1) Kerajaan Madinah – pimpinan Nabi Muhammad Sollallahu’alaihi wasallam.
2) Kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin – Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali – ( 632 – 661 Masihi ).
3) Kerajaan Bani Umayyah – ( 661 – 750 Masihi ).
4) Kerajaan Bani Abbasiyyah – ( 750 – 1258 Masihi ).
5) Kerajaan Fatimiyah – ( 910 -1171 Masihi ).
6) Kerajaan Turki Uthmaniyyah – ( 1288 – 1924 Masihi ).
Selama 636 tahun Allah s.w.t memberikan kemuliaan kepada ummat Islam memerintah, Kerajaan Turki mempunyai seramai 8 orang pemerintah yang menggunakan gelaran Sultan dan 29 orang yang memakai gelaran Khalifah. Maka jumlah kesemuanya ialah 37 orang sehinggalah tarikh kejatuhannya secara rasmi pada 03 Mac 1924.
Dibawah ini adalah potret 8 orang Sultan yang telah memerintah dengan penuh keadilan, menjalankan syariat Islam, menjaga kebajikan rakyat termasuk golongan non-Muslim serta ‘mengIslamkan’ satu demi satu wilayah dan memasukkannya dibawah jagaan Turki Uthmaniyyah. Nama Turki Uthmaniyyah diambil sempena nama Sultannya yang pertama iaitu Sultan Uthman I.
Sultan Uthman I ( 1288 - 1326 M )
Sultan Murad I ( 1359 - 1389 M )
Sultan Bayazid I ( 1389 - 1403 M )
Sultan Muhammad I ( 1403 - 1421 M )
Sultan Murad II ( 1421 - 1451 M )
Sultan Muhammad II ( 1451 - 1481 M )
Sultan Bayazid I ( 1389 - 1403 M )
Sultan Muhammad I ( 1403 - 1421 M )
Sultan Murad II ( 1421 - 1451 M )
Sultan Muhammad II ( 1451 - 1481 M )
Dizaman Sultan Muhammad II yang memerintah pada tahun 1451-1481, Kota Kostantinople berjaya dibuka dan dibebaskan dari penguasaan Kristian, lalu diisytiharkan sebagai ibu negara Turki yang sekarang dikenali dengan nama Istanbul. Beliau digelar Al-Fatih yang membawa makna “ Pembuka ” kerana beliaulah yang membuka Kota Kostantinople.
Nabi Muhammad Sollallahu’alaihiwasallam pernah bersabda mengenai pembukaan kota ini sebelum kewafatan baginda ketika sedang menggali parit di dalam Peperangan Ahzab : Kostantiniyyah ( Kostantinople ) akan dibuka oleh tentera Islam. Ketuanya adalah sebaik-baik ketua dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. ( H.R Ahmad ).
Maka, para sahabat setia menunggu untuk menyaksikan siapakah yang dimaksudkan oleh Nabi sebagai ‘ketua tentera yang baik ‘ tersebut. Bahkan ada yang mengharapkan agar merekalah yang membuka kota tersebut. Namun, ketetapan Allah mengatasi segala-galanya. Ratusan tahun mereka menunggu, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih yang berjaya membukanya dengan penuh ujian dan kesusahan menghadapi keangkuhan pemerintah-pemerintah Salib ketika itu.
Istilah ‘sebaik-baik ketua dan sebaik-baik tentera ‘ yang diucapkan oleh Nabi ini dapat dilihat dalam satu peristiwa disaat Al-Fatih ingin menilai ketahanan dan kualiti tentera-tenteranya. Beliau mengarahkan semua tenteranya beratur beberapa barisan, lalu beliau bertanya beberapa soalan. Antaranya ialah “ siapa dikalangan kamu yang sejak kecil sehingga sekarang tidak pernah meninggalkan solat berjama’ah ?”
Maka tidak ada seorang pun tenteranya yang keluar , menandakan inilah kehebatan tentera Al-Fatih. Lalu ditanya lagi , “ siapa dikalangan kamu yang sejak kecil sampai sekarang tidak pernah meninggalkan solat Dhuha ? ”
Maka ada beberapa tenteranya yang keluar. Kemudian ditanya lagi, “ siapa dikalangan kamu sejak dari kecilnya sampai sekarang belum pernah meninggalkan Solat Tahajud ? ”
Maka semua tenteranya keluar, mengaku bahawa ada waktu-waktu yang pernah mereka tidak bertahajud. Namun hanya seorang sahaja yang tidak keluar. Beliaulah Sultan Muhammad Al-Fatih.
Suara Anak Muda
Post a Comment 0 comments: