of fashion designed by men…and then here is Islam, saying trash all that nonsense and focus on your soul, not on your looks, and do not worry what men think of your looks."
"Like I don't have to buy hijab? Isn't hijab a product?""Yes, it is. It is a product that sets you free from male-dominated consumerism. "
"Stop lecturing me! I WILL NOT WEAR HIJAB! It is awkward, outdated, and totally not suitable for this society ...Moreover, I am only 20 and too young to wear hijab!""Fine. Say that to your Lord, when you face Him on Judgment Day."
"Nay! You prefer the life of this world; While the hereafter is better and more lasting."
[Noble Quran 87:16-17]
"You are the best community (Ummah) raised up for (the benefit of) humanity; enjoining what is right and forbidding what is wrong and believing in Allah."
[Noble Quran 3:110]

“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.
“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.
Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.
Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.
Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.
Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.
Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.
“Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.
Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.
“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.
MELAWAN CINTA
Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.
Cakap biasa sudahlah.
Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.
Sama juga dengan yang lelaki.
Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.
MENGELAK CINTA
Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?
Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.
Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!
Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.
Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.
Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.
Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.
Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.
Diambil dari SaifulIslam
Klik untuk imej lebih besar
Hadith tentang Nabi S.A.W. makan dengan 3 jari diriwayatkan antaranya oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, al-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan al-Darimi.
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يأكل بثلاث أصابع فإذا فرغ لعقها
Maksudnya: “(Ka’ab menceritakan) bahawasanya Rasulullah S.A.W. makan dengan 3 jari, dan apabila selesai baginda menjilatnya.” (HR Muslim)
Di dalam Tuhfah al-Ahwazi ketika mensyarahkan hadith Baginda S.A.W. makan dengan 3 jari, dinyatakan:
وكان صلى الله عليه وسلم يأكل بأصابعه الثلاث بالإبهام والتي تليها والوسطى
Nabi S.A.W. makan dengan tiga jari baginda iaitulah jari ibu, jari telunjuk dan jari hantu.
Persoalan: Adakah adab ini dipakai ketika memakan nasi?
Jawapan bagi persoalan ini terdapat di dalam ‘Aud al-Ma’bud iaitu Syarah bagi Sunan Abi Daud, iaitulah:
“Adalah (Nabi S.A.W.) makan dengan 3 jari.” Pada teks hadith ini menunjukkan sunnahnya, makan dengan 3 jari, dan jangan memasukkan jari yang keempat dan kelima melainkan kerana keperluan seperti terdapat kuah/gulai/sup yang tidak memungkinkan dengan 3 jari. Al-Imam al-Nawawi berkata: “Berkata al-Hafidz: Diambil daripada hadith Ka’ab bin Malik, bahawasanya sunnah makan dengan 3 jari, jika guna lebih dari 3 jari ianya adalah harus.
Sa’id ibn Mansur mengeluarkan dari Mursal Ibn Syihab: “Bahawasanya Nabi S.A.W. apabila makan, baginda makan dengan 5 jari, maka digabungkan hadith ini dengan hadith Ka’ab (menunjukkan, Baginda makan dengan 3/5 jari itu) dalam keadaan yang berbeza.”
Setelah view beberapa profiles junior SBPIR,
memang kebanyakan mereka menyamakan skola ni ngan HELL...
hurm...aku sedih...sebab skola tu la yg jadik tempat aku belajar tentang hidup ni..
naper diorg ckp skola = hell???
aku ade gak tny beberapa junior, n majoriti cakap sebab pengetua..
aku x tau sgt pasal Ummi ni sebab xde pengalaman bawah beliau,
so xleh cakap aper2..
Puan Hajjah Sa'adah
kemudian, aku meneliti profiles bebudak SEPINTAR yg da graduate...
lagi menyedihkan...ade yg da x pki tudung,
bagi lelaki, sungguh x malu mengambil gambar merokok,
ambik gambar x tutup aurat,
ade jugak yg da 'berkarat' rambutnya...
aku tertanya-tanya, ke mana perginya tarbiyyah selama 2 tahun di SBPI Rawang??
jika di sekolah dulu, yg perempuan bertudung labuh, wajib berstokin,
ini adalah tarbiyyah yg bagus, tetapi bile dilepaskan ke luar???
mane silapnya, sape silap???
4 Jannatul Adnin, mungkinkah hanya kenangan?
Even waktu sekolah dulu, apabila kitorg ditekankan ngan aspek keagamaan,
seperti batas pergaulan laki n pompuan.
ade sesetengah golongan yg membantah, especially yg dari sekolah harian..
diorg cakap "SBPI ni bukannye skolah agama pun"
hurm...pada mase tu aku hanya diam...
aku pun tidak matang, dan berfikiran jumud ketika tu...
dan apabila aku dah semakin dewasa,
aku sedar jawapannya...
memangla bukan sekolah agama, tapi yg penting, even kiter ni kat skolah Kristian
sekalipun, yg penting kiter ni tetap beragama Islam kan?
so, regardless of what kind of school that you are in,
you have to practise Islam teachings completely!!!

Yang lebih menyedihkan,
ada sahabat aku yg dari aliran Sains Agama,
even yg dulu kat skola slalu jadik Imam,
tapi kini??? Merokok, bergaul bebas...
ade juga yg bersukan tanpa menutup aurat,
tapi ikut qualification, dapat A1 PQS ngan PSI...
mane pergi ilmu tu???
Pepatah Arab berkata, Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah,
Pepatah Melayu plak, Ilmu tanpa amal ibarat kereta tanpa stereng...
sungguh sayang apabila golongan yg berilmu ni dibiarkan begini...
Aku try untuk mendekati mereka,
tapi diorg betul2 da jauh dari aku...x mampu aku nak capai diorg balik...
tapi Alhamdulillah, ade sahabat yg masih ade kesedaran,
dan luahkan perasaan kat aku...walaupun da lebih setahun x jumpe,
kisahnya, die ni boleh dikatakan gagal dalam pelajaran die sekarang,
so die mintak nasihat aku..
soalan pertama yg aku tny, adakah solat die penuh???
dan die mengaku yg solatnya x penuh..
lalu, aku bgtau die, "
Allah sayang kat ko, sebab tu la die gagalkan ko"
"mungkin ngan kegagalan ni, ko akan sedar kelalaian ko"
"maybe kat sini ko gagal dalam pelajaran, tapi Allah nak bagi yg lebih baik"
"iaitu keimanan dan kesedaran ko terhadap agama"
aku juz berdoa yg rakan aku ni akan dapat melalui cabaran hidup ni,
dan semoga ko sentiasa x lupe pada Tuhan yg Mencipta,
dan doakan aku juge agar x tersesat dalam menempuh ranjau hidup ni..
1. Bertindik adalah amalan khas bagi wanita dengan tujuan perhiasan. Disebut dalam beberapa hadis bahawa ada kalangan wanita sahabiyyat yang memakai anting-anting di telinga. Antaranya hadis Ibn Abbas, iaitu pada suatu hari raya selepas baginda solat berkhutbah, baginda pergi menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada mereka sambil menyeru supaya bersedekah. Ibn Abbas mengatakan: “Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga-telinga mereka dan tengkuk2 mereka, lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal”. Direkod oleh Bukhari (no: 4951).
Manakala golongan lelaki dilarang menyerupai wanita di dalam perihal perhiasan, sebagaimana hadis Ibn Abbas: Nabi SAW melaknat org yang menyerupai wanita dari kalangan laki-laki, dan org yang menyerupai lelaki dari kalangan wanita. Direkod oleh Bukhari (no: 5547).
Oleh itu, hukum lelaki bertindik adalah haram.
2. Lelaki yang bertindik dalam keadaan dia mengetahui perbuatannya haram dan berterusan melakukannya walaupun sudah ditegur dihukum sebagai fasik. Pendapat yang sahih ialah sah bersolat di belakang imam yang fasik, cuma tidak digalakkan.
Kata Imam Nawawi dalam Majmuk: “Di dalam kitab al-Sahih terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan sah sembahyang di belakang orang fasik dan imam-imam yang zalim”.
rujukan:
-Majmuk; Nawawi 4/253
-Jamik Ahkam al-Nisaa’; Mustafa Adawi 5/560
al-ahkam

Hadith yang menjelaskan tentang 40 hari tidak diterima solat adalah merujuk kepada minuman keras. Salah satu hadithnya adalah dari Abdulllah ibn ‘Amr berkata, bahawa Nabi
bersabda :-
مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ وَسَكِرَ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ صَبَاحًا وَإِنْ مَاتَ دَخَلَ النَّارَ
“Barangsiapa yang meminum ARAK dan MABUK, solatnya tidak diterima selama 40 hari dan jika dia mati, dia akan masuk neraka” [Hadith Riwayat Ibn Maajah #3377].
Dalam konteks kedai makan atau restoran yang menyediakan makanan halal, pada masa yang sama ada menjual meninum keras, menurut Dr Abdul Fattah ‘Ashoor (Profesor Jabatan Aqidah Universiti Al-Azhar), tidak dilarang seseorang dari memasukinya asalkan dia tidak melibatkan diri dalam meminum (termasuk membeli) arak. Lebih-lebih lagi didalam keadaan yang terpaksa melayan kerenah orang atasan, perkara tersebut boleh dianggap darurat.
Akan tetapi, menurut Dr Abdul Fattah, jika restoran tersebut memang semata-mata menjual Arak, maka seorang Islam di larang menghampiri tempat-tempat yang sedemikian. Orang Islam tidak boleh membantu kearah kemaksiatan. Firman Allah swt :-
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
” hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan” [surah al-Maa’dah : 2]
Kesimpulannya, hadith 40 hari tidak diterima solat merujuk kepada peminum arak. Tempat makanan halal yang ada menjual arak, tiada larangan untuk orang Islam memasukinya melainkan tempat tersebut khas menjual arak. Yang jelas disini adalah anda tidak terlibat didalam membeli dan meminum arak, dan kehadiran anda disana adalah semata-mata dalam skop ‘pekerjaan’.
Jika terdapatnya peluang untuk menjelaskan kepada boss-boss anda tentang orang Islam dilarang terlibat didalam aktiviti arak, bolehlah anda jelaskan kepada mereka secara berhikmah. Jika terdapat halangan semasa menjelaskan kepada mereka, maka hati anda tidak sekali-kali redha dengan hal yang sedemikan, itulah selemah-lemah Iman. WA.
sumber : http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33148