Serambi Dakwah

IconMusafir di bumi Ilahi, aku singgah untuk menuntut ilmu untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.....

Da'wah is an obligation

Da'wah. Memang ramai yang mudah menyebut perkataan ni.
Tapi, berapa ramai la orang yang menjalankan kerja da'wah ni?
Antara kepelikan orang2 kite ni adalah diorg senang je nak salahkan sesuatu
pihak atau badan Islam jika ada kemungkaran yang berlaku.

"Adakah pihak sekian dan sekian x buat kerja?"

"Apa yang diorg buat?"

Selalu kite dengar org menyalahkan sesuatu pihak jika mereka rasa kemungkaran
tu x dibanteras. Tak dinafikan, semangat mcm tu mmg bagus,
tapi sebelum kite menuding jari kepada orang lain,
kenapa kite x bertanya soalan tu sendiri kepada diri kita?

Ingatlah, tanggungjawab da'wah tu terletak pada bahu setiap umat Islam,
bukan hanya kepada badan2 Islam je,
Saya petik isi sebuah hadis yang lebih kurang maksudnya

"Kalau kamu ternampak sesuatu kemungkaran, ubahlah dengan tangan,
jika tidak mampu, ubahlah dengan lidah, jika tidak mampu ubahlah
dengan hati, itulah selemah-lemah iman."

Di kolej tempat saya belajar sekarang,
disebabkan kolej itu ialah kolej swasta yang diketuai oleh orang bukan Islam,
memang peraturan kolej tu x menjaga sangat kemaslahatan umat Islam,
Kod berpakaian ada, tetapi perlaksanannya amat menyedihkan,
Kod pergaulan ada, tapi perkara yang sama berlaku.

Beberapa tahun dahulu, di kolej ini,
Terdapat sekelompok manusia yang masih mempunyai sedikit kesedaran tentang
Islam dan risau tentang masalah yang berlaku,
jadi, di dalam kelompok manusia yang semakin hanyut itu,
mereka mengadakan pelbagai usaha untuk mengembalikan ummat di kolej
itu kembali ke jalan yang benar.
Memang mereka tak mampu nak ubah semua org kat kolej itu,
tapi Alhamdulillah, mereka berjaya mengurangkan kebathilan di kolej itu,
sedikit sebanyak, walaupun mendapat tentangan hebat daripada komuniti kolej.

Perkara ini berulang-ulang setiap tahun dan setiap generasi pimpinan badan itu,
tetapi apa yang mereka ini pegang,
berdakwah bukanlah senang, sebab syurga itu balasannya,
Syurga tu mahal harganya, mungkin terpaksa berkorban nyawa untuk mendapatkannya.

Kini, ape yang menyedihkan, perkara yang saya sentuh di awal tadi
tetap berlaku di kolej ini.
Apabila terdapat sebarang kemungkaran, semua org menuding jari ke arah
badan Islam tersebut tanpa menyiasat dengan telus.
Diorg ni menyangka tugas da'wah ni hanya atas bahu badan Islam ni semata-mata,

Fahamilah, prinsip melakukan kebaikan,

"tangan kanan memberi, tangan kiri x tahu"

Prinsip amar Ma'ruf Nahi Mungkar Plak,

"Allah melihat usaha kita untuk mencegah kemungkaran, Allah tidak melihat hasilnya"

Maybe golongan yang kondem badan Islam ni ade beberapa sebab kenapa diorg
buat camtu:

1) Diorang x faham Islam, i.e. x faham prinsip dakwah
2) Diorang x berada di tempat badan-badan dakwah tu, so diorg x merasai

Hentikanlah tuding menuding ni, eratkanlah ukhuwah, hanya dengan itu sahaja
Islam dapat ditegakkan.

Wallahu'alam

 
 
 
 

Post a Comment 0 comments:

Post a Comment