Benar sekali hati adalah pusat pentadbiran manusia, rosak hati rosaklah manusia dan musnahlah peluangnya mencapai Redha dan syurga Allah. Suci dan putih hati pula membawa kepada cerahnya peluang manusia ke syurga Allah. Walau tampak seakan mustahil memiliki hati suci seputih salju, namun ia tidak mustahil kerana ia mampu “DISENTAL” dengan ilmu, iman dan ibadat.
Petang ini hati saya dihentam keras ayat Allah yang memuji orang Ansar. Patutlah nama orang Ansar dirakam mewangi dalam al-Quran sehingga kiamat, rupanya mereka memang layak menerima penghormatan itu kerana tiada hasad kepada orang lain:
Ertinya: Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, DAN TIDAK ADA PULA DALAM HATI MEREKA PERASAAN (HASAD) BERHAJATKAN APA YANG TELAH DIBERI KEPADA ORANG-ORANG YANG BERHIJRAH ITU; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya (al-Hasyr [59:9]).
Ketika mengulas ayat ini, Imam Ibn Kathir membawa sebuah kisah menyentuh jiwa tentang cubaan Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As yang cuba menyiasat aktiviti harian seorang lelaki Ansar yang disebut Rasulullah SAW sebagai ahli syurga. Kisahnya selama 3 hari berturut Rasulullah SAW memberitahu:
Ertinya: “Akan muncul sekarang kepada kamu semua seorang penghuni syurga”. Selepas itu, muncul seorang lelaki Ansar menyapu janggutnya sejurus mengambil wudhuk sedang seliparnya bergantung di tangan kiri.
Peristiwa dan kata-kata Rasulullah SAW itu berulang selama 3 hari dan lelaki yang sama juga muncul. Terdorong dengan rasa ingin tahu rahsia amalan lelaki tersebut, Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As memikirkan cara untuk tinggal di rumah lelaki tersebut. Beliau mendakwa berselisih faham dengan ayahnya dan perlu menumpang rumah lelaki tersebut selama 3 hari.
Sepanjang beliau bersama lelaki Ansar itu, tidaklah pula si lelaki bangun solat sepanjang malam. Apa yang diperhatikannya, lelaki itu sering berbolak balik pada waktu malam dan setiap kali berbolak-balik di tempat tidurnya beliau akan bertakbir kepada Allah. Sepanjang tempoh 3 hari itu juga Abdullah tidak mendengar kata yang buruk keluar dari mulut lelaki itu. Selepas 3 hari, Abdullah sudah tidak dapat menahan diri ingin mengetahui “RAHSIA KUNCI SYURGA LELAKI” tersebut. Beliau akhirnya menceritakan apa yang disebut oleh Rasulullah SAW dan terus bertanya tanpa selindung apa rahsianya. Lelaki itu berkata:
Ertinya: “Aku tidak memiliki apa amalan yang istimewa melainkan apa yang kamu saksikan dalam tempoh 3 hari ini. Melainkan satu tabiatku adalah, Aku tidak berdusta kepada sesiapa pun. Aku juga tidak HASAD TERHADAP KELEBIHAN YANG ALLAH BERIKAN KEPADA ORANG LAIN.” Setelah itu, Abdullah berkata: “Inilah sifat yang menjadi sebab keistimewaanmu. Sifat ini tidak mampu kami lakukan.” (Musnad Ahmad).
Subhanallah! Nampak mudah sahaja “HATI YANG TIADA HASAD”, namun ia seumpama memecahkan gunung yang kukuh berdiri. Banyak mujahadah atau perang jiwa dan iman perlu dilakukan untuk meletupkan GUNUNG HASAD dalam hati. Mengapa saya sifatkannya seagai GUNUNG? Kerana gunung sukar dihancur dan sukar didaki, namun setelah dilakluki pandangan dari atasnya sungguh jelas sehingga hampir semua ufuk dapat dilihat. Tahu mana hasad, mana syukur dan faham hasad adalah sebenarnya rasa tidak puas hati kepada Allah yang memberikan kelebihan kepada yang lain, bukan kita. Sifat hasad adalah kuman bahaya dalam hati:
Ertinya: Janganlah sekali-kali kamu berhasad dengki kerana ia memakan amal kebaikan sebagimana api memamah kayu api (Sunan Abu Dawud).
Perlu disemat ke dalam hati, Hasad adalah dosa pertama di langit (keengganan Iblis tunduk kepada Adam AS) dan dosa pertama di bumi (pembunuhan Habil). Marilah kita berusaha membuang hasad dari seluruh kawasan hati kita agar kita bertemu Allah dengan hati yang suci dan lulus syarat kemasukan ke syurga.
“Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang menjadi kunci-kunci pembuka kebaikan dan penutup keburukan. Dan di kalangan manusia ada pula yang menjadi kunci-kunci pembuka keburukan dan penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan kunci-kunci kebaikan di tangannya dan celakalah bagi orang-orang yang Allah jadikan kunci-kunci keburukan di tangannya”. (Ibnu Majah, Dari Anas R.a dihasankan oleh Al-albani)
Jadilah pemegang kunci kebaikan kerana ia akan mendapat keredaan Allah dan balasan syurga. Jadilah hamba Allah yang soleh dengan menunaikan kewajipan dan menghindari kemungkaran serta mengajak orang lain juga menjadi sepertinya. Golongan ini sentiasa mempromosi kebaikan dan perkara yang diredai oleh Allah SWT. Orang ramai akan mencarinya bila mempunyai sesuatu keperluan berupa kebajikan malah dia bersedia untuk membantu orang lain dengan senang hati tanpa upah dan ganjaran.Memadailah ganjaran di sisi Allah di akhirat kelak.
Jangan jadi golongan yang kedua iaitu pemegang kunci keburukan. Golongan ini melakukan kejahatan malah turut mendorong orang lain untuk melakukannya. dia mempromosi perbuatan maksiat dan dosa. Dia mendapat dosa malah turut memikul dosa orang yang mengikutinya. Sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud :
“Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik di dalam Islam dia akan memperolehi ganjarannya dan ganjaran orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun ganjaran mereka. Dan sesiapa yang memulakan satu sunnah yang buruk di dalam Islam dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang melakukannya selepasnya dengan tidak kurang sedikitpun dosa-dosa mereka.” (Imam Muslim )
Hindarilah diri dari menjadi pemegang kunci kejahatan ini kerana dosa yang bertimbun-timbun terpaksa dipikul akibat menjadi ikutan oleh orang lain. Era IT yang serba canggih pada masa kini ramai benar pemegang kunci keburukan boleh dilihat di laman blog-blog dan laman sosial. Terdapat individu muslim yang menjadikan blog peribadi mereka sebagai sumber dosa dan maksiat. Dia meletakkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat, separuh bogel, promosi filem dan video lucah, cerita-cerita berunsurkan fitnah dan gosip yang tidak berasas malah turut mempromosikan artis-artis kafir dan musyrik serta memujanya secara melampau-lampau. Bukan sedikit pengunjung blognya. Entah berapa ‘bukit’ dosa yang terpaksa dia pikul akibat memegang kunci kejahatan itu.
Namun Alhamdulillah tidak kurang juga mereka yang ‘celik hati dan akhirat’ memilih untuk memegang kunci kebaikan. Mereka berkongsi ilmu agama dan ilmu keduniaan yang bermanfaat yang boleh dikongsi oleh orang lain. Sungguh beruntung mereka ini. Mereka mendapat pahala dengan sebab orang lain mengambil faedah dari blog-blog mereka. golongan ini akan terus mendapat pahala selagi ilmunya dimanfaatkan walaupun telah meninggal dunia sebagaimana maksud hadis nabi saw. Semoga Allah merahmati dan membimbing kita agar menjadi pemegang kunci kebaikan dan menjauhkan kita dari menjadi pemegang kunci keburukan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita ke jalan yang diredaiNya.
Hendaklah kita mengajar kebaikan kepada orang lain.
Dengan pengajaran yang dilakukan akan memberi kesempatan kepada ramai orang lain untuk menerima dan menimba kebaikan.
Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyerukepada kebaikan.”
“Barang siapa yang menunjukkan (seseorang) kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” - (Hadis Riwayat Muslim).
Senantiasa mempelajari dan mengkaji kebaikan
Seseorang yang mempelajari dan mengkaji ilmulayak disebut sebagai kunci pembuka kebaikan. Dengan belajar maka pada akhirnya ia akan terdorong untuk mengajarkan kebaikan yang dipelajarinya.
“Sebaik-baik orang dikalangan kamu adalah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” – (HR Bukhari) .
Dengan belajar, seseorang akan menghidupkan kembali ilmu gurunya yang mungkin hampir mati.
Sentiasa mengamalkan kebaikan
Seseorang yang mengerjakan kebaikan akan dianggap kunci pembuka kebaikan kerana dengan mengamal kebaikan bererti ia memberikan contoh dan teladan kepada orang lain agar ikut mengerjakan kebaikan juga. Mengajar dengan contoh teladan lebih berkesan daripada mengajar dengan lisan.
Abu Darda’ berkata: “Tidaklah kamu dianggap sebagai orang alim sehingga kamu mengamalkan ilmumu”.
Sentiasa mendukung proses belajar dan mengajar pelbagai bidang kebaikan.
Sekiranya seseorang tiada kesempatan untuk belajar dan tidak mampu mengajar maka hendaklah ia menjadi orang yang memberi kemudahan kepada orang-orang yang mengajar dan belajar untuk melakukan kebaikan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan ketaqwaan.” (Al Maidah: 2)
Memberikan bantuan atau kemudahan kepada sesiapapun yang hendak mengamalkan kebaikan.
“Barangsiapa yang menyiapkan perbekalanuntuk orang yang berperang di jalan Allah maka ia akan mendapatkan pahala orang yang berperang.” (Muttafaqun ‘alaih).
Menjadi penggembira dan memperlihatkan sikap bersahabat kepada penyeru kebaikan.
Seorang yang hadir dalam sebuah majlis kebaikan, meskipun hanya ikut-ikutan dan tidak serius melakukannya, juga layak dianggap sebagai kunci pembuka kebaikan sehingga layak mendapat keampunan dan rahmat Allah.
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah berfirman:
“Saksikanlah olehmu bahawa Aku telah mengampuni mereka semuanya,” Malaikat berkata: “Diantara mereka ada si fulan, ia bukan sebahagian daripada mereka, kerana sebenarnya ia datang untuk suatu keperluan.” Allah berfirman:”Sesungguhnya Aku juga telah mengampuninya. Kerana mereka adalah suatu kaum yang barangsiapa duduk bersama mereka, maka tidak akan mengalami kesengsaraan.” (HR Muslim).
Rujukan: Fakhruddin Nursyam, Lc, Syarah Lengkap Arba’in Da’awiyah – Teladan Aplikatif Dakwah Rasulullah, Bina Insani Press Solo, September 2006
Selalu sahaja kita dianjurkan untuk beristighfar jika melakukan sesuatu kesalahan. Cukuplah sekadar lafaz Astaghfirullah, dan kemudian kita melalui kehidupan seperti biasa. Itulah hakikatnya makna yang tersirat istighfar bagi orang-orang yang lalai. Hanya sekadar lafaz tanpa mendalami makna Istighfar tersebut. Ma maqna Istighfar? Yakni memohon keampunan daripada Allah Azza Wajalla dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan. Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan.
Menurut segolongan ulama, “Setiap doa yang memohon keampunan Allah, maka ia adalah istighfar”
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:
“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Tahukah kita akan keajaiban disebalik istighfar itu?
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)
Hadis di atas jelas nyata menunjukkan tuhan memberi rahmat kepada yang mereka yang suka beristighfar. Selain dari beristighfar dari melakukan dosa, ianya zikir untuk yang paling cukup bermakna, untuk mengingatkan kita agar tidak terjebak dari melakukan dosa. Sedangkan Nabi juga sentiasa beristighfar seperti dalam hadis ini :
Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (Hadis Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Imam Tirmidzi)
Nabi yang maksum yang terpelihara dari segala dosa pun sentiasa melafazkan taubat, sedangkan kita yang sukar dari melarikan diri untuk tidak berbuat dosa amat sukar untuk melafazkan istighfar. Sedarkah kita, segala kesulitan yang kita terima adalah hasil dosa-dosa yang kita lakukan, hanya taubat dapat mengatasi rasa sulit tersebut.
Terdapat dua jenis musibah, yakni musibah yang menguji benteng keimanan kita, atau musibah untuk memberi balasan atas dosa-dosa yang kita lakukan. Jika menguji benteng keimanan kita, itu bermakna tuhan sayang kita, dan kepadaNya kita berserah, memohon keredhaan. Kerana kita akan sentiasa di uji, tidak kira masa, seperti mana firman Allah :
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui yang manakah orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui siapakah orang yang dusta.”(Surah al-Ankabut: 2-3)
Tetapi bagi Musibah azab, inilah yang paling dahsyat, jika kita belum sempat bertaubat, maka yang menanti kita di alam lain hanyalah seksaan dariNya. Tetapi bagi mereka yang sentiasa beristighfar, Allah sama sekali tidak memberi musibah berbentuk azab, seperti mana firmanNya:
“Dan Allah tidak sesekali mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah pula Allah akan mengazab mereka sedang mereka meminta ampun.” (Surah Al-Anfal, ayat 33).
Tahukah kita kelebihan yang terbesar di dalam istighfar? Mari kita hayati terlebih dahulu maksud-maksud firman Allah.
“Maka aku (Nuh) katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.” (Surah Nuh ayat, ayat 10-12).
“Dan orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui. Balasan bagi mereka ialah ampunan Allah dan syurga yang mengalir di dalamnya sungai dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.” (Surah Ali Imran, ayat 135-136).
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (secara terus menerus) kepada kamu.” (Surah Hud, ayat 3)
Demikian telah jelas dan nyata, bahawa dengan bertaubat, insyaAllah akan dikurniakan rahmat dariNya.
Kita lihat kembali hadis sebelum ini :
“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud).
InsyaAllah, makbul doa kita jika sentiasa terus menerus beristighfar kepadanya. Untuk merungkaikan kefahaman kelebihan istighfar, lihat sahaja kisah mengenai Ahmad bin Muhammad bin Hanbal Abu ‘Abd Allah al-Shayban yang cukup terkenal dengan nama mazhabnya, iaitu mazhab Hanbali.
Suatu ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu melarangnya lagi. Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad menerima pelawaan tersebut.
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.
Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, “Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi”.
Imam Ahmad bertanya “Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
Jawab lelaki itu ” Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal”
Maka kata Imam Ahmad : ” Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal, demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu.”
Lihat sahaja betapa agungnya kuasa Allah memakbulkan doa si pembuat roti itu untuk menemukan dia dengan Imam Ahmad. Berkat Istighfar yang sentiasa dilakukan dengan hati yang ikhlas, tuhan telah memakbulkan doa si pembuat roti tersebut. Nyata kelebihan Istighfar begitu besar buat kita, dan ikhlaskan hati kita untuk beristighfar kepadaNya, insyaAllah, Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Dalam mengemudi bahtera perjuangan kita di bumi ini, harus kita pastikan kompas dan hala tuju kita sentiasa benar. Oleh itu, ahli gerakan Islam perlu sentiasa diingatkan tentang manhaj dakwah dan tidak terawang-awang dalam merencanakan program dakwah.
