Serambi Dakwah

IconMusafir di bumi Ilahi, aku singgah untuk menuntut ilmu untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.....

Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Doa Tidur


عَنْ حُذَيْفَةَ وَأَبِىذَرٍّ رَضِىَاللّهُعَنْهُمَا قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَاأَوَى إِلىَ فِرَاشِهِ قَالَ :  بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ ، وَإِذَااسْتَيْقَظَ قَالَ : اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ . رَوَاهُ الْبُخَارِىُّ

Ertinya :
Huzaifah r.a. dan Abu Dzar keduanya berkata : Adalah Rasulullah saw. jika akan tidur membaca : bismikallahumma ahya wa amutu (Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati), dan apabila bangun tidur membaca ; alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur (Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit).
(Bukhari)

 
 

40 Animated Hadith

 
 

Mustolah Hadis: Gelaran Imam-imam Hadis

Gelaran keahlian Imam-imam Hadis:

a) al-Musnid : orang yang meriwayatkan hadis dengan sanadnya baik menguasai ilmu hadis atau tidak

b) al-Muhaddis : gelaran ini ditujukan kepada mereka yang menguasai ilmu dirayah dan riwayah, mendalami kecacatan dan sanad sesuatu hadis, dia juga menghafal sekurang-kurang 100 buah hadis, mengetahui perawi-perawi hadis dan riwayat yang ada pada zamannya.

c) Al-Hafiz : adalah orang yang menghafal hadis sekurang-kurangnya 100 000 hadis beserta sanad dan matannya. dia menguasai ilmu dirayah dan riwayah. Jumlah hadis yang diketahuinya adalah lebih banyak daripada yang dia tidak ketahui. Dia adalah orang yang dapat mensahihkan sanad dan matan dengan baik serta dapat menjarh (mencela) dan menta’dil (memuji) rawi sesuatu hadis. Contoh al-Hafiz ialah Imam al-Khatib al-Baghdadi, Imam az-Zahabi, al-Iraqi (pentaqiq kitab Ihya Ulumuddin), Ibnu Hajar al-Asqalany, Ibnu Daqiqil Ied

d) Al-Hujjah : hampir sama sahaja dengan al-Hafiz. Cuma mereka menghafal hadis lebih kurang 300 000 buah hadis beserta sanad dan matan. Mereka juga dikatakan lebih mengetahui biograwi rawi dengan baik. Contoh al-hujjah ialah Muhammad Abdullah bin Amr, Imam Sufyan bin uyainah, Imam Tabrani, Imam ad-Darimi

e) Al-Hakim : darjat mereka lebih tinggi daripada al-hujjah. Sangat dalam ilmu mereka tentang hadis sama ada jarh dan ta’dil suatu rawi matan dan sanad dan sebagainya. Contoh al-Hakim ialah Imam Malik, Imam Syafie, Imam Laits bin Saad, Imam Abu Daud dan Imam Tirmizi.


f) Amirul Mukminin fil hadis : ini adalah darjat tertinggi bagi semua imam hadis. Mereka menjadi sumber utama dalam dunia hadis. Mereka berfungsi seperti khalifah yang menyampaikan sunnah. Contoh amirul mukminin dalam hadis ialah Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad, Imam Sufyan ats-sauri, Imam Ishaq. Sesetengah buku mencatatkan bahawa Ibnu Hajar al-Asqalany juga termasuk golongan ini.

 
 

Mustolah Hadis: Istilah Hadis

Sanad dan matan

Hadis dalam kita-kitab hadis terbahagi kepada dua komponen. Iaitu sanad dan matan.
Sanad ialah rangkaian perawi yang menghantarkan kepada matan sesuatu hadis. Matan pula ialah isi kandungan sesuatu hadis yang berada diakhir sanad.

Contoh hadis penuh :

حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال حدثنا سفيان قال حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري قال أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي يقول سمعت عمر بن الخطاب رضي الله عنه على المنبر قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : ( إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه )
Maksud : Telah menceritakan kepada kami al-Humaidi, Abdullah bin az-Zubair, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Sufyan, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa’id al-Anshari, ia berkata; Telah memberitahukan kepadaku Muhammad bin Ibrahim at-Taimi bahwasannya ia mendengar ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi berkata; Aku mendengar Umar bin Khaththab ra berkata di atas mimbar; Rasulullah saw bersabda; Sesungguhnya semua perbuatan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya (diniatkan) kepada dunia yang akan diperolehnya, atau perempuan yang akan dinikahinya, maka hijrahnya (dibalas) kepada apa yang ia niatkan (H/R Bukhari)

Biasa kalau kita baca kitab-kitab hadis terkadang mereka mulakan dengan dari umar al-khattab. ini adalah kerana mereka memudahkan orang awam. Mereka hanya menukilkan rijal pertama hadis sahaja. ok sekarang kita teruskan kembali. Yang dinamakan sanad ialah :

حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال حدثنا سفيان قال حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري قال أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي يقول سمعت عمر بن الخطاب رضي الله عنه على المنبر قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول
Maksud : Telah menceritakan kepada kami al-Humaidi, Abdullah bin az-Zubair, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Sufyan, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa’id al-Anshari, ia berkata; Telah memberitahukan kepadaku Muhammad bin Ibrahim at-Taimi bahwasannya ia mendengar ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi berkata; Aku mendengar Umar bin Khaththab ra berkata di atas mimbar; Rasulullah saw bersabda

Manakala matan pula :

( إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه )
Maksud : Rasulullah saw bersabda; Sesungguhnya semua perbuatan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya (diniatkan) kepada dunia yang akan diperolehnya, atau perempuan yang akan dinikahinya, maka hijrahnya (dibalas) kepada apa yang ia niatkan

Apabila tercantum kedua-dua komponen sanad dan matan maka menjadilah ia yang kita panggil hadis.

http://kitaabun.com/shopping3/images/sahimusbeir300.jpg

Istilah kitab

Sering kita lihat juga apabila kita membaca buku mereka menyebut kutub as-sittah (kitab yang enam). Yang dimaksudkan dengan kitab yang enam adalah kitab sahih bukhari, sahih muslim, sunan tirmizi, sunan abu daud, sunan an-nasai dan sunan Ibnu Majah. Untuk kedua-dua sahih bukhari dan muslim bukanlah sebenarnya nama sebenar kedua-dua kitab tersebut tetapi sebenarnya panjang lagi. untuk kitab sahih bukhari nama asal kitab tersebut ialah al-Jami as-sahih al-Musnadal-Mukhtasar min umuri Rasulullah s.a.w wa ayyamihi. Untuk kitab sahih muslim saya tidak mengetahuinya begitu juga kitab-kitab sunan. Yang dimaksud dengan kitab Sunan adalah kitab yang ditulis dengan mengikuti urutan bab fiqh, seperti Iman, Thaharah, salat, zakat, dan seterusnya manakala kitab musnad pula ialah kitab yang meriwayatkan hadis mengikut pengkategorian sahabat yang meriwayatkan hadis ianya berbeza dengan kitab sunan yang mengumpulkan hadis mengikut susunan fiqh. Selepas itu lahir pula kitab-kitab yang semakin memudahkan golongan awam seperti kitab bulughul maram oleh Ibnu Hajar al-Asqalany yang mengumpulkan hadis daripada kitab-kitab hadis yang lain. Al-Muntaqa oleh saudara taqiuddin bin Taimiyah iaitu Abdus Salam bin Taimiyah. Misykatul Masabih, Riadhus Solihin Imam Nawawi dan banyak lagi.

 
 

Mustolah Hadis: Suatu Pengenalan

1) Takrif mustolah hadis

Maksud mustolah hadis ialah ilmu yang berkaitan istilah-istilah hadis seperti hadis hasan, hadis dhaif, hadis sahih, hadis sahih lizatih, hadis sahih lighairi, hadis mauquf, hadis marfu dan sebagainya.

2) Takrif al-Hadis

Hadis bermaksud apa-apa yang datang daripada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan, percakapan, sifat akhlak dan juga sifat kejadian sama ada sebelum baginda diutus menjadi rasul ataupun selepasnya.

3) Pengertian as-Sunnah

Dari segi bahasa as-Sunnah bermaksud jalan atau cara hidup sama ada terpuji ataupun tercela. Dari segi istilah, para ulama hadis mengatakan takrifnya adalah sama dengan hadis. Lawan bagi as-sunnah adalah bid’ah

http://www.dar-us-salam.com/images/large/U64-SahihBukhari.jpg

4) Pembahagian Sunnah

a) Sunnah qauliyah (percakapan). Ianya mengandungi kata-kata Rasulullah sama ada dalam bentuk nasihat, amaran dan sebagainya. Contoh termudah sunnah qauliyah ialah hadis tentang niat.

Nabi s.a.w bersabda : setiap amalan bergantung kepada niatnya dan setiap seseorang memperoleh apa yang dia niatkan (H/R Bukhari)

b) Sunnah fi’liyah (perbuatan). Ianya mengandungi perbuatan-perbuatan Rasulullah seperti tatacara bersolat, berpuasa, zakat, haji dan sebagainya. Contoh adalah mafhum hadis :

Adalah Rasulullah s.a.w bertakbir 4 kali dalam solat jenazah (H/R Bukhari)

c) Sunnah taqririyah (pengakuan). Ianya mengandungi pengakuan Rasulullah s.a.w terhadap beberapa perbuatan tanpa ada sebarang bantahan. Contohnya perbuatan Khalid memakna dhab dihadapan Rasulullah.

Rasulullah s.a.w tidak memakan dhab tapi tidak melarang Khalid dan bila Rasulullah ditanya adakah ianya haram baginda menjawab tidak (H/R Bukhari)

d) Sunnah khalqiah (kejadian). Ianya menerangkan tentang sifat-sifat fizikal Rasulullah. Contohnya hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah (H/R Bukhari)

e) Sunnah khuluqiah (akhlak). Ianya menerang tentang akhlak-akhlak Rasulullah.
Contohnya ialah hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling pemalu berbanding perempuan yang belum berkahwin yang berselindung dibalik tabir (H/R Bukhari)

5) Perbezaan antara hadis dan atsar

Ulama berbeza pendapat tentang perngertian hadis dan atsar. Ada yang mengatakan bahawa hadis dan atsar mempunyai makna yang sama dan ini adalah pendapat imam Muslim, Imam tahawi dan imam tabari. Ulama lain pula mengatakan bahawa hadis adalah apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w tetapi atsar adalah apa-apa yang disandarkan kepada selain nabi s.a.w seperti sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in.

http://kuliyyah.files.wordpress.com/2010/01/solat.jpg

6) Peranan sunnah dalam Islam

a) menguatkan nas-nas al-Quran
b) berfungsi menerangkan nas-nas yang bersifat umum seperti nas solat. as-sunnah menerangkan tatacara bersolat
c) as-sunnah membatasi (taqyid) nas al-Quran yang bersifat mutlak (tidak terbatas)
d) as-Sunnah berfungsi menguatkan hukum yang terdapat asasnya dalam al-Quran

 
 

Adil?

Dalam pemahaman orang Melayu khasnya dan rata-rata manusia umumnya termasuk golongan ‘pembaharu’ ( pemikir-pemikir hak asasi manusia ) , mereka sudah masak dengan kefahaman bahawa makna ‘ADIL’ adalah sama rata, sama banyak atau sama-sama seimbang.

http://www.ashokascales.com/scales1.png
x adil?

Natijah dari kesilapan memahami makna ‘adil’ ini, akhirnya membuatkan muncullah kenyataan : Islam itu tidak adil dan Allah itu tidak adil. Kata golongan ini, antara buktinya adalah:

a) Dalam bab nikah kahwin – lelaki diberi hak beristeri sehingga 4 ( jika mampu berlaku adil ), adapun wanita tidak.

b) Aurat lelaki sedikit, adapun aurat wanita itu banyak.

c) Pembahagian harta pusaka (fara’id) – lelaki dapat 2 bahagian dan wanita hanya 1 bahagian.

d) Lelaki boleh bekerja sehingga lewat malam, wanita ditegah.

e) Lelaki menjadi ketua keluarga ( mencari rezeki, bekerja, mencari tempat perlindungan dan sebagainya ), adapun wanita dihadkan fungsinya.

