Assalamualaikum wbt
Ramadan semakin melabuhkan tirainya...
Bagaimana pula perasaan kita ? Sedih dengan berlalunya Ramadan?
Atau gembira ?
Bagaimana dengan amalan-amalan kita selama ini?
Tepuk dada tanya IMAN..
kata-kata saidina Umar “ Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab” .
Ayuh kita hisab diri kita dan muhasabah segala amalan2x kita di bulan Ramadan al- Mubarak..
"Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan."(Muttafaq 'alaih)
Syariat dan SunnahPuasa itu merupakan syariat yang telah ditetapkan Allah s.w.t dalam rukun Islam manakala solat sunat terawih merupakan sunnah nabi s.a.w.
Alangkah beruntungnya manusia yang berlumba-lumba melakukan amal kebaikan di bulan ini dan celakalah manusia yang gagal mendapatkan keampunan Allah di bulan berkah ini.
Adakah puasa kita selama ini hanya sebagai adat semata-mata atau merupakan ibadah untuk Allah s.w.t?Banyak orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata..
Alangkah beruntungnya manusia yang berpuasa kerana Allah s.w.t sehinggakan tidur orang berpuasa itu dikira ibadah .
"Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan, minum dan syahwatnya karena taat pada perintahKu(Allah). Puasa adalah untukKu dan Aku akan memberikan balasannya, sedang sesuatu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipat gandanya."(HR. Imam Bukhari)
Hadis Qudsi Tetamu terhormat kita ialah bulan yang mulia - bulan Ramadan. Kita perlu mengutamakan dan mengagungkan tanda kebesaran Allah (syiar Allah), kemuliaanNya, berhijrah untukNya.
Jabir Ibn Abdillah berkata; “Janganlah kita samakan hari-hari biasa kita dengan hari-hari puasa. Seharusnya ada perubahan sebaik sahaja kita melangkah ke bulan Ramadan.”
Sabda nabi s.a.w “ Bersegeralah kamu melakukan amal soleh sebelum didatangi 7 perkara..
1) Kefakiran
Sesungguhnya kefakiran itu boleh membawa kepada kekufuran
2) Kekayaan yang melampau
Sekiranya anak adam diberikan dua lembah emas, pasti dia mengharapkan yang ketiga
3) Sebelum datangnya sakit
4) Tua yang menyayukkan
5) Mati mengejut
6) Hari turunnya dajjal
7) Hari kiamat, apabila matahari naik disebelah barat
Apabila hilal Ramadan menjelma, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Maka, berubahlah sekiranya kita inginkan fadhilat Ramadhan. Namun tanda kasihnya Allah s.w.t pada hambanya, Allah menjanjikan satu malam penuh barakah yang lebih baik dari seribu bulan...
bersamaan 83 tahun 3 bulan.
Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
Sempena karnival pahala dan ibadah yang dijanjikan pada Ramadhan ini, ditambah pula dengan kemuncaknya pada 10 malam terakhir, jom hayati hadis ini.
Daripada Abu Dzar Al-Ghiffari r.a
•Aku bertanya kepada rasulullah s.a.w
•“Wahai Rasulullah, khabarkan kepada ku mengenai lailatul qadr. Adakah ia di dalam bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain?
•Nabi: Bahkan , ia di dalam Ramadhan
•Abu Dzar : Ia ada bersama nabi-nabi terdahulu. Apabila mereka wafat, adakah ia juga diangkat(sudah tiada) atau ia kekal hingga hari kiamat?
•Nabi : Bahkan, ia akan kekal hingga hari kiamat
•Abu Dzar : Bahagian ramadhan yang manakah ya Rasulullah
•Nabi : Carilah ia di sepuluh awal dan sepuluh akhirnya
•Abu Dzar : Dimanakah ia diantara 20 puluh itu?
•Nabi : Di sepuluh yang terakhir. Jangan engkau bertanya lagi kepada ku selepas ini Tetapi aku ingin benar-benar mendapatnya, maka aku bertanya lagi.
•Abu Dzar : Aku bersumpah ke atas Mu atas hakku, beritahulah aku, dimanakah dalam sepuluh hari itu?
•Lalu Rasulullah, amat marah terhadap aku dan tidak pernah baginda marah sebegitu sekali semenjak aku bersahabat dengan baginda. Tetapi baginda bersabda
•Nabi : Carilah ia pada 7 malam terakhir. Jangan engkau bertanya lagi kepadaku
Hadis Riwayat Ahmad dan Nasa’i
Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan .. jangan dilupa.. peluang dan rahmat Allah itu tersangat luas.. (^__^)
Sebelum maut datang menjemput dan matahari naik disebelah barat,ayuh tingkatkan amalan dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah melainkan orang kafir..
Allahua'lam
~subhanallah wabihamdihi subhanallahil 'adzim~
Siwak sebelum tergelincir matahari adalah sunat sepertimana biasa, adapun selepas tergelincir matahari para fuqaha telah berbeza pendapat, sebahagian memakruhkan orang yang berpuasa bersiwak selepas tergelincir matahari. Hujah mereka kerana Nabi saw telah bersabda :
(maksudnya) : “Demi diriku yang berada dalam genggamannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih baik di sisi Allah berbanding bau kasturi.” (H.R. al-Bukhari)
Maka ulama yang memakruhkan berpendapat bau yang lebih baik dari kasturi itu tidak wajar dihilangkan atau makruh dihilangkannya oleh seorang muslim (dengan bersiwak), kerana bau itu disukai di sisi Allah (swt), maka hendaklah orang yang berpuasa mengekalkannya dan jangan menghilangkannya. Ini sepertimana darah… (iaitu) darah orang yang mati syahid, sepertimana sabda Nabi saw kepada para syuhada’: “Selimutkan mereka dengan pakaian dan darah mereka, kerana sesungguhnya mereka akan dibangkitkan dalam keadaan itu pada hari kiamat di hadapan Allah, warnanya warna darah dan baunya dengan bau kasturi.”