Ramai dikalangan para dai'e masa kini belum memahami hala tuju dakwah sehingga mereka menyangka bahawa tanggungjawab dakwah itu telah tertunai dengan menyampaikan ceramah di mimbar, menulis artikel atau menghangatkan perbincangan di ruang maya. Ada juga yang menyangka bahawa puncak kesempurnaan ahli sebuah gerakan dakwah adalah menjadi pengarah atau pekerja yang aktif dalam setiap program. Mereka ini melihat kerja dakwah dari sudut pandang yang sempit, terkongkong dalam definisi tamrin dan program semata-mata.
Sedangkan hakikat dakwah itu meluas dan sebati dalam kehidupan seorang muslim tanpa mengira tempat dan masa. Inilah perkara pokok dalam manhaj sepertimana yang telah diterangkan oleh Fathi Yakan dalam bkunya Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam.
Kita hanyalah berada dipinggiran medan dan belum layak bergelar dai'e jika ruang lingkup dakwah kita hanya berpusat pada tugas yang dijalankan dalam program yang dirancang sahaja. Sedang di luar program, kita masih dalam kesedaran yang lesu untuk menasihati rakan serumah sendiri, membina hubungan mesra dengan rakan sekelas, mengadakan usrah secara konsisten apatah lagi mengubah suasana keluarga sendiri yang jauh dari Islam.
Kencang dakwah kita kencang bertempat, seolah-olah kewajipan dakwah juga tertakluk kepada tempat-tempat dan masa-masa tertentu sahaja. Oleh yang demikian, sebagai jurutera-jurutera dakwah, marilah kita kembali menelaah kompas hala tuju kita.
Pengertian yang sebenar tentang tugas beramal dalam Islam seharusnya menjadi darah daging kita yang bertugas di lapangan ini. Apabila pengertian ini telah melekat sebati dalam jiwa, kita bukan sahaja akan menjadi ahli strategi dan penggerak kepada program Islam. Malahan kita sepanjang masa akan berusaha menjadi pengamal Islam yang punya akhlak yang unggul yang lidahnya berbahasa dengan kalimah Islam yang sejahtera, hatinya luhur dengan kefahaman Islam yang sebenar, dan minda yang tidak lelah memikirkan cara yang berhikmah untuk menyebarkan Islam ke seluruh alam. Demikian kaca mata kita dalam memahami manhaj dakwah.
Wahai pejuang-pejuang Islam, muhasabah. Sudahkah kita bergelar dai'e? Atau hanya sekadar nama, tanpa amal yang benar-benar mampu membuktikannya?
Proaktif, berstrategi dan berakhlak. Ini peranan kita dalam gerakan Islam kerana apa yang kita cari di akhir nanti adalah daripada setiap amalan kita yang mendapat redha dan 'lampu hijau' daripada Allah. Ahli gerakan Islam yang proaktif menggunakan masa dan tumpuan mereka kepada penyelesaian, bukan permasalahan.
Semua orang boleh melihat masalah, tetapi orang berjaya sahaja yang yang mampu melihat jalan penyelesaian. Kita sebagai orang mukmin, pasti akan diuji di medan perjuangan ini. Tatkala kita diuji, asyik mengeluh dan merungut masalah, masalah dan masalah, kita sebenarnya akan gagal sebelum gagal. Tribulasi dalam perjuangan adalah sebagai kayu ukur sejauh manakah keberkesanan tarbiyah.
Jangan kita lemah dan berputus asa dengan seribu satu masalah dan luaran yang berduyun-duyun datang merapati kita.
Proaktif bermaksud, mengambil kawalan dan tanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Kita tidak meletakkan kualiti hidup kita atas sesuatu yang kita tidak boleh kawal. Tidak menafikan masalah di pihak lain, tetapi melihat perubahan dan penyelesaiannya berada di tangan sendiri.
“Ana tak boleh buat apa-apa, kalau usrah macam ni, tak tersentuh hati, macam mana nak terus semangat dalam dakwah?”, kata seorang daie dalam sebuah jemaah. Susahlah begitu. Mungkin dia kena keluar masuk jemaah lain, atau duduk dengan jemaah yang hanya menyentuh soal hati.
“Kalau ukhuwah gloomy macam ini, saya memang depressed. Nak buat kerja pun rasa tak ada kebersamaan. Tak semangat!”, kata seorang lagi daie.
Kenyataan-kenyataan seperti ini, adalah seperti meletakkan remote controller kehidupan kita di pihak lain. Kita gembira atau sedih, kita bahagia atau derita, semua ditentukan oleh orang lain. Tahap ukhuwah yang akan menentukan mood dan semangat juang kita. Naqibah usrah yang akan menentukan saya boleh jadi baik serta semangat atau tidak dalam perjuangan.
"Pujuklah dirimu wahai si pengeluh, agar menjadi salah satu antara dua. Sama ada menjadi penyumbang kecemerlangan, atau menjadi penawar diri kepada penyelesaian. Bagi yang berjuang sekadar di pinggiran, mengeluh sepanjang zaman, sesungguhnya Syurga tidak begitu mengalu-alukan penonton yang budiman." -Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman, dan mereka tidak diuji?" Surah al-Ankabut 29: 2
Sesungguhnya kewajipan dan tanggungjawab itu melebihi masa yang ada. Kata-kata As-Syahid Imam Al-Banna ini perlulah disematkan dalam hati agar ianya menjadi peringatan setiap kali kita terdetik untuk membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah dan tidak menyumbang pada jemaah. Ijtima' Tarbawi Dewan Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan baru-baru ini telah meluluskan enam deklarasi yang menekankan aspek tarbiyyah, pembinaan syaksiah dan jemaah. Dalam ijtima' tersebut, Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah berpesan tiga perkara kepada para pemuda:
Ahli gerakan Islam secara amnya diseru untuk mendirikan solat fardhu secara berjemaah, memperbanyakkan puasa dan mempunyai rekod amalan dalam bentuk buku atau dokumen mutaba'ah amal. Jika segala amal soleh ini dapat dijaga dengan baik, dengan izin Allah, generasi pendakwah yang akan dilahirkan pasti mempunyai akhlak, sudut pandang dan semangat perjuangan yang berpandukan ruh islami. Apakah kita tidak segan berleka-leka dengan masa lapang yang ada dan memanjangkan waktu tidur di malam hari mahupun di siang hari sedangkan kita tahu bahawa Rasulullah yang terpelihara dari segala dosa tetap berjaga malam bertahajjud sehingga bengkak kakinya?
Ucapan Saidina Umar kepada panglima perang Muslim, "Kita diberi kemenangan kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh, jika kita melakukan maksiat seperti mereka, maka tiada kelebihan kita berbanding mereka kerana bilangan kita tidak sebanyak mereka, persiapan kelenagkapan kita tidak sehebat persiapan mereka. Maka takutlah dengan maksiat.
Sesekali, sama-sama fikirkan, ribuan wang ringgit yang kita infaqkan, masa bersama keluarga kita gadaikan, seluruh tenaga kita dihabiskan.
1- Namun selepas segala perit maung, akhirnya, bilangan peserta yang datang ke program kita hanya sedikit. Adik-adik lebih tertarik untuk ke program lain. Komen daripada peserta yang baru saja balik dari program lain itu pun berbunyi "alaa tak best la program ni. Jom Heboh lagi best!"
Mampukah kita masih tersenyum? Adakah kita akan kecewa? Kalau tidak terlintas sedikit pun perasaan kecewa itu, Alhamdulillah. Takut-takut kalau sedikit kekecewaan itu terdetik di hati, maka, muhasabahlah, adakah kita buat segalanya kerana Allah atau kerana orang lain?
2- Selain itu, kalau bilangan pendaftaran peserta yang datang ke program kita tiba-tiba meningkat mendadak. Walaupun kena bayar tapi peserta masih nak datang. Adik-adik yang baru balik dari program lain berkata "memang bestlah program ni! Nasib baik saya datang! Tak sia-sia yuran yang saya bayar!". Maka kita pun gembira dan terasa puas hati.
Tanya semula pada diri, adakah kepuasan hati itu terasa sebab kita dah penat usaha? Terdetik atau tidak perasaan "tak sia-sia usaha aku selama ni"? Takut-takut kita ada lintasan fikiran sebegitu maka istighfarlah, dan kata pada diri "Alhamdulillah, semua ini tidak lain tidak bukan adalah atas rahmat Allah swt, tidak sedikitpun sebab aku". Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Bilamana perlumbaan itu diwar-warkan, maka akan ada yang kalah dan menang. Bilamana perlumbaan semakin sengit, maka orang pasti akan membanding-bandingkan yang mana lebih baik. Jangan nanti perkataan 'fastabiqul khairat' itu hanya kata-kata manis di bibir.
Jauh sekali niat untuk bersangka buruk, cuma ingin mengingatkan saja, mudah-mudahan kita sentiasa perbetulkan niat kita, semua benda yang kita buat pun Lillahi Taala, dan apa yang kita kejar ialah redha Allah swt. Dan semua kebaikan yang datang selepas itu juga tak lain tak bukan atas rahmat Allah swt. Supaya kita tidak kecewa jika kita 'kalah di mata manusia' dan supaya kita tidak bangga jika kita 'menang di mata manusia'. Biarlah dalam kita 'fastabiqul khairat' (berlumba dalam melakukan kebaikan), kita juga 'saari'uu ilaa maghfirah' (bersegera memohon keampunan)
وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ () الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa () (yaitu) orang-orang yang menginfakkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (ali-Imran :133-134)
Mudah-mudahan Allah jauhkan perasaan riak dan campakkan keikhlasan dalam hati, mudah-mudahan Allah jauhkan perasaan benci membenci dan hasad dengki, mudah-mudahan Allah redha dengan setiap apa yang kita lakukan, mudah-mudahan Allah tingkatkan darjat kita dengan Taqwa.
Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sentiasa tanamkan dalam hati kita 3 sifat ini (yg tersebut dalam hadith di atas) agar 'kemanisan iman' itu benar-benar dirasai.
Mengapa perlunya kemanisan iman? Kerana dengan kemanisan iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa redha dan tawakkal dengan semua ujian yg Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.
Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita rasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tapi apa yg kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya. Kadang kala mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.
Tetapi ingatlah, kerja dakwah ni bukan kerja dengan manusia tapi kerja dengan Allah. Dengan kemanisan iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessing' yang Allah janjikan.
"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yg disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" [32:17]
1.Abu Hurairah r.a meriwayatkan Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu Allah di akhirat kelak dengan keadaan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama"
2.Yahya bin Muaz berkata: "Aku sama sekali tidak memerintahkanmu untuk meninggalkan dunia, tetapi aku memerintahkanmu supaya meninggalkan dosa-dosa. Meninggalkan dunia adalah keutamaan, tetapi meninggalkan dosa adalah kewajipan. Sesungguhnya menegakkan kewajipan adalah lebih penting daripada sebuah keutamaan (yang sifatnya tidak wajib)"..
3. 'Aun Bin Abdullah berkata: "Dunia dan akhirat di dalam hati bagaikan dua sisi timbangan. Jika sisi salah satunya lebih berat, sisi yang lainnya akan lebih ringan"
Petikan daripada buku 'Tundukkan Hati', tulisan Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul Am PAS (Bab1, kejar dunia akhirat)
Kisah Tufail menunjukkan keberanian beliau mendengar seruan Rasulullah dan membuat pertimbangan seadilnya selepas mendengar seruan dan ajaran Rasulullah walaupun pada awalnya, beliau dimomokkan oleh Kabilah Quraisy.
Beliau ialah seorang penyair dan pemimpin qabilahnya yang berpengaruh di Yaman. Beliau datang ke Mekah dan disambut oleh dengan hormat oleh penduduk Mekah.
Mereka berkata,
"Engkau datang ke negeri kami, berwaspadalah terhadap seorang lelaki di kalangan kami. Dia menjadi masalah kepada kami. Dia telah memecah-belahkan masyarakat kami dan menganggu urusan kami. Kata-katanya seperti sihir. Boleh memisahkan ayah dan anaknya. Memecah-belahkan sesama saudara mara, suami dengan isteri. Kami bimbang kalau-kalau dia dapat mempengaruhimu dan kaummu seperti yang berlaku kepada kami. Jangan bercakap dengannya dan jangan mendengar cakapnya walaupun sedikit."
.
Tufail menceritakan,
"Demi Allah, mereka terus-menerus memperingatkan aku dengan perkara itu sehingga aku mengambil keputusan tidak mahu mendengar dan bercakap dengannya. Bahkan aku menyediakan kapas penyumbat telinga supaya cakap-cakapnya tidak sampai kepadaku. Apabila aku pergi ke masjid, tiba-tiba aku lihat dia (Rasulullah) bersembahyang di sisi Ka'abah. Aku berdiri berhampiran dengannya. Allah tidak mahu yang lain melainkan mendengarkan kepadaku sebahagian dari kata-katanya. Aku mendengarnya dan aku dapati kata-katanya yang baik. Aku pun berfikir sendiri, alangkah tidak baiknya, demi Allah kalau aku tidak membuat pertimbangan sendiri. Aku seorang penyair, aku boleh menilai baik dan buruk. Apakah yang menghalangku untuk mendengar dari lelaki ini apa yang diucap olehnya. Kalau baik aku menerimanya, kalau buruk aku menolaknya."
"Aku tidak berbuat apa-apa sehingga dia (Rasulullah) beredar pulang ke rumahnya. Aku pun mengikut dari belakang, sehingga dia masuk ke rumahnya. Aku pun masuk untuk menemuinya. Lalu aku ceritakan kisah kedatanganku dan bagaimana orang memberi amaran supaya aku jangan bertemunya dan aku menyumbat kapas ke telingaku. Seterusnya aku mendengar sebahagian dari kata-katanya ketika bersembahyang di sisi Ka'abah."
Aku pun berkata lagi kepadanya (Rasulullah),
"Sila bentangkan kepadaku tentang ajaranmu"
.
Dia menerangkan tentang Islam kepadaku dan membaca al-Quran. Maka demi Allah, aku tidak pernah mendengar kata-kata yang lebih baik darinya serta perkara yang lebih adil darinya. Aku terus menganut Islam dan mengisytiharkan syahadah yang sebenar. Aku berkata kepadanya,
"Sesungguhnya aku seorang yang berpengaruh di kalangan kaumku, aku akan pulang kepada mereka dan mengajak mereka kepada Islam. Berdoalah kepada Allah agar Dia mengurniakan kepadaku suatu tanda yang menjadi bukti kepada Islam"
Apabila kita menerima tanggungjawab memikul beban dakwah ini, sebenarnya kita telah menerima juga secara tidak langsung akan segala mehnah (ujian) dan tribulasi yang datang bersamanya.
Kita memang selayaknya untuk diuji. Mesti bersedia untuk diuji. Lihat sahaja kepada isu-isu semasa yang menyelubungi.
Contohnya, antara ujian yang dihadapi Pas:
Diuji dengan DIBUNUH: Pembunuhan penyokong dan pemimpin Pas yang tidak diadili sampai ke hari ini 1. Pembunuhan wakil rakyat Pas Kelantan, Abdul Samad Gol 2. Pembunuhan Osman Talib di Lubuk Merbau, Kedah pada 1985 3. Peristiwa pembunuhan Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya di Memali, Kedah pada 1985
Para syuhada Memali
Diuji dengan ditangkap dan dipenjarakan: Penangkapan dan pengurungan pemimpin-pemimpin Pas. 1. Dr Burhanuddin al-Helmi (Presiden Pas ketiga) ditahan sekian lama di dalam penjara. Meninggal pada 1969 setelah lama menderita akibat penyeksaan yang dikenakan semasa dalam tahanan 2. Pada tahun 1984, 3 exco Dewan pemuda Pas pusat ditahan di bawah ISA 3. Operasi Lalang 1987 4. Operasi Kenari 1988
Diuji dengan pemimpin keluar jemaah: Pemimpin Pas keluar dari jamaah yang merupakan suatu kemalangan yang menjejas maruah Pas sebagai sebuah jamaah Islam. Antaranya ialah: 1. Bekas YDP Haji Ahmad Fuad Hassan 2. Dato’ Asri Haji Muda 3. Bekas NYDP Nakhaie Haji Ahmad dan lain-lain
Diuji dengan perpecahan di dalam jemaah: Perpecahan dari dalam juga merupakan suatu tribulasi menyebabkan Pas terpaksa berhadapan dengan banyak musuh yang berasal dari kawan-kawan sendiri. Antaranya ialah: 1. BERJASA pimpinan Dato’ Muhammad Nasir pada 1978 2. HAMIM pimpinan Dato’ Asri Haji Muda pada 1983 dan kemudiannya ISLAH pada 1989
".... dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu"
Surah Muhammad 47:31
Perjuangan juga berdepan dengan ruang-ruang bergerak yang semakin disempitkan. Ia bukan disempitkan oleh kongkongan dan akta zalim semata-mata, tetapi disempitkan juga oleh prejudis dan sumbatan minda yang amat kompleks.
Perjuangan mempertahankan keadilan dan hak kemanusiaan, dilabel sebagai pembangkang. Pembangkang dilabel sebagai penjenayah dan mengganggu ketenteraman awam. Sekurang-kurangnya itu adalah mazhab politik Malaysia hari ini. Minda dan cara berfikir masyarakat hari ini. Label pembangkang menjadikan orang telah pun lari, sebelum kita sempat memperkenalkan diri atau dituduh tiada tarbiyah tanpa asas yang kukuh dan penilaian yang teliti.
"Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka akan mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka...." Surah At-Taubah 9:42
Hamba itu tidak berhak untuk menentukan perlakuan tuannya. Hamba ini bebas disuruh, boleh diuji malah sentiasa bersedia untuk apa sahaja. Apatah lagi hamba kepada Tuan yang Maha Tuan, iaitu Allah SWT.
Selayaknya kita diuji, bukan dengan ujian yang kita persiapkan diri terhadapnya, tetapi ujian yang tidak disangka-sangka. Terserah kepada-Nya.
Ujian adalah cara Allah meningkatkan imej kita di hadapan Dia, bukan status kita di sisi manusia.
Some years ago on a hot summer day in south Florida a little boy decided to go for a swim in the old swimming hole behind his house.
In a hurry to dive into the cool water, he ran out the back door, leaving behind shoes, socks, and shirt as he went. He flew into the water, not realizing that as he swam toward the middle of the lake, an alligator was swimming toward the shore.
His mother, in the house, was looking out the window and saw the two as they got closer and closer together. In utter fear, she ran toward the water, yelling to her son as loudly as she could. Hearing her voice, the little boy became alarmed and made a U-turn to swim to his mother.
It was too late. Just as he reached her, the alligator reached him. From the dock, the mother grabbed her little boy by the arms just as the alligator snatched his legs. That began an incredible tug-of-war between the two.
The alligator was much stronger than the mother, but the mother was much too passionate to let go.
A farmer happened to drive by, heard her screams, raced from his truck, took aim and shot the alligator. Remarkably, after weeks and weeks in the hospital, the little boy survived.
His legs were extremely scarred by the vicious attack of the animal. And, on his arms, were deep scratches where his mother’s fingernails dug into his flesh in her effort to hang on to the son she loved.
The newspaper reporter who interviewed the boy after the trauma, asked if he would show him his scars. The boy lifted his pant legs; and then, with obvious pride, he said to the reporter, “But look at my arms. I have great scars on my arms, too. I have them because my mom wouldn’t let go.”
You and I can identify with that little boy. We have scars, too.
No, not from an alligator, or anything quite so dramatic. But, the scars of a painful past. Some of those scars are unsightly and have caused us deep regret. But, some wounds, my friend, are because God has refused to let go.
In the midst of your struggle, He’s been there holding on to you.
This teaches us that God loves us. But sometimes we foolishly wade into dangerous situations. The swimming hole of life is filled with peril -and we forget that the enemy is waiting to attack. That’s when the tug-o-war begins - and if you have the scars of His love on your arms, be very, very grateful. He did not - and will not - let you go.
1. Agama hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang menegakkannya dlam dirinya. 2. Bahagia dan saadah hanya akan dapat dirasakan oleh orang yang membela keyakinan,kebenaran dan keadilan. 3. Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat mempertahankan penderitaan dan kepapaan. 4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan diberikan kepada mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah swt. 5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan, kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan. 6. Belajarlah memfanakan diri guna kepentingan cita dan agama.
Ini merupakan perutusan As- Syahid Imam Hassan Al-Banna kpd para mujahidin didalam Ikhwanul Muslimin ynag beriman kpd dakwah mereka dan fikrah(falsafah hidup) mereka dan bersungguh2 hendak sehidup semati dgn dakwah dan fikrah mereka.Wallahua'lam.
Setiap insan pasti bercita-cita untuk menjadi hebat, malah ada yang cemburu kerana kagum terhadap orang-orang yang hebat. Hebat mungkin sesuatu yang subjektif, namun di sini yang ingin dibincangkan adalah kehebatan IMAN kita apabila mencintai Allah S.W.T.
Sesungguhnya, orang yang benar-benar cinta kepada Allah itu berbeza dengan orang yang hanya tahu tentang Allah. Tahu kewujudan-Nya, tahu Allah yang menciptakan segalanya. Orang yang benar-benar cinta kepada Allah akan sentiasa bersedia untuk melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi apa yang dilarang-Nya, sekalipun dilingkungi kesukaran dan cabaran.
Bagaimana untuk melahirkan rasa CINTA itu?
Adapun, orang yang bercita-cita mahu mencintai Allah merasakan tidak cukup dengan hanya mengetahui dalil-dalil tentang kewujudan dan kebesaran Allah, namun lebih dari itu. Mereka akan sentiasa memikirkan kehebatan ciptaan-Nya serta tadabbur hingga tumbuh rasa cinta di dalam hati. Ini dipanggil 'khawash', iaitu mengenali Allah S.W.T melalui rasa hati secara mendalam. Apa sahaja yang dilihat di alam maya dirasai oleh hati bahawa Allah adalah penciptanya. Lantas apabila melihat keindahan alam, hati terus berbisik "Lebih indah lagi Syurga Allah." Apabila merasa lazatnya makanan, hati berbisik "Lebih lazat lagi makanan di Syurga Allah.." Dan jika merasai kesengsaraan atau kesakitan di dunia, hatinya mengingatkan bahawa lebih dahsyat lagi seksa di akhirat.
Orang yang beriman melalui hati yang amat mencintai Allah disebut "Syighaful Qalbi", iaitu orang yang fikiran dan hatinya hanya untuk Allah. Mereka sudah mencapai tahap mahabbatillah yang lebih tinggi dari tahap 'khawash', iaitu tahap 'khawasul khawash' dan Nabi Muhammad sendiri adalah contoh terbaik yang telah mencapai tahap kecintaan ini.
Belajar tentang CINTA daripada Sirah
Sekembalinya Nabi Muhammad S.A.W. dari Isra' Mikraj, baginda bertemu sepupunya Ummi Hani. Baginda menceritakan segala peristiwa Isra' Mikraj kepadanya dan Ummi Hani menggelengkan kepala dengan rasa hairan dan sedih terhadap cerita yang disampaikan oleh baginda Rasulullah S.A.W.
Baginda S.A.W. berhasrat untuk memberitahu penduduk Makkah tentang peristiwa agung itu, namun Ummu Hani meminta baginda membatalkan hasratnya itu. Menurutnya, jika sebelum peristiwa Isra' Mikraj sudah ramai penduduk Makkah membenci Rasulullah, apatah lagi setelah Baginda menghebahkan cerita Isra' Mikraj itu. Pasti bertambah kebencian orang ramai terhadap Nabi.
Namun, bagi seorang rasul yang hatinya sentiasa sarat dengan rasa cinta yang mendalam terhadap Allah S.W.T., maka baginda tidak mempedulikan apa jua gertakan, ancaman dan kebencian manusia terhadapnya. Baginda merasakan ianya suatu KEWAJIPAN bagi dirinya untuk menyampaikan sesuatu daripada Allah kepada umatnya, dan itulah bukti kecintaan baginda kepada Allah S.W.T.
Muhasabah: Hebat, Cinta, Taqwa
Hebatnya penangan CINTA yang sebenar-benar cinta, iaitu kepada ALLAH, Tuhan seru sekalian alam. Dengan mahabbatillah (cinta kepada Allah), kita akan menjadi hebat. Mungkin tidak di mata sesetengah manusia, namun hebat di pandangan Dia, dan untuk menjadi hebat atau mulia di sisi Allah, hanyalah dengan TAQWA, yang pastinya tidak dapat dipisahkan dengan CINTA kepada Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
Sebagai penutup, sama-sama kita hayati mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini. Selamat memburu cinta-Nya setiap saat dan waktu, Insha-Allah.
Wallahu a'lam.
Rujukan: Buku Sirah Nabawiyah : Insan teladan sepanjang zaman oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ramadan baru sahaja meninggalkan kita serta digantikan dengan kedatangan syawal.Sebagaimana yang maklum, syawal adalah bulan kegembiraan , bulan kemerdekaan dan satu daripada bulan-bulan haji.
Namun sedang kita bergembira di dalam Syawal ini,bulan kemenangan bagi mereka yang benar-benar dapat menghadapi Ramadan dengan tabah, kita tidak seharusnya lalai dalam menyambut kemeriahan suasana hari raya. Kita tidak sepatutnya menganggap bahawa hanya Ramadan , bulan untuk kita beribadah.
Jika pada bulan lalu (Ramadan) kita telah Berjaya mengawal lidah kita daripada melafazkan perbualan yang tidak sesuai, maka seharusnya kita mengawalnya sepanjang hayat. Dan jika mata kita dapat dikawal dari melihat dan menonton pemandangan yang keji, ini bukan bererti,selepas Ramadan kita bebas untuk kembali mengamalkannya.
Perlu diingatkan bahawa,sebagai umat islam,kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t,dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya sebagaimana firman Allah s.w.t :
“ Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi , benar-benar terdapat tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang bertakwa."
Kita baru sahaja meninggalkan madrasah Ramadan yakni bulan yang penuh dengan keberkatan serta bulan yang melatih kita untuk menghadapi sebelas bulan yang mendatang.Namun begitu,sebagai muslim sejati kedatangan Syawal dan pemergian Ramadan sepatutnya member keinsafan kepada diri dengan bertanyakan apakah Ramadan ke atas diri kita sendiri. Adakah kedatangan bulan penuh berkah itu benar-benar meninggalkan kesan, sebagaimana puasa yang dilakukan itu dapat melatih dan mendisiplinkan kita? Atau sebulan yang berlalu hanya meninggalkan kesan lapar dan dahaga.
Maka beruntunglah bagi mereka yang telah menjalankan ibadat pada bulan ini dengan penuh keimanan sebagaimana sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud
“ Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan ,akan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu."
Mungkin ada antara kita yang merasakan bahawa terdapat banyak kekurangan yang dilakukan pada bulan Ramadan yang lalu di mana ibadat sepanjang bulan itu tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan mungkin terlepas untuk mendapat kelebihan seribu bulan.
Namun sesungguhnya, Allah s.w.t itu Maha Pemurah, sering memberikan peluang untuk hamba-hambanya di mana di dalam Syawal ini juga terdapat beberapa amalan yang boleh di lakukan sebagai tambahan, kesinambungan daripada amalan kita pada bulan lalu.
Ibadat tambahan yang di maksudkan ialah puasa enam iaitu berpuasa selama enam hari di dalam bulan Syawal sama ada di lakukan secara berterusan atau berselang- seli , selama mana ia di lakukan di bulan Syawal.
kelebihan Puasa Enam
Puasa enam hari di dalam bulan Syawal mengandungi beberapa kelebihan, sebagaimana diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud
“ Barangsiapa yang berpuasa sebulan Ramadan , diikuti dengan enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa selama setahun”
Allah s.w.t juga berfirman di dalam surah Al-An’am yang bermaksud : " Barangsiapa yang membawa amal yang baik maka bagi (pahala) sepuluh kali ganda. Dan barangsiapa yang membuat perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan kecuali yang seimbang dengan kejahatannya.Sedang mereka sedikitpun tidak di aniaya ( dirugikan )."
Inilah kelebihan yang Allah s.w.t tawarkan bagi direbut oleh umat Islam yang mungkin terlepas kelebihan Ramadan sebelum ini.
Dalam masyarakat , mereka mungkin menganggap golongan kanan ialah golongan yang menyokong arus perdana, manakala golongan kiri pula golongan yang menentang.
Menurut al Quran dalam surah al waqi'ah ayat 27-40, golongan kanan ialah mereka yang menjadi penghuni syurga. Mereka diberikan pelbagai nikmat sebagai balasan dari Allah terhadap keimanan dan amal soleh yang mereka lakukan. Antara nikmat yang Allah janjikan untuk mereka ialah;
1)Berada dan berehat di bawah pohon bidara yang tidak berduri.
Pohon bidara di dunia berduri dan kurang berbuah, sedangkan pohon bidara di syurga penuh buah dan tiada duri.
Seorang badwi datang bertemu Nabi SAW dan bertanya 'Bagaimana Allah sediakan pohon yang menyakitkan bagi penghuni syurga. Nabi Bertanya " pohon apa? Jawab beliau ' pohon bidara'.
Sabda Nabi SAW " Bukankah Allah berfirman ..pohon bidara (dalam syurga) tidak berduri. Maka setiap bahagian yang sepatutnya berduri digantikan dengan buah bidara. Buah bidara ini memiliki 70 rasa dan setiap satunya berbeza dengan yang lain"
2) Pohon pisang (terjemahan indonesia) yang bersusun-susun
Imam as suddie berkata 'pohon ini tersusun buahnya seperti buah pisang dunia, tetapi lebih enak daripada madu"
3) Bayang/ naungan yang memanjang
Imam Bukhari meriwayatkan hadith Nabi SAW yang bermaksud
"Dalam syurga ada sebatang pohon, seorang penunggang kenderaan mengambil masa seratus tahun tanpa henti untuk melepasi bayangannya" Ada riwayat yang lain menyebutkan tempoh yang diambil untuk melepasi bayangan pohon tersebut selama 70 tahun!
Menurut riwayat Imran bin Maimun pula , tempohnya ialah 70 ribu tahun!
Ahli tafsir menyebut bayang pohon tersebut tidak terputus dengan cahaya matahari, keadaan di bawahnya nyaman seperti masa antara terbit fajar dan terbit matahari.
Ayat-ayat lain yang menyebut tentang bayangan pohon syurga ialah An nisa' 57; al ra'd 35; mursalat 41.
4) Air minuman yang tercurah
Lihat juga dalam surah Muhammad 15
5) Buah-buahan yang banyak , tidak terputus dan tidak terlarang
Buah-buahan pelbagai jenis , tidak pernah dilihat dan dirasai di dunia. Baca surah baqarah ayat 25.
Sebahagian buahan ini sama bentuknya dengan buahan di dunia, tetapi berbeza dari segi rasanya. Riwayat bukhari dan muslim menyebutkan daun dari pohonnya sebesar telinga gajah.
riwayat dari Jabir menyebutkan para sahabat bersama Nabi SAW ingin menunaikan solat Zohor, mereka melihat Nabi SAW hendak mencapai sesuatu, namun berundur semula.Selesai solat Ubay bin Ka'ab bertanya 'Hari ini kamu melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan.
Baginda SAW menjawab "Dibentang kepadaku syurga dan apa yang ada di dalam dari bungaan dan buahan,aku hulurkan tangan untuk memetik segugus anggur untuk kuberikan kepada kamu semua, terjadi sesuautu menyebabkan aku tidak dapat mengambilnya.Jika aku dapat mengambilnya untukmu nescaya penghuni bumi dan langit akan dapat makan darinya tanpa putus-putus"
Buahan syurga tidak terputus dengan musim2 tertentu seperti buahan dunia, bahkan ia ada sepanjang masa. Bahkan ia ada disisi penghuni syurga setiap kali diinginkan.
Ada Riwayat menyebut bahawa setiap kali buah tersebut dipetik, ia kembali ada ditangkainya seperti sebelumnya. Begitulah keadaannya berterusan.
6) Tempat-tempat rehat yang tebal lagi tinggi.
Al Hasan meriwayatkan katanya ' tinggi singgahsana penghuni syurga itu sejauh perjalan 80 tahun"
7)Bidadari syurga
Diciptakan dewasa tanpa melalui kelahiran dan alam bayi. Mereka semuanya perawan dan sebaya .
Salamah bin Yazid meriwayatkan dari Nabi SAW bahawa yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah wanita dunia yang menjadi penghuni syurga. Mereka dikembalikan kepada usia muda walaupun sewaktu mati mereka seorang tua.
Al Hasan meriwayatkan bahawa seorang tua datang bertemu Nabi SAW dan memohon agar didoakan beliau masuk syurga.
Sabda Nabi SAW " wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk syurga" Perempuan tersebut beredar dalam keadaan menangis. Nabi SAW berkata kepada al Hasan "Beritahu dia, bahawa dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua, sesungguhnya Allah berfirman "Kami jadikan mereka dengan langsung, dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan"
Ummu Salamah bertanya Nabi SAW 'Siapakah yang lebih baik ,bidadari syurga atau wanita dunia?
Jawab Nabi SAW 'Bahkan wanita dunia lebih afdhal...Tanya beliau lagi ' Apa kelebihan wanita dunia?Jawab Nabi SAW "Dengan solatnya, puasanya dan ibadahnya kepada Allah. Allah pakaikan pada wajah mereka cahaya, dan tubuh mereka dengan sutera , tubuh mereka putih dengan berpakaian hijau, perhiasan kekuningan,batu-batu perhiasan dari durr,... beruntunglah siapa yang kami menjadi milik mereka dan mereka menjadi milik kami.
Ummu Salamah bertanya lagi "Perempuan dikalangan kami ada yang berkahwin beberapa kali (penterjemah; setelah kematian suami pertama, ) jika dia mati dan masuk syurga , sedang bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, siapakah yang akan menjadi suaminya nanti?
Jawab baginda " Wahai Ummu Salamah; Ia boleh pilih , lalu akan memilih yang paling baik akhlaknya dan dia akan berkata : Wahai tuhan , suami yang inilah yang paling baik akhlaknya denganku, maka kahwinkanlah aku dengannya, wahai ummu Salamah, akhlak yang baik akan bersama kebaikan di dunia dan di akhirat"
Dalam hadith yang panjang tentang syafaat Nabi SAW baginda bersabda
"Tidaklah penghuni dunia lebih mengetahui tentang pasangan daripada penghuni akhirat.Maka seorang penghuni syurga akan masuk menemui 72 orang isterinya. 70 dari kalangan bidadari dan dua dari kalangan manusia yang masuk dengan syurga dengan ibadah mereka di dunia kepada Allah.
Antara sifat bidadari2 tersebut ialah ;
· Penghuni syurga tidak pernah jemu bersama mereka dan mereka juga tidak merasa jemu bersama.
· Mereka sentiasa dara
· Tiada mani dan haid
· Ucapan mereka setiap kali dikunjungi suami mereka "Demi Allah tidak ada di dalam syurga ini yang lebih baik daripada dirimu, dan tidak ada yang lebih aku cintai daripada dirimu"
· Sentiasa bernyanyian di dalam syurga untuk suami mereka "Kami adalah bidadari yang baik, untuk suami yang mulia"
8)Penghuni syurga dibangkitkan dalam keadaan berikut:
· Saiz seperti saiz Nabi Adam – 60 hasta
· Umur seperti umur Nabi Isa diangkat Allah – 33 tahun
· Rupa paras – seperti Nabi Yusuf
· Lidah –seperti Nabi Muhammad (Arab)
Kesimpulan
1.Syurga dan nikmatnya ialah janji yang pasti dari Allah kepada orang2 beriman lelaki dan perempuan.
2.Marilah kita mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk berlumba-lumba menjadi golongan kanan yang akan memasuki syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan.
3.Beribadah dan menggalakkan ahli keluarga turut serta sebagai tanda cinta kita kepada mereka dan mengharapkan agar dapat terus bersama hingga ke syurga.
4. Ada pasangan yang akan terpisah di akhirat, seorang ke syurga dan seorang ke neraka. Na'uzubillah.
5. Suami hendaklah menjadi contoh yang baik kepada isteri agar mereka dipilih oleh isteri mereka sebagai pasangan di akhirat nanti.Jangan risau berjuang dan mati dahulu sebelum isteri (meniggalkan isteri menjanda dan berkahwin dengan orang lain, jika kita orang baik tentulah isteri akan pilih kita semula.
5. Wanita dunia lebih baik dari bidadari syurga jika mereka beriman dan melakukan amal soleh.
Di bawah ini adalah nama beberapa individu yang terlibat secara langsung dalam melancarkan proses perjalanan hijrah:
1) Saidina Ali – seorang anak muda yang berusia 32 tahun lebih muda dari Rasulullah dan merupakan sepupu Baginda, anak kepada Abu Talib bin Abdul Mutalib. Tugas yang dibebankan kepadanya adalah menggantikan tempat tidur Rasulullah pada malam hijrah disaat rumah tersebut dikepung oleh 11 pemuka Quraisy termasuk Abu Jahal dan Abu Lahab.
2) Saidina Abu Bakar – beliau lahir dua tahun setelah kelahiran Rasulullah SAW. Beliau terlibat dalam hijrah ke Habsyah (Ethopia) sebelum hijrah ke Madinah. Dalam hijrah ke Madinah, Rasulullah SAW memilih beliau sebagai teman dalam perjalanan.
3) Abdullah bin Abu Bakar – beliau adalah anak Saidina Abu Bakar yang ditugaskan sebagai intel untuk mencari maklumat dan menyampaikan maklumat kepada Rasulullah SAW yang bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah. Abdullah mendengar apa sahaja perbicaraan penduduk Mekah (tentang mereka) di siang hari dan pada petangnya, menyampaikan info tersebut kepada mereka. Setiap malam (dalam tempoh 3 hari tersebut), Abdullah tidur di gua bersama mereka dan pulang pada waktu Subuh.
4) Asma’ binti Abu Bakar – beliau juga adalah anak kepada Saidina Abu Bakar. Tugasannya adalah menghantar makanan ke Gua Thur setiap hari. Sangat menakjubkan kerana saat itu ia sedang hamil tua, namun mampu mendaki gunung yang tidak mampu didaki oleh semua orang. Asma’ digelar ‘Zatun Nitaqain’ artinya ‘pemilik dua ikat pinggang’ kerana ia memotong kain ikat pinggangnya untuk mengikat mulut kantung makanan tersebut.
5) Amir bin Fuhairah – beliau adalah mantan hamba kepada Abu Bakar. Beliau diberi tugasan supaya membawa kambing-kambing peliharaannya ke padang pasir pada waktu siang bagi menghilangkan jejak kaki Abdullah dan Asma’ dan pada waktu petang membawa kambing ke gua Thur untuk diperah susunya.
6) Abdullah bin Uraiqith – beliau adalah seorang Musyrik yang mempunyai keahlian dalam menunjuk jalan di padang pasir. Sekitar 4 bulan sebelum berangkat berhijrah, Rasulullah dan Abu Bakar menyerahkan dua ekor unta kepadanya untuk dipelihara untuk kegunaan tunggangan berhijrah nanti. Sampai masanya beliau bertemu Rasulullah dan Abu Bakar dengan membawa unta tersebut untuk berhijrah.
Ertinya, kita dibenarkan meminta bantuan pihak non-Muslim dalam beberapa hal yang mereka ada kepakaran, syaratnya mereka itu boleh dipercayai, tidak akan khianat atau membocor rahsia.
Maka, setiap umat Islam khasnya mereka yang mengintima’kan diri bersama perjuangan Islam berkewajipan memberikan sumbangan, pengorbanan (tenaga, masa dll) serta kepakaran yang kita ada untuk membantu urusan agung ini. Jangan ada yang menyebut, ‘maaf, saya tiada ilmu..maaf, saya tak pandai berceramah’ dan lain-lain. Kerana membantu Islam sangat banyak jalannya.
Dalam pemahaman orang Melayu khasnya dan rata-rata manusia umumnya termasuk golongan ‘pembaharu’ ( pemikir-pemikir hak asasi manusia ) , mereka sudah masak dengan kefahaman bahawa makna ‘ADIL’ adalah sama rata, sama banyak atau sama-sama seimbang.
x adil?
Natijah dari kesilapan memahami makna ‘adil’ ini, akhirnya membuatkan muncullah kenyataan : Islam itu tidak adil dan Allah itu tidak adil. Kata golongan ini, antara buktinya adalah:
a) Dalam bab nikah kahwin – lelaki diberi hak beristeri sehingga 4 ( jika mampu berlaku adil ), adapun wanita tidak.
b) Aurat lelaki sedikit, adapun aurat wanita itu banyak.
c) Pembahagian harta pusaka (fara’id) – lelaki dapat 2 bahagian dan wanita hanya 1 bahagian.
d) Lelaki boleh bekerja sehingga lewat malam, wanita ditegah.
e) Lelaki menjadi ketua keluarga ( mencari rezeki, bekerja, mencari tempat perlindungan dan sebagainya ), adapun wanita dihadkan fungsinya.
Ini menandakan Islam tidak adil dan mendiskriminasikan wanita, kata mereka.
Adil Menurut Islam
Dalam Islam, adil adalah ‘meletakkan sesuatu (sesuai ) pada tempatnya. Bukan bermaksud sama banyak atau sama rata atau seimbang dalam semua perkara. Contohnya dalam bab aurat : Islam menetapkan had aurat yang wajib ditutup bagi wanita lebih banyak dari lelaki, sesuai dengan kejadian ciptaannya. Allah menjadikan mereka ini cantik dan indah sehingga boleh menarik perhatian kaum lelaki, maka bermakna wanita adalah barang mahal dan berharga yang tidak boleh sesuka hati ditonton oleh sesiapa sahaja melainkan orang-orang yang tertentu yang dikhaskan iaitu suami dan ahli keluarga. Maka, wanita dipelihara oleh Allah dengan aurat yang agak lebih sedikit dari lelaki. Inilah Islam yang meletakkan sesuatu aturan sesuai dengan fitrah kejadian manusia kerana Allah yang lebih berhak tahu tentang keperluan makhluk yang Dia sendiri ciptakan.
Bahkan jika mahu dikatakan Islam itu zalim, iaitu tidak adil menurut pemahaman manusia hari ini, maka lihatlah bagaimana keadaan wanita sebelum kedatangan Islam. Mereka dihinakan sebegitu dahsyat, dijadikan bahana pameran, dijadikan bahan pemuas nafsu sahaja sama seperti hari ini wanita diesksploitasi untuk cover depan majalah untuk tujuan pelarisan perniagaan atau apa-apa produk. Maka, inilah kehinaan dan kezaliman kepada wanita sebenarnya. Begitulah juga dalam bab hak mencari rezeki, hak dalam harta warisan dan sebagainya.
Maka, lawan bagi kalimah adil adalah zalim iaitu meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya seperti pakaian yang sepatutnya dipakai oleh orang lelaki, lalu dipakai oleh wanita, itulah Zalim.
Adil Dalam Fiqh dan Hadith
Dalam ilmu fiqh dan hadith, makna adil berbeza pula.
Fiqh : Apabila disebut seorang saksi kes zina dalam Islam hendaklah saksi yang adil. Maka makna adil dalam konteks Fiqh adalah :
“ saksi yang tidak fasiq iaitu hidup melakukan dosa besar “. Maka saksi yang fasiq tidak sah dan tertolak menurut pandangan Islam kerana mana mungkin orang yang hidup dalam dosa besar muncul untuk menjadi saksi dalam perkara melibatkan dosa besar juga. Sudah tentu soal kepercayaan terhadap mereka ini, boleh dipertikaikan.
Hadith : Antara sebab hadith itu menjadi sohih adalah kerana perawinya bersifat adil. Maksud perawi yang adil dalam Ilmu Hadith sama sahaja seperti adil dalam bab Fiqh, cuma ada sedikit tambahan iaitu :
“ mengerjakan suruhan dan taat kepada Allah, tidak melakukan dosa besar, menjauhi perkara yang boleh merosakkan iman (aqidahnya) , tidak mengikut mana-mana hadith yang bertentangan dengan syara’, menjaga maruah baik dari segi syara’ mahupun adat “
Adil dalam hadith juga adalah perawi hadith itu tidak termasuk difitnah atau dituduh dengan 5 perkara ini :
a) berdusta, fasiq, jahil dan bid’ah.
b) Bergaul dengan sahabat-sahabat yang tidak bermaruah (berakhlak).
c) Keterlaluan dalam bergurau senda.
d) Membuang air ditepi jalan.
e) Makan dijalanan (kedai-kedai dll – pen)
Maka ,hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang tidak adil iaitu fasiq adalah ditolak. Mudahan-mudahan kita sama-sama memahami makna adil dalam Islam dan dalam konteks ilmu hadith dan ilmu Fiqh ini.
Sumber rujukan : Pengantar Ilmu Hadis – Rosmawati Ali @ Mat Zin – Kuala Lumpur.
Penulis bukanlah ustaz. Segala artikel yang disiarkan di blog ini kebanyakannya diambil daripada laman web lain sebagai nota peribadi penulis yang ingin dikongsi bersama untuk kebaikan bersama. Moga bermanfaat.