Di antara cirri-ciri yang ada pada sebuah jamaah Islamiyyah adalah:
1. Jamaah yang meyakini bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangun semula ummah.
Jamaah ini dapat membebeaskan semula golongan mustad’afin (golongan yang lemah) dan menyelamatkan dunia dari kehuru-haraan dan kehancuran.
2. Jamaah yang lahir dari kesedaran sendiri.
Jamaah ini lahir daripada tuntutan al-Qur’an dan as-Sunnah tanpa dipengaruhi oleh mana-mana golongan sama ada timur ataupun barat. Firman Allah swt:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang dari melakukan segala perbuatan yang salah. Dan mereka ialah orang-orang yang berjaya” (Surah Ali Imran : 104)
Sabda Nabi saw yang diriwayatkan dari Huzaifah Ibnu Yaman:
“Wajiblah kamu bersama Jamaah Muslimin dan pimpinan mereka”
3. Jamaah yang meyakini akan kesejagatan Islam.
Kedatangan Islam ialah untuk memberi kebahagiaan kepada sekalian makhluk terutamanya terhadap manusia. Ianya tidak ditentukan hanya kepada bangsa Arab, Melayu, Turki dan bangsa-bangsa tertentu sahaja bahkan ianya untuk seluruh manusia.
4. Jamaah yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh tidak kurang dan tidak melampau.
Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu semua ke dalam agama Islam dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata” ( Surah Al Baqarah: 207)
5. Jamaah yang mengutarakan kebenaran yang tunggal dalam sejarah perjuangan Islam.
Jamaah yang memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia berterus-terang dalam menyatakan kebenaran walaupun di saat orang lain membisu seribu bahasa. Meskipun mereka ditindas, namun Jamaah Islamiyyah tetap diteruskan dengan perjuangannya yang suci.
Jamaah Islam itu sentiasa wujud di sepanjang sejarah dan ia berperanan menjaga Islam dan memeliharanya dengan lengkap dan sempurna sama ada dalam hal-hal aqidah, akhlak, perjalanan hidup serta kewajipan beriltizam dengan Islam sebagai cara hidup.
6. Jamaah yang mengutarakan kebenaran yang membolehkan umat Islam bersatu.
Jamaah yang tidak melupai wadah perjuangan yang bersifat keterbukaan yang boleh menyatupadukan para anggotanya pada prinsip dan dasar sekalipun mereka berbeza di dalam masalah furu’.
7. Di antara sifat-sifat Hizbullah ialah:
– Cintakan Allah dan Allah cintakan mereka
– Merendah diri sesama mukmin
– Bersikap tegas dengan orang-orang kafir.
– Berjihad pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencelanya.
– Memberi kesetiaan kepada Allah, Rasul dan para mukmin (pimpinan).
– Mendirikan solat.
– Menunaikan zakat
– Sentiasa ruku’ kepada Allah
Sifat mereka tersebut selari dengan Firman Allah di dalam Al-Qur’an:
“Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang berpaling tadah dari agamanya(murtad), maka Allah akan mendatangkan pula satu kaum yang Allah kasihkan kepada mereka dan mereka kasih kepada Allah, bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan bersifat tegas terhadap orang-orang kafir. Mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana Allah amat luas limpah kurnianya lagi meliputi pengetahuanNya” (Surah Al-Maidah : 54-56)
Post a Comment 1 comments:
afwan... ;)
boleh tahu dari mana saudara dapat semua ciri-ciri ini? Macam menarik, tapi yalah, takut juga kalau termanipulasi dek lambakan cerita ttg jemaah2 nih.
=)
Saya jugak perasan, banyak lah post saudara pasal jemaah2 nih. memang sedang mendalami bidang ini eh?
Rindu pada post-post yang mengisahkan tentang perjuangan dakwah, tentang keimanan, tentang seerah dan aqidah yang saudara tuliskan dulu-dulu.
=)
hihihi.. afwan eh, tanya banyak2 pulak.
tq for your time!
"Ya Rabbi, tohir qalbi, waqalbuna min kulli dzhon, wa kulli sharr.."
Moga Allah pimpin kita sama-sama ke syurgaNya!
January 22, 2011 at 12:46 PM