Salah satu sebab dulu, kenapa kita masuk jamaah, kita kata, para nabi pun bergerak dalam satu kumpulan. Dakwah dan jamaah ini adalah sunnatullah. Ashabul Kahfi pun hidup dalam satu
group. Nabi Musa ada Nabi Harun, Nabi Isa ada hawariyyun, Nabi Muhammad ada para sahabat.
Kalau saya pula, sebagai pelajar ekonomi, menerangkan tentang konsep
absolute advantage dan
comparative advantage. Sudut psikologi pula, manusia ada turun naik semangatnya. Sudut
organisational behaviour pula, manusia cenderung bekerja dalam satu
team.
Jadi, kenapa nak dakwah sorang-sorang kan? Sedangkan kita boleh hidup dalam jamaah.
Jadi, kita pun nak masuk jamaah, agar kita boleh buat kerja sama-sama kelak. Bak kata pepatah melayu, yang berat sama dipikul, yang ringan dijinjing sama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bagai aur dengan tebing. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Sepakat membawa berkat.
Lepas tu, semua orang yang dah jelas fikrah, lalu berintima' dengan jamaah. Perhatikan, terus guna perkataan arab, agaknya, kalau tak guna perkataan arab, kurang fikrah kot. =) Lalu, kita pun nantikanlah kerja kita sebagai seorang ahli jamaah. Kita pergi usrah, kita tolong tanzim buat program, dan sebagainya. Lalu kita rasakan, kita sudah jadi ahli jamaah yang bagus.
Tapi, rupanya, kita itu, Bukanlah KITA semua, Hanya segelintir dari kita.
Selepas kita berintima' dengan jamaah, kita pun oklah, ingat nak buat kerja dakwah sama-sama. Tapi rupa-rupanya,
Usrah pun tak pergi,
Program pun tak tolong,
E-mel pun tak baca, tak
reply,
Call pun tak angkat.
Kalau bawak usrah, guna manhaj sendiri,
Mesyuarat tak datang,
Kerja tak buat,
Program kawasan kita ponteng,
Program di malaysia kita tak tolong,
Jamaah perlukan bantuan, kita tak hulurkan.
Arahan jamaah, kita tak patuh.
Infaq jamaah, tidak kita salurkan.
Lalu, kita kata, KITA SUDAH MASUK JAMAAH?

Sedangkan kita seperti pepatah melayu, Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Inilah situasi, yang saya namakan dengan,
Paradox of Jamaah.
Definisi
paradox, daripada
Wikipedia:
A paradox is a true statement or group of statements that leads to a contradiction or a situation which defies intuition. The term is also used for an apparent contradiction that actually expresses a non-dual truth.
Definisi Paradoks, Kamus Dewan Edisi Keempat:
Sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum
Jadi,
Paradox of Jamaah,
Sesuatu yang kita harapkan untuk buat kerja bersama-sama, tapi akhirnya, buat kerja sendiri-sendiri juga. =)
Kita harapkan nak buat kerja dakwah ramai-ramai, tapi akhirnya, buat kerja/tak buat kerja ikut kepala kita sendiri juga.
Mungkin saya pun kurang faham makna paradoks. =)
Mungkin konsep ini banyak lompangnya. Tetapi biasalah, mana2 teori pun terdedah kepada kritikan.
Wallahualam.
Nukilan seorang sahabat, dikongsikan di blog ini untuk tatapan dan muhasabah kepada kita yang berintima' dengan jamaah.
1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku2, atau pergilah mendengar perkara2 yang baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun dalam perkara yang tidak berfaedah.
3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul kerana bahasa arab itu betul ( itu, adalah satu2nya syiar islam )
4. Janganlah banyak b'tengkar dalam apa2 perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa jua kebaikan pun.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring drpd kadar yg dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia2 malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat2 peribadi orang, mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkn apa2 yg boleh mmberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dgn tiap2 saudara Ikhwan Muslimin yg saudara bertemu dgnnya sekalipun dia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih-sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan2 kita lebih banyak drpd masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri ttg cara2 bagaimana hendak mengguna masa dgn berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.
* “Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan) dan lidah (dakwah).” –Sayyid Abul ‘Ala al Maududi
* Nabi Muhammad SAW bersabda, " Darjat orang yang berjuang di jalan Allah lebih utama daripada sembahyang di rumah selama 70 tahun." ( direkodkan oleh Tarmizi )
* Nabi Muhammad SAW bersabda , " Barang siapa mati padahal dia tidak pernah berjihad atau tidak pun pernah berniat hendak berjihad maka matilah dia seperti jahiliyyah." ( dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim )
* Rasulullah SAW bersabda, " Barang siapa terbunuh kerana membela hartanya, maka dia mati syahid. Barang siapa terbunuh kerana membela darahnya, maka dia mati syahid. Dan barang siapa yang mati kerana membela agamanya, maka dia mati syahid dan barang siapa yang mati kerana membela keluarganya maka dia mati syahid." ( direkodkan oleh Tarmizi dan Nasa'i )
* Apabila dasar suatu cita-cita mulia, perjalanannya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak. ( Imam al Ghazali )
Al-Hasan al-Basri said:
People are all the same in health and ease, but when hardship befalls them, true distinction is shown.
Anonymous:
The secret of abundance is to stop focusing on what you do not have, and shift your consciousness to an appreciation for all that you are and all that you do have
Plan your future carefully: You are going to spend the rest of your life there i.e. Akhira.