Ramadan baru sahaja meninggalkan kita serta digantikan dengan kedatangan syawal.Sebagaimana yang maklum, syawal adalah bulan kegembiraan , bulan kemerdekaan dan satu daripada bulan-bulan haji.
Namun sedang kita bergembira di dalam Syawal ini,bulan kemenangan bagi mereka yang benar-benar dapat menghadapi Ramadan dengan tabah, kita tidak seharusnya lalai dalam menyambut kemeriahan suasana hari raya. Kita tidak sepatutnya menganggap bahawa hanya Ramadan , bulan untuk kita beribadah.
Jika pada bulan lalu (Ramadan) kita telah Berjaya mengawal lidah kita daripada melafazkan perbualan yang tidak sesuai, maka seharusnya kita mengawalnya sepanjang hayat.
Dan jika mata kita dapat dikawal dari melihat dan menonton pemandangan yang keji, ini bukan bererti,selepas Ramadan kita bebas untuk kembali mengamalkannya.
Perlu diingatkan bahawa,sebagai umat islam,kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t,dengan melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya sebagaimana firman Allah s.w.t :
“ Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada apa yang diciptakan Allah di langit dan di bumi , benar-benar terdapat tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang bertakwa."
Kita baru sahaja meninggalkan madrasah Ramadan yakni bulan yang penuh dengan keberkatan serta bulan yang melatih kita untuk menghadapi sebelas bulan yang mendatang.Namun begitu,sebagai muslim sejati kedatangan Syawal dan pemergian Ramadan sepatutnya member keinsafan kepada diri dengan bertanyakan apakah Ramadan ke atas diri kita sendiri.
Adakah kedatangan bulan penuh berkah itu benar-benar meninggalkan kesan, sebagaimana puasa yang dilakukan itu dapat melatih dan mendisiplinkan kita? Atau sebulan yang berlalu hanya meninggalkan kesan lapar dan dahaga.
Maka beruntunglah bagi mereka yang telah menjalankan ibadat pada bulan ini dengan penuh keimanan sebagaimana sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud
“ Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan ,akan diampunkan dosa-dosa yang telah lalu."
Mungkin ada antara kita yang merasakan bahawa terdapat banyak kekurangan yang dilakukan pada bulan Ramadan yang lalu di mana ibadat sepanjang bulan itu tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan mungkin terlepas untuk mendapat kelebihan seribu bulan.
Namun sesungguhnya, Allah s.w.t itu Maha Pemurah, sering memberikan peluang untuk hamba-hambanya di mana di dalam Syawal ini juga terdapat beberapa amalan yang boleh di lakukan sebagai tambahan, kesinambungan daripada amalan kita pada bulan lalu.
Ibadat tambahan yang di maksudkan ialah puasa enam iaitu berpuasa selama enam hari di dalam bulan Syawal sama ada di lakukan secara berterusan atau berselang- seli , selama mana ia di lakukan di bulan Syawal.
kelebihan Puasa Enam
Puasa enam hari di dalam bulan Syawal mengandungi beberapa kelebihan, sebagaimana diriwayatkan di dalam sebuah hadis yang bermaksud
“ Barangsiapa yang berpuasa sebulan Ramadan , diikuti dengan enam hari dalam bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa selama setahun”
Allah s.w.t juga berfirman di dalam surah Al-An’am yang bermaksud :
" Barangsiapa yang membawa amal yang baik maka bagi (pahala) sepuluh kali ganda. Dan barangsiapa yang membuat perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi pembalasan kecuali yang seimbang dengan kejahatannya.Sedang mereka sedikitpun tidak di aniaya ( dirugikan )."
Inilah kelebihan yang Allah s.w.t tawarkan bagi direbut oleh umat Islam yang mungkin terlepas kelebihan Ramadan sebelum ini.
Taqabballahu minnaa wa minkum (^__^)
Post a Comment 0 comments: