Serambi Dakwah

IconMusafir di bumi Ilahi, aku singgah untuk menuntut ilmu untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.....

Bukan Kerana Pangkat


versi Bahasa Melayu buku The Reluctant Politician

Sidang pembaca yang budiman, Jika ada yang bertanyakan kepada saya, cadangan buku yang perlu dibaca bagi lebih memahami senario politik di tanah air, saya tanpa ragu-ragu akan mencadangkan buku yang bertajuk 'The Reluctant Politician' oleh Ooi Kee Beng. Buku ini diterbitkan hasil usaha Institute of Southeast Asian Studies bagi memberikan kisah disebalik cerita perjuangan dan pengorbanan tokoh politik ini dalam usaha mendapat kemerdekaan. Dimana, tokoh ini seperti yang lain seringkali berjuang disebalik tirai malam, dia bekerja bukan kerana kemegahan atau kekuasaan tapi pengorbanan dan penderitaan yang sering dihadapinya hanyalah supaya Malaysia mendapat kesejahteraan.

Berikut adalah ringkasan serba ringkas yang terdapat di belakang buku tersebut, mungkin bagi panduan anda.

This is the long-awaited biography of Malaysia's powerful Home Affairs Minister and Deputy Prime Minister Tun Dr Ismail Abdul Rahman, who passed away of a heart attack on 2 August 1973. It is based on his private papers and on numerous interviews with his relatives and with people who knew him well, including Ghafar Baba, Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Robert Kuok, Lee Kuan Yew and Ghazali Shafie. New perspectives are provided about the struggle for independence, Malaysia's relationship with Singapore, the origins of Southeast Asian regionalism, the internal conflicts of the ruling party UMNO, MCA-UMNO ties, the fatal illness of Tun Abdul Razak Hussein, the May 13 riots, and the New Economic Policy. This book contains not only new facts about Malaysian and Singaporean histor y, but also insights into the processes of decolonization and nation building.

Dan berikut adalah beberapa pendapat dari media di tanah air mengenai buku ini;

In Malaysia’s The Edge:

  • The best prime minister Malaysia never had”, book review by Tommy Thomas, 23 April 2007.

In Malaysia’s Aliran Monthly:

  • Tun Dr Ismail Abdul Rahman: “The Third Man’ of Malaysian History”, book review by Johan Saravanamuttu, pp.28-31. Vol.27 (3).

Pandangan Saya

Bagi saya, secara peribadi memang saya agak berpuas hati dengan kandungan dan susun atur buku ini. Bab pertama misalnya bertajuk ‘Merdeka or Medicine’ agak bagus dan penting bagi pelajar perubatan membacanya. Sekurang-kurangnya anda lebih memahaminya daripada saya yang memang ‘entirely art student’.

Namun, terdapat beberapa peristiwa dalam buku ini yang membuka mata saya bahawa betapa ‘hilang’nya iman di dada sesetengah ahli politik tanah air dalam usaha mencapai kemerdekaan. Benar kata Ustaz Tuan Ibrahim; ‘kini, apabila bertembung perintah Allah dengan perintah manusia, perintah manusia lebih didahulukan’. Ini kerana ada beberapa peristiwa yang diceritakan dalam buku tersebut membuatkan saya agak terkilan dan kecewa dengan sesetengah ahli politik di tanah air ketika zaman kemerdekaan.


Isu Pertama; ahli agama dan ahli politik

‘kamu harus tahu yang kami minum arak dan bermain judi , jika kamu bersedia menerima pendirian dan sikap kami ini. Marilah bersama-sama kita berjuang demi mencapai kemerdekaan’, kata seorang ahli politik tanah air yang cukup terkenal.

Itu adalah kata-kata yang diluahkan oleh beliau, bukan karektor utama buku ini, tapi seseorang ahli politik yang berkata sedemikian apabila sekumpulan ahli agama menyuarakan kesediaan mereka untuk turut sama berjuang bersama mereka mencapai kemerdekaan.

Saya tidak akan mendedahkan namanya. Anda perlu membaca dan mencarinya sendiri. Namun, saya agak kecewa dan bukti-bukti yang didokumenkan dalam buku ini, memang jelas dan terbukti bahawa ketidakpercayaan mereka kepada agama menyebabkan mereka membelakangkan agama demi mengejar kesejahteraan dunia. Seterusnnya, setelah sumbangan ahli agama ini habis ‘dipergunakan’ mereka dicampak keluar dari arena pentadbiran negara. Seperti kata pepatah; habis madu sepah dibuang.


Isu kedua; mengapa perlu begitu?

sumber gambar ;blogs.reuters.com/

‘apabila ahli politik X , sedang sakit tenat , minuman yang menjadi temannya adalah minuman beralkohol jenis X, kadangkala, dia lebih suka yang jenis Y kerana lebih membantunya menahan derita sakit yang dialaminya’.

Begitulah antara penyataan yang terdapat dalam buku tersebut. mungkin terdapat sedikit kelainan berbanding teks asal kerana saya telah mengubahsuainya bagi merahsiakan identiti ahli politik ini. Bukan kerana saya ingin melindunginya, tapi saya berharap jika anda ingin mengetahui identitinya, silalah meluangkan sedikit masa membaca keseluruhan buku ini. Supaya anda tidak salah faham akan perkara sebenarnya. Cuma, disini saya sentuh beberapa isu yang saya kira amat penting untuk direnung-renungkan bersama.

Saya hairan kenapa perlu mereka hidup seperti Barat bagi mencapai kemodenan, rumah yang dipenuhi wiski, vodka, wain dan bermacam-macam lagi didedahkan dalam buku ini. Mungkin atas dasar inilah, bangkit kesedaran ahli agama supaya perlunya mereka untuk ‘terjun’ ke lautan politik supaya dapat membetulkan landasan kapal kepimpinan negara ke jalan yang sebenarnya.

Walaupun mungkin usaha mereka dipandang rendah dan enteng oleh ‘orang lama’ dalam bidang ini, namun, mengejar ‘dunia di sana’ lebih penting dari mendapat dunia di sini. Namun, ini tidak bermakna kita perlu abaikan bagi mencapai kejayaan dunia sini


Isu ketiga; terkorbannya 'bekalan agama' mengharungi lautan politik

usaha mencapai kemerdekaan memang payah, lebih payah apabila 'mereka'
yang menetapkan pelayaran, sumber gambar ;http://www.johnnicholsonfineart.co.uk

Anda perlu tahu bahawa tidak semua ahli politik ingin kesudahan tindakan mereka keluar dari landasan agama. Dalam satu bab dibuku ini seorang ahli politik menyatakan bahawa dia pada mulanya terjun ke lautan politik yang luas ini kerana ingin membetulkan kapal kepimpinan negara. Mengharungi lautan bergelora, angin yang menggila, cuaca yang serba tidak kena, demi agama dan negara yang tercinta. Namun, kesudahannya segala tindakan, perbuatan, kesan mereka seolah-olah telah diacukan oleh Barat. Segala-galanya, sudah tentu lari daripada agama.

‘They have to play by the rules, and the one who set up the rules it’s them. Westerners’

Dengan kata lain, ketika mereka menjadi nahkoda kapal negara, mereka telah terperangkap dalam ‘whirpool’ atau pusaran air yang dilakukan oleh Barat. Mahu tidak mahu mereka terpaksa menggunakan taktik,cara, tindakan dan acuan mereka supaya negara dapat keluar dari perangkap pusaran air ini. Kesan buruknya, banyak bekalan-bekalan agama di’campak’ keluar dari kapal negara. Saya berharap agar anda dapat memahami mesej yang ingin saya sampaikan disini.

Kadang-kala saya bermonolog sendirian;

Benarkah tiada jalan lain bagi kita keluar dari ‘whirpool’ itu? mungkin ada, tapi jalannya sangat sukar dan berliku-liku, mungkin kapal negara harus sebesar bahtera Nuh, bukan dari segi saiznya tapi dari sudut keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi. Apabila kita bergantung sepenuhnya dan percaya utuh dengan janji Ilahi, segalanya tidak mustahil!


ilustrasi gambaran bahtera Nuh seperti yang dilakarkan oleh Barat ; sumber dari
www.solarnavigator.net/.../noahs_ark_rainbow.jpg

Kesimpulan

Pendek kata, saya amat berharap agar sidang pembaca yang ingin lebih memahami politik tanah air, meluangkan sedikit masa membaca buku ‘The Reluctant Politician ‘ ini. Kandungannya tersusun dan penuh dengan cerita-cerita yang sangat menarik. Dan , berbincanglah dengan yang lebih arif ( tapi bukan saya! =D) jika terdapat kekeliruan yang muncul dibenak hati anda setelah membaca buku ini.

Selamat membaca!


*shazli87 (Mohd Shazli Zaini) merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam dan kini menyambung pelajaran di University of Leeds, United Kingdom dalam jurusan Perakaunan dan Undang-Undang.

http://au2a.blogspot.com/

 
 
 
 

Post a Comment 0 comments:

Post a Comment