Serambi Dakwah

IconMusafir di bumi Ilahi, aku singgah untuk menuntut ilmu untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.....

Hukum Berlunjur Kaki di Masjid

- Berkenaan hukum berlunjur atau terlentang dalam masjid, terdapat hadis yang menunjukkan ia harus. Daripada Abdullah bin Zaid Al-Mazini,

أنه رأى رسول الله صلى الله عليه و سلم مستلقيا في المسجد واضعا إحدى رجليه على الأخرى

Maksudnya: Dia melihat Rasulullah SAW berbaring terlentang di dalam masjid sambil meletakkan salah satu kakinya ke atas kaki yang satu lagi.
Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 463) dan Sahih Muslim (no: 2100).

- Berdasarkan hadis ini, ulama mengambil hukum HARUS berbaring sambil terlentang dalam masjid selagi kedudukan seperti itu tidak menyebabkan terdedah aurat.

- Para ulama yang mengharuskan kedudukan seperti itu tidak memperincikan samada kakinya menghadap kiblat ataupun ke arah lain. Kerana tidak ada nas yang melarang daripada menghadapkan kaki ke arah kiblat.

Wallahu A’lam.

Rujukan:
- Syarah Sahih Muslim 14/77-78
- Ahkam Al-Masaajid oleh Albani m/s 239

al-ahkam

 
 
 
 

Post a Comment 0 comments:

Post a Comment