Hadith tentang Nabi S.A.W. makan dengan 3 jari diriwayatkan antaranya oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, al-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan al-Darimi.
Maksudnya: “(Ka’ab menceritakan) bahawasanya Rasulullah S.A.W. makan dengan 3 jari, dan apabila selesai baginda menjilatnya.” (HR Muslim)
Di dalam Tuhfah al-Ahwazi ketika mensyarahkan hadith Baginda S.A.W. makan dengan 3 jari, dinyatakan:
وكان صلى الله عليه وسلم يأكل بأصابعه الثلاث بالإبهام والتي تليها والوسطى
Nabi S.A.W. makan dengan tiga jari baginda iaitulah jari ibu, jari telunjuk dan jari hantu.
Persoalan: Adakah adab ini dipakai ketika memakan nasi?
Jawapan bagi persoalan ini terdapat di dalam ‘Aud al-Ma’bud iaitu Syarah bagi Sunan Abi Daud, iaitulah:
“Adalah (Nabi S.A.W.) makan dengan 3 jari.” Pada teks hadith ini menunjukkan sunnahnya, makan dengan 3 jari, dan jangan memasukkan jari yang keempat dan kelima melainkan kerana keperluan seperti terdapat kuah/gulai/sup yang tidak memungkinkan dengan 3 jari. Al-Imam al-Nawawi berkata: “Berkata al-Hafidz: Diambil daripada hadith Ka’ab bin Malik, bahawasanya sunnah makan dengan 3 jari, jika guna lebih dari 3 jari ianya adalah harus.
Sa’id ibn Mansur mengeluarkan dari Mursal Ibn Syihab: “Bahawasanya Nabi S.A.W. apabila makan, baginda makan dengan 5 jari, maka digabungkan hadith ini dengan hadith Ka’ab (menunjukkan, Baginda makan dengan 3/5 jari itu) dalam keadaan yang berbeza.”
Post a Comment 0 comments: