Serambi Dakwah

IconMusafir di bumi Ilahi, aku singgah untuk menuntut ilmu untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.....

Mata vs Mata Hati

2295189872_b41dbcf82f_m.jpg

Katakan pada suatu hari anda pergi bersiar-siar di tepi pantai. Di hadapan anda terbentang laut luasnya saujana mata memandang. Tiba-tiba melintas sebuah bot di hadapan anda. Apa yang anda fikirkan? Bergantung bagaimana anda melihatnya samada dengan mata atau mata hati. Apa bezanya? Banyak sekali. Bagai langit dengan bumi. Satunya anda tak dapat apa-apa manakala satu lagi anda diberikan ganjaran pahala yang besar.

Melihat dengan mata:

910778661_ac7c3b0cbf_m.jpg

Apa yang anda nampak ialah sebuah bot melintas di hadapan anda. Bot itu berwarna kuning. Ada dua orang nelayan di atasnya. Air laut berwarna agak kemerahan kerana ketika itu cuaca masih pagi dan terdapat balikan cahaya matahari di atasnya.

Melihat dengan mata hati:

437517372_83474979e3_m.jpg

Anda nampak laut yang terbentang luas. Di bawahnya terdapat pelbagai jenis spesis hidupan laut dan batu karang. Kesemuanya diberi rezeki oleh Allah. Nelayan itu pula sedang membawa hasil tangkapan untuk dijual. Pendapatan dari jualan tersebut digunakan untuk menyara keluarganya pula. Kemudian anda melihat awan. Terapung-apung tanpa tiang menyokongnya. Matahari pula jutaan batu jauhnya. Tapi kepanasannya tidak tertanding dengan kepanasan api neraka.

Subhanaallah…

Nampak bezanya. Setiap saat anda memikirkan kejadian ciptaan Allah nescaya itu lebih baik dari anda sembahyang sepanjang malam. Betapa besarnya pahala yang dikurniakanNya. Tapi malangnya manusia mudah lupa kerana terlampau banyak nikmat yang dianugerahkanNya…

 
 
 
 

Post a Comment 0 comments:

Post a Comment