Terdapat beza pandangan antara ulamak dalam masalah di atas;
Pandangan pertama; daging korban tidak harus diberikan kepada orang bukan Islam sekalipun kafir zimmi. Ia khusus untuk orang Islam sahaja. Pandangan ini merupakan mazhab Syafiie.[1] Menurut Imam Malik dan al-Laith; makruh memberinya kepada orang bukan Islam[2].
Pandangan kedua; harus memberi daging korban kepada orang kafir zimmi. Pandangan ini merupakan mazhab Imam Abu Hanifah, Hasan al-Basri, Abu Tsur dan mazhab Hanbali. Pandangan ini juga ditarjih oleh Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’. Menurut pandangan ini; daging binatang korban adalah makanan, maka sebagaimana harus memberi makan orang kafir zimmi, maka harus juga memberi daging korban kepada mereka kerana ia sebahagian makanan. Selain itu, dikiaskan juga kepada keharusan memberi sedekah kepada orang kafir zimmi. Namun menurut mereka; yang harus diberikan ialah dari korban sunat sahaja. Adapun dari korban wajib (iaitu korban nazar), tidak harus diberi dagingnya melainkan kepada orang-orang fakir dari kaum muslimin sahaja (iaitu menyamai hukum zakat dan kaffarah sumpah).
Pandangan ulamak semasa; Syeikh Ibnu Usaimin (ulamak besar Arab Saudi) menegaskan; dibolehkan memberi daging korban kepada orang kafir dengan syarat bukan orang kafir yang memusuhi orang Islam. Dalilnya ialah firman Allah (bermaksud); “Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang (kafir) yang tidak memerangi kami dalam urusan agama dan tidak mengusir kamu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu dari menjadikan mereka sebagai kawanku orang-orang (kafir) yang dalam urusan agama dan mengusir kamu dari kampong halamanmu dan membantu orang lain untuk mengusirmu. Sesiapa menjadikan mereka sebagai kawan, mereka itulah orang yang zalim” (surah al-Mumtahanah, ayat 8-9).[3]
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 8/316.
2. al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 9/450.
2. al-Iqna’, Syeikh as-Syirbini, 1/593.
3. Fatawa Nur ‘Ala ad-Darb, Ibnu Usaimin; 13/2.
[1] Lihat; al-Iqna’, Syeikh as-Syirbini, 1/593.
[2] Menurut Imam al-Laith; makruh memberi daging korban kepada orang bukan Islam, kecuali jika daging itu dimasak kemudian dijemput orang bukan Islam untuk menikmatinya bersama orang Islam, tidaklah makruh (al-Majmu’, 8/316).
[3] Fatawa Nur ‘Ala ad-Darb, Ibnu Usaimin; 13/2.
2 years ago
Post a Comment 2 comments:
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
December 29, 2022 at 5:44 PM
美女直播 , 陪聊网页聊天室 , 美女视频 , 在线真人聊天室 , 美女陪聊员 , 抠抠视频秀 , yy大秀 , 大秀聊天室 , 大秀聊天网 , 大秀视频
January 5, 2023 at 8:27 PM