Salafi ialah nisbah kepada perkataan ‘Salaf’ yang bermaksud: mereka yang terdahulu. Dari sudut istilah, salaf ialah mereka yang disebut dalam beberapa nusus syarak, iaitu:
السَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ عَنْهُمْ وَرَضُواْ عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Maksudnya: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar. (Al-Taubah: 100)
Dalam hadis Imran, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

خيركم قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
Maksudnya: Sebaik-baik kamu ialah mereka yang pada kurunku, kemudian mereka yang pada kurun selepas mereka, kemudian mereka yang selepas kurun mereka. (Direkod oleh Bukhari no: 2508, dan Muslim no: 2535)
Huzaifah bin Al-Yaman berkata, “Setiap ibadah yang tidak pernah dilakukan oleh sahabat-sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maka janganlah kamu beribadah dengannya. Kerana generasi awal tidak meninggalkan suatu pun untuk generasi kemudian. Maka bertaqwalah kepada Allah, wahai para qurra. Ambillah jalan orang-orang sebelum kamu”.
Yang wajib ialah kita bermanhaj dengan manhaj para salaf. Mengikuti sunnah mereka dalam aqidah, ibadah dan akhlak. Tidak semestinya kita perlu menyertai mana-mana kumpulan atau organisasi yang dikatakan salafi. Tetapi, dekatilah para ilmuan dan sahabat-sahabat yang bermanhaj salafi supaya kita dapat belajar dari mereka.
Dalam masa yang sama, jangan menganggap kita sebagai salafi dan orang lain tidak salafi. Kerana, kita tidak layak menisbahkan kita sebagai salafi. Kita hanya mengikuti manhaj salafi.
Wallahu A’lam

Post a Comment 0 comments: