Hadith yang menjelaskan tentang 40 hari tidak diterima solat adalah merujuk kepada minuman keras. Salah satu hadithnya adalah dari Abdulllah ibn ‘Amr berkata, bahawa Nabi bersabda :-
مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ وَسَكِرَ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ صَبَاحًا وَإِنْ مَاتَ دَخَلَ النَّارَ
“Barangsiapa yang meminum
Dalam konteks kedai makan atau restoran yang menyediakan makanan halal, pada masa yang sama ada menjual meninum keras, menurut Dr Abdul Fattah ‘Ashoor (Profesor Jabatan Aqidah Universiti Al-Azhar), tidak dilarang seseorang dari memasukinya asalkan dia tidak melibatkan diri dalam meminum (termasuk membeli) arak. Lebih-lebih lagi didalam keadaan yang terpaksa melayan kerenah orang atasan, perkara tersebut boleh dianggap darurat.
Akan tetapi, menurut Dr Abdul Fattah, jika restoran tersebut memang semata-mata menjual Arak, maka seorang Islam di larang menghampiri tempat-tempat yang sedemikian. Orang Islam tidak boleh membantu kearah kemaksiatan. Firman Allah swt :-
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
” hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan” [surah al-Maa’dah : 2]
Kesimpulannya, hadith 40 hari tidak diterima solat merujuk kepada peminum arak. Tempat makanan halal yang ada menjual arak, tiada larangan untuk orang Islam memasukinya melainkan tempat tersebut khas menjual arak. Yang jelas disini adalah anda tidak terlibat didalam membeli dan meminum arak, dan kehadiran anda disana adalah semata-mata dalam skop ‘pekerjaan’.
Jika terdapatnya peluang untuk menjelaskan kepada boss-boss anda tentang orang Islam dilarang terlibat didalam aktiviti arak, bolehlah anda jelaskan kepada mereka secara berhikmah. Jika terdapat halangan semasa menjelaskan kepada mereka, maka hati anda tidak sekali-kali redha dengan hal yang sedemikan, itulah selemah-lemah Iman. WA.
Post a Comment 0 comments: