1) 1924-1938 : Mustafa Kamal Attaturk ( lahir 19 Mei 1881 – meninggal 10 Nov 1938 )
2) 1938-1950 : Ismet Inonu
3) 1950-1960 : Celal Bayar
4) 1960-1966 : Cemal
5) 1966-1973 : Cevdet Sunay
6) 1973-1980 : Fahri Koruturk
7) 1980-1989 : Ahmet Kenan Evren
8) 1989-1993 : Turgut Ozal
9) 1993-2000 : Suleyman Demirel
10) 2000-2007 : Ahmed Necdet Sezer
11) 2007-2009 : Abdullah Gul & Recep Tayyib Erdogan ( Perdana Menteri )
Catatan: Abdullah Gul & Recep Tayyib Erdogan adalah pimpinan dari parti yang berhaluan Islam di Turki iaitu Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AK Party). AK Party adalah lanjutan dari parti Islam sebelum itu iaitu Parti Refah ( 60-an ) dan Sa’adat yang diasaskan oleh Prof.Najmuddin Erbakan. Parti Refah pula adalah lanjutan dari Parti Milli Salamat. Usaha mengembalikan nilai-nilai Islam dan Syariat mula digerakkan oleh AK Party dengan penuh hemat berikutan kondisi Turki yang masih berbau sekular khasnya para pemimpin tertinggi tentera yang menguasai Turki. Pelbagai pendekatan digunakan oleh AK Party agar usaha mereka dapat diteruskan secara konsisten.
Sebagai contoh, mereka berdua dengan berani menampilkan isteri yang bertudung di khalayak ramai setelah pengisytiharan kemenangan pada tahun 2007 yang lalu. Kini, larangan memakai tudung dicabut semula dari undang-undang Turki sehingga menimbulkan keresahan kepada para Sekularis. Pengajian-pengajian Islam mula mendapat tempat semula dan universiti-universiti Islam mula berperanan.
Walaubagaimanapun, usaha-usaha yang baik dan berani dari gerakan Islam di Turki ini jangan sampai menjadikan kita lupa bahawa disana terdapat beberapa perkara yang perlu kita perhatikan. Ianya adalah soal sejarah kebangkitan, kegemilangan sehingga keruntuhan yang mengundang impak yang pelbagai baik positif ataupun negatifnya. Antara lain, kita juga mesti mengkaji secara bersungguh dan serius mengenai punca-punca mengapa semudah itu kerajaan Islam ditumbangkan. Teruskan kajian, pembacaan, diskusi dan sebagainya bagi meneliti segala anasir yang menjadi ‘bom jangka’ yang meletupkan Khilafah sedahsyat itu. InsyaAllah, sekurang-kurangnya pasti kita akan bertemu dua unsur iaitu dalaman dan luaran.
Mungkin, penulis tidak berhajat untuk mengemukakannya disini kerana ia memerlukan tempoh yang agak lama, pembacaan yang teliti dan fakta yang meyakinkan untuk dipaparkan. Namun, sekadar ‘menjentik’ sedikit agar kita terus melihat punca-punca ini dengan satu harapan agar ianya tidak berulang lagi dan persiapan dibuat untuk menghadapi situasi ini. Sebagai contoh, kita akan melihat betapa liciknya permainan dari Gerakan Freemasonry yang dinaungi Yahudi, peranan Negara-negara Eropah, rancangan Salib, kelemahan sebahagian khalifah-khalifah sendiri, fahaman kebangsaan yang tidak bertunjangkan Aqidah yang meragut fikrah umat Islam Turki sehingga membenci khalifah yang bukan berasal bangsa Turki, peranan Syiah serta kelemahan dari umat Islam sendiri dan lain-lain lagi.
Berikutnya, penulis mengutip sedikit catatan dari buku Gerakan Freemasonry-Musuh Dalam Menghancurkan Islam iaitu mengenai kesan-kesan kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu negatif dan positif.
Kesan Negatif :
1) Negara umat Islam menjadi lemah dan dijajah satu persatu.
2) Umat Islam berpecah dengan dahsyat mengikut negara masing-masing, identiti bangsa dan ideologi masing-masing.
3) Berlaku gejala riddah moden dengan pelaksanaan undang-undang Barat dan kebanggaan kepadanya dengan I’tiqad, ucapan dan perbuatan kufur.
4) Kerosakan dalam kehidupan : pemerintahan dan politik, ekonomi, pendidikan dan tarbiyah, sosial dan kemasyarakatan.
Kesan positif :
1) Kemunculan ulama’-ulama’ yang sedar yang menggerakkan Harakah Islamiyyah di negara masing-masing.
Alhamdulillah, disebalik tragedi berat yang menimpa dan mencabut izzah ummah ini, Allah s.w.t menyusun beberapa hambanya yang beriman dan bertaqwa untuk terus berjuang mengembalikan semula kemuliaan Islam yang tercalar. Sejak dunia Islam gelap tanpa berbapa, tanggal 1924, para ulama’-ulama’ yang sedar mula menyusun langkah, mengatur pergerakan, berbincang, berfikir siang dan malam, menangis mengadu kepada Allah akan ujian yang mencabar ini sehinggalah kesepakatan diputuskan agar sekularisasi dihadapi secara organisasi, jama’ah, kesatuan atau harakah.
Sheikh Bediuzzaman Said An-Nursi memulakannya di Negara Turki dengan Jama’ah An-Nur, diikuti dengan Ikhwan Muslimin di Mesir dan pelbagai lagi harakah-harakah yang tumbuh segar bagai cendawan semata-mata ingin melihat cahaya Islam kembali bersinar.
Post a Comment 0 comments: