Kalau saya pula, sebagai pelajar ekonomi, menerangkan tentang konsep absolute advantage dan comparative advantage. Sudut psikologi pula, manusia ada turun naik semangatnya. Sudut organisational behaviour pula, manusia cenderung bekerja dalam satu team.
Jadi, kenapa nak dakwah sorang-sorang kan? Sedangkan kita boleh hidup dalam jamaah.
Lepas tu, semua orang yang dah jelas fikrah, lalu berintima' dengan jamaah. Perhatikan, terus guna perkataan arab, agaknya, kalau tak guna perkataan arab, kurang fikrah kot. =) Lalu, kita pun nantikanlah kerja kita sebagai seorang ahli jamaah. Kita pergi usrah, kita tolong tanzim buat program, dan sebagainya. Lalu kita rasakan, kita sudah jadi ahli jamaah yang bagus.
Tapi, rupanya, kita itu, Bukanlah KITA semua, Hanya segelintir dari kita.
Selepas kita berintima' dengan jamaah, kita pun oklah, ingat nak buat kerja dakwah sama-sama. Tapi rupa-rupanya,
Usrah pun tak pergi,
Program pun tak tolong,
E-mel pun tak baca, tak reply,
Call pun tak angkat.
Kalau bawak usrah, guna manhaj sendiri,
Mesyuarat tak datang,
Kerja tak buat,
Program kawasan kita ponteng,
Program di malaysia kita tak tolong,
Jamaah perlukan bantuan, kita tak hulurkan.
Arahan jamaah, kita tak patuh.
Infaq jamaah, tidak kita salurkan.
Lalu, kita kata, KITA SUDAH MASUK JAMAAH?
Sedangkan kita seperti pepatah melayu, Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Inilah situasi, yang saya namakan dengan, Paradox of Jamaah.
Definisi paradox, daripada Wikipedia:
A paradox is a true statement or group of statements that leads to a contradiction or a situation which defies intuition. The term is also used for an apparent contradiction that actually expresses a non-dual truth.
Definisi Paradoks, Kamus Dewan Edisi Keempat:
Sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum
Jadi, Paradox of Jamaah,
Sesuatu yang kita harapkan untuk buat kerja bersama-sama, tapi akhirnya, buat kerja sendiri-sendiri juga. =)
Kita harapkan nak buat kerja dakwah ramai-ramai, tapi akhirnya, buat kerja/tak buat kerja ikut kepala kita sendiri juga.
Mungkin saya pun kurang faham makna paradoks. =)
Mungkin konsep ini banyak lompangnya. Tetapi biasalah, mana2 teori pun terdedah kepada kritikan.
Wallahualam.
Nukilan seorang sahabat, dikongsikan di blog ini untuk tatapan dan muhasabah kepada kita yang berintima' dengan jamaah.
Post a Comment 0 comments: