وإذا استيقظ أحدكم من نومه فليغسل يديه قبل أن يدخلهما في الإناء ثــلاثا ، فــإن أحــدكم لا يــدري أين بــاتت يــده
“Dan apabila seseorang bangun daripada tidurnya , hendaklah ianya membasuh kedua tangannya 3 kali sebelum ia memasukkannya (tangan) ke dalam bekas yang berisi air (kolam).Kerana sesungguhnya , ia tidak tahu dimana tangannya berada (semasa tidur).”(Hadis Muttafaqun ‘Alaihi , Bukhari : 162 dan Muslim : 278)
Hadis di atas menyebutkan tentang suruhan membasuh tangan sebelum memasukkannya ke dalam kolam atau apa sahaja bekas yang mengandungi air atau memegang apa sahaja benda-benda yang basah. [Taisir al-‘Allam syarh ‘Umdatul Ahkam , m/s : 20]
Illahnya ialah sebagaimana yang diterangkan dalam hadis tersebut bahawa seseorang yang tidur tidak tahu dimana kedudukan tangannya. Tambahan pula tidur diwaktu malam tempohnya adalah lama dan berkemungkinan besar ia akan menyentuh benda-benda yang kotor dan sebagainya.
Walaubagaimana pun suruhan tersebut bukanlah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan.Ini kerana menurut Jumhur Ulama , hukumnya adalah sunat dan suatu perkara yang disukai.Manakala pendapat yang masyhur disisi Imam Ahmad ialah wajib membasuh kedua tangan selepas bangun tidur , berdalilkan zahir hadis di atas.
Post a Comment 0 comments: