
Kalau engkau tak mampu menjadi beringin
yang tegak di puncak bukit
Jadilah belukar, tetapi belukar yang baik,
yang tumbuh di tepi danau
Kalau kamu tak sanggup menjadi belukar,
Jadilah saja rumput, tetapi rumput yang
memperkuat tanggul pinggiran jalan

Kalau engkau tak mampu menjadi jalan raya
Jadilah saja jalan kecil,
Tetapi jalan setapak yang
Membawa orang ke mata air
Tidaklah semua menjadi kapten
tentu harus ada awak kapalnya....
Bukan besar kecilnya tugas yang menjadikan tinggi
rendahnya nilai dirimu
Jadilah saja dirimu....
Sebaik-baiknya dari dirimu sendiri
Kerana semua kita ada kelebihan tersendiri

Salah satu sebab dulu, kenapa kita masuk jamaah, kita kata, para nabi pun bergerak dalam satu kumpulan. Dakwah dan jamaah ini adalah sunnatullah. Ashabul Kahfi pun hidup dalam satu
group. Nabi Musa ada Nabi Harun, Nabi Isa ada hawariyyun, Nabi Muhammad ada para sahabat.
Kalau saya pula, sebagai pelajar ekonomi, menerangkan tentang konsep
absolute advantage dan
comparative advantage. Sudut psikologi pula, manusia ada turun naik semangatnya. Sudut
organisational behaviour pula, manusia cenderung bekerja dalam satu
team.
Jadi, kenapa nak dakwah sorang-sorang kan? Sedangkan kita boleh hidup dalam jamaah.
Jadi, kita pun nak masuk jamaah, agar kita boleh buat kerja sama-sama kelak. Bak kata pepatah melayu, yang berat sama dipikul, yang ringan dijinjing sama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Bagai aur dengan tebing. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Sepakat membawa berkat.
Lepas tu, semua orang yang dah jelas fikrah, lalu berintima' dengan jamaah. Perhatikan, terus guna perkataan arab, agaknya, kalau tak guna perkataan arab, kurang fikrah kot. =) Lalu, kita pun nantikanlah kerja kita sebagai seorang ahli jamaah. Kita pergi usrah, kita tolong tanzim buat program, dan sebagainya. Lalu kita rasakan, kita sudah jadi ahli jamaah yang bagus.
Tapi, rupanya, kita itu, Bukanlah KITA semua, Hanya segelintir dari kita.
Selepas kita berintima' dengan jamaah, kita pun oklah, ingat nak buat kerja dakwah sama-sama. Tapi rupa-rupanya,
Usrah pun tak pergi,
Program pun tak tolong,
E-mel pun tak baca, tak
reply,
Call pun tak angkat.
Kalau bawak usrah, guna manhaj sendiri,
Mesyuarat tak datang,
Kerja tak buat,
Program kawasan kita ponteng,
Program di malaysia kita tak tolong,
Jamaah perlukan bantuan, kita tak hulurkan.
Arahan jamaah, kita tak patuh.
Infaq jamaah, tidak kita salurkan.
Lalu, kita kata, KITA SUDAH MASUK JAMAAH?

Sedangkan kita seperti pepatah melayu, Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Inilah situasi, yang saya namakan dengan,
Paradox of Jamaah.
Definisi
paradox, daripada
Wikipedia:
A paradox is a true statement or group of statements that leads to a contradiction or a situation which defies intuition. The term is also used for an apparent contradiction that actually expresses a non-dual truth.
Definisi Paradoks, Kamus Dewan Edisi Keempat:
Sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum
Jadi,
Paradox of Jamaah,
Sesuatu yang kita harapkan untuk buat kerja bersama-sama, tapi akhirnya, buat kerja sendiri-sendiri juga. =)
Kita harapkan nak buat kerja dakwah ramai-ramai, tapi akhirnya, buat kerja/tak buat kerja ikut kepala kita sendiri juga.
Mungkin saya pun kurang faham makna paradoks. =)
Mungkin konsep ini banyak lompangnya. Tetapi biasalah, mana2 teori pun terdedah kepada kritikan.
Wallahualam.
Nukilan seorang sahabat, dikongsikan di blog ini untuk tatapan dan muhasabah kepada kita yang berintima' dengan jamaah.
Alhamdulillah, sungguh banyak gambar-gambar menarik masjid-masjid seluruh dunia. Perhatian, ranking ini bukanlah mengikut architecture mahupun sejauhmana masjid ini diimarahkan. Ranking ini hanyalah mengikut kualiti fotografi dan editing dari kacamata seorang photographer. Yang penting, masjid adalah untuk diimarahkan, bukan untuk dibanggakan senibinanya semata-mata.
(gambar diambil daripada
Flickr)
Dari Uthman , r.a , katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesiapa yang membina sesebuah masjid (atau surau) secara ikhlas kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di Syurga.”Riwayat Bukhari dan Muslim
Masjid al-Haram (The Holy Mosque) – Saudi Arabia

Masjid Nabawi – Saudi Arabia

Mosque in Brunei

Putrajaya Mosque on Water – Malaysia

The Umayyad Mosque – Damascus

Ubudiah Mosque in Kuala Kangsar

Faisal Mosque – Pakistan

Jame Asr Hassanil Bolkiah Mosque, Brunei

Jumeirah Grand Mosque, Dubai

The Putra Mosque in Putrajaya, Malaysia

UAE – Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan Mosque in Abu Dhabi

Turkey – Brand New Day over The Blue Mosque (Sultan Ahmet Camii) in Istanbul

Crystal Mosque, Malaysia

Schwetzinger Mosque from Germany

HOLY GOLDEN MOSQUE – Singapore

Sehzade Mosque (Istanbul) Turkey

Holy Makkah – Saudi Arabia

Saudi Arabia – Evening prayer at Floating Mosque in Jeddah

Lao Huasi sufi mosque in Linxia, China

Cordoba Cathedral – The Mezquita – Spain

Grand Mosque – a.k.a. Sheikh Zayed Mosque

Shahjahan Mosque – Pakistan

The Mosque and the Towers – Malaysia

Mosque on Mirror

The Omayad Mosque and full moon – Syria

Bahrain Grand Mosque

Cairo · Muhammad Ali mosque #1

Badshahi Mosque

Tooting Mosque, London

Stormy weather over the mosque. Paris, France

Zahir Mosque, Malaysia

Ubudiah Mosque (in mono and square)

Masjid Sultan (Sultan Mosque) Singapore

The Blue Mosque from Hagia Sophia

THE MOSQUE

The largest Mosque in India

Masjid Al-Hassan II, Casablanca, Morocco

Largest Mosque in North America

Alnour Mosque Sharjah

Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque, Brunei
