Serambi Dakwah

IconMusafir di bumi Ilahi, aku singgah untuk menuntut ilmu untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.....

Mustolah Hadis: Istilah Hadis

Sanad dan matan

Hadis dalam kita-kitab hadis terbahagi kepada dua komponen. Iaitu sanad dan matan.
Sanad ialah rangkaian perawi yang menghantarkan kepada matan sesuatu hadis. Matan pula ialah isi kandungan sesuatu hadis yang berada diakhir sanad.

Contoh hadis penuh :

حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال حدثنا سفيان قال حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري قال أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي يقول سمعت عمر بن الخطاب رضي الله عنه على المنبر قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول : ( إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه )
Maksud : Telah menceritakan kepada kami al-Humaidi, Abdullah bin az-Zubair, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Sufyan, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa’id al-Anshari, ia berkata; Telah memberitahukan kepadaku Muhammad bin Ibrahim at-Taimi bahwasannya ia mendengar ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi berkata; Aku mendengar Umar bin Khaththab ra berkata di atas mimbar; Rasulullah saw bersabda; Sesungguhnya semua perbuatan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya (diniatkan) kepada dunia yang akan diperolehnya, atau perempuan yang akan dinikahinya, maka hijrahnya (dibalas) kepada apa yang ia niatkan (H/R Bukhari)

Biasa kalau kita baca kitab-kitab hadis terkadang mereka mulakan dengan dari umar al-khattab. ini adalah kerana mereka memudahkan orang awam. Mereka hanya menukilkan rijal pertama hadis sahaja. ok sekarang kita teruskan kembali. Yang dinamakan sanad ialah :

حدثنا الحميدي عبد الله بن الزبير قال حدثنا سفيان قال حدثنا يحيى بن سعيد الأنصاري قال أخبرني محمد بن إبراهيم التيمي أنه سمع علقمة بن وقاص الليثي يقول سمعت عمر بن الخطاب رضي الله عنه على المنبر قال سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول
Maksud : Telah menceritakan kepada kami al-Humaidi, Abdullah bin az-Zubair, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Sufyan, ia berkata; Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa’id al-Anshari, ia berkata; Telah memberitahukan kepadaku Muhammad bin Ibrahim at-Taimi bahwasannya ia mendengar ‘Alqamah bin Waqqash al-Laitsi berkata; Aku mendengar Umar bin Khaththab ra berkata di atas mimbar; Rasulullah saw bersabda

Manakala matan pula :

( إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرىء ما نوى فمن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو إلى امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه )
Maksud : Rasulullah saw bersabda; Sesungguhnya semua perbuatan itu disertai dengan niat, dan sesungguhnya setiap orang akan dibalas sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya (diniatkan) kepada dunia yang akan diperolehnya, atau perempuan yang akan dinikahinya, maka hijrahnya (dibalas) kepada apa yang ia niatkan

Apabila tercantum kedua-dua komponen sanad dan matan maka menjadilah ia yang kita panggil hadis.

http://kitaabun.com/shopping3/images/sahimusbeir300.jpg

Istilah kitab

Sering kita lihat juga apabila kita membaca buku mereka menyebut kutub as-sittah (kitab yang enam). Yang dimaksudkan dengan kitab yang enam adalah kitab sahih bukhari, sahih muslim, sunan tirmizi, sunan abu daud, sunan an-nasai dan sunan Ibnu Majah. Untuk kedua-dua sahih bukhari dan muslim bukanlah sebenarnya nama sebenar kedua-dua kitab tersebut tetapi sebenarnya panjang lagi. untuk kitab sahih bukhari nama asal kitab tersebut ialah al-Jami as-sahih al-Musnadal-Mukhtasar min umuri Rasulullah s.a.w wa ayyamihi. Untuk kitab sahih muslim saya tidak mengetahuinya begitu juga kitab-kitab sunan. Yang dimaksud dengan kitab Sunan adalah kitab yang ditulis dengan mengikuti urutan bab fiqh, seperti Iman, Thaharah, salat, zakat, dan seterusnya manakala kitab musnad pula ialah kitab yang meriwayatkan hadis mengikut pengkategorian sahabat yang meriwayatkan hadis ianya berbeza dengan kitab sunan yang mengumpulkan hadis mengikut susunan fiqh. Selepas itu lahir pula kitab-kitab yang semakin memudahkan golongan awam seperti kitab bulughul maram oleh Ibnu Hajar al-Asqalany yang mengumpulkan hadis daripada kitab-kitab hadis yang lain. Al-Muntaqa oleh saudara taqiuddin bin Taimiyah iaitu Abdus Salam bin Taimiyah. Misykatul Masabih, Riadhus Solihin Imam Nawawi dan banyak lagi.

 
 
 
 

Post a Comment 0 comments:

Post a Comment