Ini menandakan Islam tidak adil dan mendiskriminasikan wanita, kata mereka.

Adil Menurut Islam

Dalam Islam, adil adalah ‘meletakkan sesuatu (sesuai ) pada tempatnya. Bukan bermaksud sama banyak atau sama rata atau seimbang dalam semua perkara. Contohnya dalam bab aurat : Islam menetapkan had aurat yang wajib ditutup bagi wanita lebih banyak dari lelaki, sesuai dengan kejadian ciptaannya. Allah menjadikan mereka ini cantik dan indah sehingga boleh menarik perhatian kaum lelaki, maka bermakna wanita adalah barang mahal dan berharga yang tidak boleh sesuka hati ditonton oleh sesiapa sahaja melainkan orang-orang yang tertentu yang dikhaskan iaitu suami dan ahli keluarga. Maka, wanita dipelihara oleh Allah dengan aurat yang agak lebih sedikit dari lelaki. Inilah Islam yang meletakkan sesuatu aturan sesuai dengan fitrah kejadian manusia kerana Allah yang lebih berhak tahu tentang keperluan makhluk yang Dia sendiri ciptakan.

http://isteri.blogmas.com/files/2007/12/tudung-standard-islam.JPG

Bahkan jika mahu dikatakan Islam itu zalim, iaitu tidak adil menurut pemahaman manusia hari ini, maka lihatlah bagaimana keadaan wanita sebelum kedatangan Islam. Mereka dihinakan sebegitu dahsyat, dijadikan bahana pameran, dijadikan bahan pemuas nafsu sahaja sama seperti hari ini wanita diesksploitasi untuk cover depan majalah untuk tujuan pelarisan perniagaan atau apa-apa produk. Maka, inilah kehinaan dan kezaliman kepada wanita sebenarnya. Begitulah juga dalam bab hak mencari rezeki, hak dalam harta warisan dan sebagainya.

Maka, lawan bagi kalimah adil adalah zalim iaitu meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya seperti pakaian yang sepatutnya dipakai oleh orang lelaki, lalu dipakai oleh wanita, itulah Zalim.

Adil Dalam Fiqh dan Hadith

Dalam ilmu fiqh dan hadith, makna adil berbeza pula.

Fiqh : Apabila disebut seorang saksi kes zina dalam Islam hendaklah saksi yang adil. Maka makna adil dalam konteks Fiqh adalah :

“ saksi yang tidak fasiq iaitu hidup melakukan dosa besar “. Maka saksi yang fasiq tidak sah dan tertolak menurut pandangan Islam kerana mana mungkin orang yang hidup dalam dosa besar muncul untuk menjadi saksi dalam perkara melibatkan dosa besar juga. Sudah tentu soal kepercayaan terhadap mereka ini, boleh dipertikaikan.

Hadith : Antara sebab hadith itu menjadi sohih adalah kerana perawinya bersifat adil. Maksud perawi yang adil dalam Ilmu Hadith sama sahaja seperti adil dalam bab Fiqh, cuma ada sedikit tambahan iaitu :

“ mengerjakan suruhan dan taat kepada Allah, tidak melakukan dosa besar, menjauhi perkara yang boleh merosakkan iman (aqidahnya) , tidak mengikut mana-mana hadith yang bertentangan dengan syara’, menjaga maruah baik dari segi syara’ mahupun adat “

Adil dalam hadith juga adalah perawi hadith itu tidak termasuk difitnah atau dituduh dengan 5 perkara ini :

a) berdusta, fasiq, jahil dan bid’ah.

b) Bergaul dengan sahabat-sahabat yang tidak bermaruah (berakhlak).

c) Keterlaluan dalam bergurau senda.

d) Membuang air ditepi jalan.

e) Makan dijalanan (kedai-kedai dll – pen)

Maka ,hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang tidak adil iaitu fasiq adalah ditolak. Mudahan-mudahan kita sama-sama memahami makna adil dalam Islam dan dalam konteks ilmu hadith dan ilmu Fiqh ini.

Sumber rujukan : Pengantar Ilmu Hadis – Rosmawati Ali @ Mat Zin – Kuala Lumpur.

 
 

Lelaki Dayus - Pengertian

Erti Dayus

Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-


1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

http://safety.1800inet.com/images/marcom/wrkplacestress.jpg

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Sumber

 
 

Romantik Menurut Islam

Kadang-kadang orang kita silap persepsi dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini terbukti silap.

Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul budaya romantis dan kering dalam bercinta. Yang lebih ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya tahu romantik ketika di atas katil.


Sikap ini berbeza dengan sifat romantis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.

Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Maksudnya;
”Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran” (Sunan Ibni Majah : 626)

Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.

Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.

Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.

http://ntvirus.files.wordpress.com/2008/08/erti_cinta.jpg

Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.

Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.

Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.

Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.

Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.

Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.

Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma’bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis.

Sumber

 
 

Basuh Tangan Selepas Bangun Tidur

وإذا استيقظ أحدكم من نومه فليغسل يديه قبل أن يدخلهما في الإناء ثــلاثا ، فــإن أحــدكم لا يــدري أين بــاتت يــده
“Dan apabila seseorang bangun daripada tidurnya , hendaklah ianya membasuh kedua tangannya 3 kali sebelum ia memasukkannya (tangan) ke dalam bekas yang berisi air (kolam).Kerana sesungguhnya , ia tidak tahu dimana tangannya berada (semasa tidur).”
(Hadis Muttafaqun ‘Alaihi , Bukhari : 162 dan Muslim : 278)

Hadis di atas menyebutkan tentang suruhan membasuh tangan sebelum memasukkannya ke dalam kolam atau apa sahaja bekas yang mengandungi air atau memegang apa sahaja benda-benda yang basah. [Taisir al-‘Allam syarh ‘Umdatul Ahkam , m/s : 20]

http://www.sabah.edu.my/stmarysd/kotor_tangan.jpg

Illahnya ialah sebagaimana yang diterangkan dalam hadis tersebut bahawa seseorang yang tidur tidak tahu dimana kedudukan tangannya. Tambahan pula tidur diwaktu malam tempohnya adalah lama dan berkemungkinan besar ia akan menyentuh benda-benda yang kotor dan sebagainya.

Walaubagaimana pun suruhan tersebut bukanlah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan.Ini kerana menurut Jumhur Ulama , hukumnya adalah sunat dan suatu perkara yang disukai.Manakala pendapat yang masyhur disisi Imam Ahmad ialah wajib membasuh kedua tangan selepas bangun tidur , berdalilkan zahir hadis di atas.

 
 

Makan dengan 3 jari??

Hadith tentang Nabi S.A.W. makan dengan 3 jari diriwayatkan antaranya oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, al-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan al-Darimi.

‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كان ‏ ‏يأكل بثلاث أصابع فإذا فرغ لعقها


Maksudnya: “(Ka’ab menceritakan) bahawasanya Rasulullah S.A.W. makan dengan 3 jari, dan apabila selesai baginda menjilatnya.” (HR Muslim)

Di dalam Tuhfah al-Ahwazi ketika mensyarahkan hadith Baginda S.A.W. makan dengan 3 jari, dinyatakan:

‏وكان صلى الله عليه وسلم يأكل بأصابعه الثلاث بالإبهام والتي تليها والوسطى

Nabi S.A.W. makan dengan tiga jari baginda iaitulah jari ibu, jari telunjuk dan jari hantu.

Persoalan: Adakah adab ini dipakai ketika memakan nasi?

Jawapan bagi persoalan ini terdapat di dalam ‘Aud al-Ma’bud iaitu Syarah bagi Sunan Abi Daud, iaitulah:

“Adalah (Nabi S.A.W.) makan dengan 3 jari.” Pada teks hadith ini menunjukkan sunnahnya, makan dengan 3 jari, dan jangan memasukkan jari yang keempat dan kelima melainkan kerana keperluan seperti terdapat kuah/gulai/sup yang tidak memungkinkan dengan 3 jari. Al-Imam al-Nawawi berkata: “Berkata al-Hafidz: Diambil daripada hadith Ka’ab bin Malik, bahawasanya sunnah makan dengan 3 jari, jika guna lebih dari 3 jari ianya adalah harus.

Sa’id ibn Mansur mengeluarkan dari Mursal Ibn Syihab: “Bahawasanya Nabi S.A.W. apabila makan, baginda makan dengan 5 jari, maka digabungkan hadith ini dengan hadith Ka’ab (menunjukkan, Baginda makan dengan 3/5 jari itu) dalam keadaan yang berbeza.”

 
 

Muharam and Asyura

MUHARRAM is the first month of the Islamic, Hijrah calendar. It is one of the four sanctified months about which Allah Ta'ala says, 'The number of months in the sight of Allah are twelve (in a year) - So ordained by Him the day He created the heavens and the earth; Of them four are sacred: That is the right religion. So wrong not yourselves therein.' (Surah Taubah).

The four months, according to authentic Ahaadith, are the months of Zul-Qa`dah, Zul Hijjah, Muharram and Rajab. The sanctity of these four months was observed in the Shari'ah of all the Ambiyaa (AS).

'Allah Ta'ala made them (i.e. the four months) sacred and increased their sanctity. Hence declared a sin therein more severe and increased the virtue of good deeds and (also) the reward thereof.' (Ibn Katheer).

The Ulama have stated that the actions performed in these months have an effect on what a person does in the remaining months of the year.

THE MONTH OF MUHARRAM

The best of fasts besides the month of Ramadhaan is the fast during Allah's month of Muharram and the best of Salaats besides the Fardh (obligatory Salaat) is the Tahajjud Salaah (performed after midnight). (Sahih Muslim).

THE DAY OF AASHURA (10th OF MUHARRAM)

The tenth of Muharram, known as the day of Aashura, is a very significant day in the Islamic calendar. Nabi (SAW) has exhorted the Ummah to fast on this day. Hadhrat Aaisha (RA) reports that Nabi (SAW) ordered the observance of the fast of Aashura. However, when the fast of Ramadhaan became compulsory, Nabi (SAW) left the fast of Aashura (i.e. the compulsion). Thereafter, whosoever desired kept this fast and whosoever desired, (not to keep it) did not observe this fast'. (Sahih Bukhari, Vol 1).

Hadhrat Ibn Abbaas (RA) says, 'I did not see Rasulullah (SAW) anxiously await the fast of any day, which he gave preference to over other days, but this day (of Aashura) and the month of Ramadhaan (Sahih Bukhaari, Vol. 1).

VIRTUE OF THE FAST OF AASHURA

With regard to the blessing of this fast, Nabi (SAW) was asked regarding it's virtue. He answered, 'It is a compensation for the sins of the past year.' i.e. the sins of one year that has just gone by will be forgiven. (Sahih Muslim, Vol. 1).
Note: Only minor sins are forgiven. For the forgiveness of major sins, Towbah is a prerequisite.

THE FAST OF AASHURA

Hadhrat Ibn Abbaas (RA) narrates that when Nabi (SAW) came to Madinah and found the Jews fasting on the day of Aashura, he inquired, 'What is the significance of this day on which you fast?' They replied, 'This is the day Allah saved Nabi Moosa (AS) and his followers and drowned Fir'oun and his army, thus Moosa (AS) fasted on this day as a token of thanksgiving. Therefore we too fast on this day.' (Sahih Muslim, Vol 1).
Rasulullah (SAW) said, 'We are more worthy of Moosa (AS) and nearer to him than you.' Thereafter, he fasted on this day and ordered the Sahaabah to fast on this day. (Sahih Muslim, Vol. 1)

Rasulullah (SAW) is reported to have said, 'Observe the fast of Aashura and oppose (the way of) the Jews. Fast a day before it (also) or a day after it.' (Baihaqi, Vol 4)

Hence, one should fast for two days: Either the 9th and 10th or the 10th and 11th. To fast only on the 10th of Muharram is MAKROOH (reprehensible) and bears semblance to the Jews.

GENEROSITY TO ONE'S FAMILY

Besides fasting on the day of Aashura, being generous to one's family and spending more than what is normally spent on food, etc. is an act of great merit. It is mentioned in a Hadith, 'He who will be generous to his family on the day of Aashura, Allah will be generous to him for the entire year.'

FALLACIOUS BELIEF

The day of Aashura is regarded by many people as the day of mourning the martyrdom of Sayyidina Hussain (RA). To attribute the significance of Aashura to Sayyiduna Hussain (RA)'s martyrdom is totally baseless because the sanctity of Aashura is proven, beyond doubt, from the time of Rasulullah (SAW), whilst Sayyiduna Hussain (RA) was martyred fifty years after Nabi (SAW) left this earthly abode. The fact that the martyrdom of Sayyiduna Hussain (RA) occurred on the Day of Aashura has absolutely no bearing on the significance of this day nor is the sanctity of this day derived from this event. On the contrary, it is one of the merits of Sayyidina Hussain (RA) that he was martyred on the Day of Aashura.

RESPECT WHAT ALLAH HAS HONOURED, FOR VERILY TO HONOUR THINGS DUE TO VIRTUE WHICH ALLAH HAS ACCORDED THEM IS AMONG THE TRAITS OF THE INTELLIGENT.

Al-Jamiat Publications
Courtesy: www.everymuslim.net

 
 

Adakah sunnah tutup kepala waktu masuk tandas?

http://www.patiodetango.com.au/NEWSLETTER/July06/Tandas.jpg

Jawapan dari Jabatan Komiti Kajian Fatwa – Dipengerusikan oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî .

Ini merupakan satu amalan tradisi . tidak terdapat bukti yang Sahih dari Sunnah untuk menyokongnya.

Berkenaan hadith dari Sunan al-Bayhaqî tentang menutup kepala apabila masuk kedalam tandas , Hadith(status) adalah seperti berikut:

Hadith pertama:

`Â’ishah berkata: “ Apabila Rasulullah SAW masuk kedalam tandas , Beliau akan menutup kepalanya dan apabila mendatangi Isterinya , beliau akan menutup kepalanya.

Hadith di riwayatkan oleh al-Bayhaqî dalam al-Sunan al-Kubrâ (1/96) dan al-Dhahabî dalam al-Muhadhdhab fî Ikhtisâr al-Sunan al-Kabîr (#405).

Jalan periwayatannya seperti berikut:

`Abd al-Khâliq b. Alî al-Mu’adhdhin dari Abû Ahmad b. Hamdân al-Sayrafî dari Muhammad b. Yûnus al-Qurashî (al-Kudaymî) dari Khâlid b. `Abd al-Rahmân dari Sufyân al-Thawrî dari Hishâm b. `Urwah dari ayahnya dari `Â’ishah.

Setelah meriwayatkan hadith tersebut al-Bayhaqî sendiri berkata : “ Hadith ini adalah salah satu yang perlu ditinggalkan oleh kerana Muhammad b. Yûnus al-Kudaymî.”
Al-Bayhaqî kemudiannya menyatakan bahawa Ibn `Adî berkata tentang hadith ini : ‘ Aku tidak kenal orang yang meriwayatkannya selain al-Kudaymî dari sanad ini. Dan al-Kudaymî amat terkenal untuk perlu dipastikan bertapa lemahnya dia.

Al-Dhahabî juga berkata terhadap al-Kudaymî ketika meriwayatkan hadith ini : “ Dia dituduh sebagai penipu” [al-Muhadhdhab (1/104)]

Ibn `Adî berkata tentang dia : “Al-Kudaymî telah di tuduh memalsukan hadith”

Ibn Hibbân berkata :’ “ Kemungkinan dia memalsukan lebih dari 1000 hadith”. al-Dhahabî, Mîzân al-I`tidâl (4/74 #8353).

Al-Bayhaqî kemudian berkata: “ Telah diriwayatkan dari Abû Bakr menutup kepalanya ketika masuk ke tandas . Ini adalah satu perkara yang benar tentang beliau.”al-Sunan al-Kubrâ (1/96)]

Hadith ke-2


Habîb b. Sâlih meriwayatkan “ Apabila Rasulullah SAW memasuki tandas , Beliau akan mengenakan kasut dan menutup kepalanya”

Hadith ini di riwayatkan oleh al-Bayhaqî dalam al-Sunan al-Kubrâ (1/96) dan by al-Dhahabî dalam al-Muhadhdhab fî Ikhtisâr al-Sunan al-Kabîr (#406).

Jalan periwayatannya seperti berikut:

Abû `Abd Allah al-Hâfiz dari Abû Bakr Ahmad b. Ishâq al-Sibghî dari Ismâ`îl b. Qutaybah dari Yahyâ b. Yahyâ dari Ismâ`îl b. `Ayyâsh dari `Abû Bakr b. `Abd Allah dari Habîb b. Sâlih.

Al-Bayhaqî menjelaskan dari mula lagi bahawa hadith ini Mursal, bermakna ia telah diriwayatkan Tabiien tanpa menyebut Sahabah yang meriwayatkannya sendiri dari Rasulullah SAW. Habîb b. Sâlih adalah Tabiien yang tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW .
Al-Dhahabî setelah meriwayatkannya , memberi komentar kepada Abû Bakr b. `Abd Allah b. Abî Maryam dengan berkata: ‘Abû Bakr adalah periwayat yang lemah” [al-Muhadhdhab (1/104)]
Ibn Hibbân berkata tentang Abû Bakr b. `Abd Allah b. Abî Maryam: “Dia seorang yang lemah dalam Ingatan. Apabila dia menyampaikan dia melakukan kesilapan dan perkara menjadi kesalahan yang teruk, oleh kerana itu dia perlu di tinggalkan.”

Abû Zur`ah ar-Râzî berkata: “Dia periwayat yang lemah dan Hadithnya palsu (munkar).”

Al-Dâraqutnî berkata: “Dia perlu ditinggalkan.”

Dia telah diumumkan sebagi lemah oleh kebanyakan pakar dalam kritikan periwayat termasuk Yahyâ b. Ma`în, Ahmad b. Hanbal, al-Nasâ’î, al-Âjurî, dan selainnya

Siyar A`lâm al-Nubalâ’ (7/65) and Tahdhîb al-Tahdhîb (4/490).

Ibn Hajar al-`Asqalânî berkata tentang dia: “Dia seorang periwayat yang lemah. Rumahnya di rompak dan kemudian periwayatanya menjadi celaru.” [Taqrîb al-Tahdhîb (1116 - #8031)]

Kedua-dua hadith ini tidak sesuai dijadikan bahan bukti.Hadith pertama adalah tertolak (mungkar). Hadith kedua adalah tersangat lemah..

Allah Maha Mengetahui

http://www.islamtoday.com/show_detail_section.cfm?q_id=905&main_cat_id=14

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&fil

 
 

Hadis Beramallah kamu seolah-olah akan hidup selama-lamanya

nilah lafaz hadis tersebut:

اعمل لدنياك كأنك تعيش أبدا واعمل لآخرتك كأنك تموت غدا

al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah (Jilid 1) mengkategorikan hadith ini sebagai hadith yang tidak ada asal baginya (لا أصـل لـه).
Hadith ini bukanlah hadith nabawi, sebaliknya ia adalah perkataan ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash (عبد الله بن عمرو بن العاص). al-Haithami meriwayatkannya di dalam al-Zawa-id atas musnad al-Harith. Diriwayatkan juga dengan lafaz yang lain yang juga tidak sahih dari Nabi saw. Antaraya diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam kitab sunannya, al-Dailami di dalam al-Firdaus daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-’Ash:

فاعمل عمل امرئ يظن أنه لن يموت أبداً، واحذر حذر امرئ يخشى أن يموت غداً

al-Suyuthi menyenaraikannya di dalam al-Jami’ al-Soghir dan beliau mengisyaratkan kedhoiefannya. al-Munawi pula di dalam Faid al-Qadir berkata: “Dan demikian itu disebabkan pada (sanad)nya ada rawi yang majhul dan lemah”.
Terdapat juga hadith lain yang sama maksudnya, berbunyi:

أصلحوا دنياكم واعملوا لآخرتكم كأنكم تموتون غدا

Hadith ini Terlalu Lemah (ضعيف جدا). (Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, jld 2, Bil Hadith 874)
wallahu a’lam.

(Lihat sama: http://www.islamweb.net/ dan http://www.islamic-fatwa.com/index.php)

http://al-qayyim.dtdns.net/v01/index.php?option=com_content&task=view&id=243&Itemid=2