Serambi Dakwah

IconMusafir di bumi Ilahi, aku singgah untuk menuntut ilmu untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.....

Hukum Makan Ikan Paus dan Ikan Jerung

Jumhur Ulama' menyatakan bahawa semua penghidupan laut, termasuklah ikan paus dan apa-apa penghidupan adalah halal dimakan tanpa sembelih. Ini berdasarkan firman Allah swt :-


5:96
"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan. " (al-Maaidah : 96)

Menurut Imam Ibnu Hajar; “Tidak ada khilaf di kalangan ulamak pada halalnya ikan dalam semua jenisnya” (Fathul-Bari). Mereka (yakni para ulamak) hanya berikhtilaf pada selain ikan;

  1. Menurut mazhab Hanafi; Hanya ikan sahaja yang halal dimakan. Adapun haiwan-haiwan laut/air lainnya haram dimakan.
  2. Menurut Imam Ahmad; semua binatang laut/air halal dimakan kecuali dua sahaja iaitu; katak dan buaya.
  3. Menurut mazhab Syafiie (mengikut qaul yang muktamad) dan mazhab Maliki; semua jenis binatang laut/air harus dimakan sekalipun rupanya menyerupai binatang darat (kuda laut, anjing laut, babi laut dan sebagainya).
  4. Sebahagian ulamak berpandangan; bagi binatang laut/air yang rupanya menyerupai binatang darat, hendaklah dilihat; jika ia menyerupai binatang darat yang halal dimakan, halallah ia dimakan. Contohnya; kuda laut, lembu laut dan sebagainya (jika ada). Adapun jika ia menyerupai binatang darat yang haram dimakan, maka ia haram dimakan. Contohnya; anjing laut, singa laut, babi laut, gajah laut dan sebagainya. Pandangan ini menjadi pegangan sebilangan ulamak-ulamak mazhab Syafiie sendiri. 

Sebagaimana disebutkan tadi, maksud binatang laut/air ialah yang tidak hidup melainkan di dalam laut atau air, di mana jika dikeluarkan dari laut/air akan menjadilah hidupnya seumpama binatang darat yang disembelih (yakni hidup yang amat singkat). Adapun binatang yang boleh kekal hidup di laut/air dan juga di darat, maka ia dinamakan sebagai binatang/haiwan dua alam. Menurut mazhab Syafiie; semua binatang dua alam haram dimakan. Contohnya; katak, ular, buaya, kura-kura, penyu, belangkas dan sebagainya. Mazhab Maliki menghalalkannya.


Dari  Jabir bin Abdullah r.a katanya:"Baginda Rasulullah s.a.w mengutuskan kami sebagai pasukan dan menjadikan Abu Ubaidah r.a sebagai pimpinan kami untuk menghadapi orang-orang Quraisy.Kami dibekalkan dengan bungkusan yang berisi kurma sebab itu yang ada.Abu Ubaidah membahagikan kurma itu satu persatu kepada kami.

"Lantas saya bertanya kepadanya:"Bagaimana kamu membahagi kurma-kurma itu?"Abu Ubaidah menjawab:"Kami menyedutnya seperti bayi  sedang menyusu.Kemudian kami minum air  lebihan rendaman kurma itu.Satu buah cukup sebagai makanan kami dari siang hingga malam.Dan kami memukulkan tongkat kami untuk menjatuhkan dedaunan dari pohonnya,lalu kami basahi dan memakannya."

"Kemudian kami bertoak ke pantai.Tiba-tiba kami melihat sesuatu yang besar sebesar bukit pasir yang besar.Kami pun menghampirinya.Ternyata ia adalah seekor binatang laut yang disebut anbar (ikan paus). Abu Ubaidah berkata:"Ia adalah bangkai."Kemudian Abu Ubaidah berkata lagi:"Tidak mengapa. Kita adalah utusan baginda Rasul yang berada di jalan Allah dan senang dalam keadaaan terpaksa. Makanlah."

"Kami tinggal di tempat itu selama sebulan,dan jumlah kami ketika itu adalah tiga ratus orang.Kerana sering makan daging,kami pun gemuk.Kami mengambil minyak dari rongga matanya dengan menggunakan tempayan besar.Kemudian kami memotong daging sebesar lembu jantan.Lantas Abu Ubaidah tiga belas orang daripada kami untuk didudukkan di dalam rongga mata anbar.Kemudian dia mengambil salah satu rusuknya dan dia tegakkan. Abu Ubaidah pun mengambil unta yang paling besar dan melihat kepada orang yang paling tinggi antara kami,lalu disuruhnya orang itu menaiki unta itu,dan ternyata unta itu boleh melenggang di bwah tulang rusuk yang ditegakkan itu.

"Kami juga membuat dinding daripadanya sebagai bekalan kami.Apabila kami sampai di Madinah,kami langsung menemui baginda Rasul dan berkata dan menceritakan apa yang berlaku.Baginda pun bersabda:"Ini adalah rezeki yang Allah keluarkan untuk kamu.Adakah kamu membawa dagingnya sedikit supaya kami dapat merasa?"Lantas kami kirimkan daging itu kepada Baginda dan baginda pun memakannya." (Bukhari dan Muslim)

Rujukan

 
 
 
 

Post a Comment 0 comments:

Post a Comment