Kerana itu orang yang syahid dikekalkan darah dan bajunya, tidak dibasuh dan dihilangkan kesan darah tersebut. Mereka (ulama yang memakruhkan siwak selepas zawal) mengqiyaskan situasi orang syahid ini dengan orang yang berpuasa.
(Akan tetapi) yang benarnya tidak boleh diqiyaskan situasi orang syahid dengan orang berpuasa. Ini kerana orang yang berpuasa ada hukum yang khusus, kerana sesungguhnya sebahagian sahabat meriwayatkan:
“Saya melihat Nabi saw sering bersiwak, sedang baginda berpuasa.”
Maka (ini menunjukkan) bersiwak ketika berpuasa sunat pada mana-mana waktu, samaada di awal hari atau diakhir hari, seperti mana siwak itu sunat sebelum puasa dan selepas puasa… Bersiwak itu sunnah, yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah saw dengan sabda baginda :
“Bersiwak itu membersihkan mulut dan diredhai oleh Allah.” (H.R. al-Nasaie, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban dan beliau mensahihkannya),
Tidak perlu dibezakan antara puasa dengan yang bukan puasa (dalam bab siwak).
Adapun tentang ubat gigi, maka sewajarnya berhati-hati ketika menggunakannya, agar ia tidak masuk sesuatu daripadanya ke perut. Ia termasuk membatalkan puasa bagi kebanyakan ulama, kerana itu yang lebih utama seorang muslim untuk menjauhi ubat gigi dan lewatkan penggunaannya sehingga selepas berbuka. Akan tetapi jika digunakannya dan berjaga-jaga dan berhati-hati, akan tetapi jika masuk juga sesuatu ke perutnya, maka dia termasuk dimaafkan. Allah swt berfirman :
(Maksudnya): “Tidak menjadi kesalahan atas kamu, apa yang kamu tersilap melakukannya, akan tetapi (yang berdosa itu) apa-apa yang disengajakan oleh hati kamu.” (al-Ahzab : 5)
Nabi saw bersabda: “Diangkat dari umatku kesilapan dan lupa dan apa yang terpaksa atasnya.” wallahu a’lam.
(sumber : Fatawa al-Muasarah al-Qaradhawi. m.s. 342)
Seseorang yang menetap diluar negara tidak boleh berpuasa dan menyambut Eid mengikut negara lain; eg: Malaysia. Lebih-lebih lagi jika negara tersebut mempunyai Organisasi Islam yang akan menetapkan tarikh bermula puasa.
Menurut Jawatan Kuasa Tetap Penyelidikan Saintifik dan Fatwa Arab Saudi atau dikenali sebagai al-Lajnah al-Daaimah mengatakan bahwa “Muslim Student’s Union” atau badan-badan Islam yang lain di negara yang bukan Islam boleh bertindak menggantikan Kerajaan Islam didalam hal berkenaan dengan pengesahan ‘anak bulan’ bagi penduduk Islam yang tinggal di negara yang bukan Islam. Maknanya, badan-badan Islam ini akan nenetapkan tarikh kewajipan berpuasa.
Menurut bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh, bagi negara yang tidak ada organisasi Islam, tidaklah berdosa jika dia mengikut tarikh penentuan puasa dan Hari Raya mengikut negara yang dia percaya eg: Arab Saudi. [Majmu' Fataawa Ibn Baaz, 15/105].
Kesimpulannya, seseorang itu hendaklah mengikut tarikh puasa yang ditetapkan di negara dia berada. Jika kebetulan pada masa itu dia sedang bercuti di Malaysia, dan Malaysia tidak berpuasa pada hari tersebut (dinegara dia tinggal puasa ibadat puasa sudah bermula), maka dia hendaklah tidak berpuasa pada hari tersebut dan begitulah sebaliknya. WA.
Sekian, wassalam.
al-ahkam
Berikut beberapa hukum berkenaan puasa yang sering ditanya oleh orang ramai. Moga artikel ni dapat menjernihkan kekeruhan yang bermain di fikiran dan semoga dapat menjalani ibadah puasa dgn tenang.
1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar’ dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida’ dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)
2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja’ atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.
3) Pil elak haid untuk puasa penuh :Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa.
4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang.
Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar’iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.
6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : “Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).
7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat :Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : “Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah” (Riwayat Ibn Hibban)
8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasaHukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : “Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya” (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
“aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)” (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi’ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah “berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya ” (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.
9) Wanita tamat haidWanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : “Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya” ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )
10) Keluar air maziAir mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai’e, Hasan albasri, As-Sya’bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.
11) Keluar air mani tanpa setubuhMencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.
12) Menelan air liurHukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159)
13 ) MandiTiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa.
14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)
Zaharuddin.net