Serambi Dakwah

IconMusafir di bumi Ilahi, aku singgah untuk menuntut ilmu untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.....

Ramadan dan Lailatul Qadr

Assalamualaikum wbt

Ramadan semakin melabuhkan tirainya...

Bagaimana pula perasaan kita ? Sedih dengan berlalunya Ramadan?
Atau gembira ?

Bagaimana dengan amalan-amalan kita selama ini?

Tepuk dada tanya IMAN..

kata-kata saidina Umar “ Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab” .

Ayuh kita hisab diri kita dan muhasabah segala amalan2x kita di bulan Ramadan al- Mubarak..

"Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan."
(Muttafaq 'alaih)

Syariat dan Sunnah

Puasa itu merupakan syariat yang telah ditetapkan Allah s.w.t dalam rukun Islam manakala solat sunat terawih merupakan sunnah nabi s.a.w.

Alangkah beruntungnya manusia yang berlumba-lumba melakukan amal kebaikan di bulan ini dan celakalah manusia yang gagal mendapatkan keampunan Allah di bulan berkah ini.

Adakah puasa kita selama ini hanya sebagai adat semata-mata atau merupakan ibadah untuk Allah s.w.t?Banyak orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata..

Alangkah beruntungnya manusia yang berpuasa kerana Allah s.w.t sehinggakan tidur orang berpuasa itu dikira ibadah .

"Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan, minum dan syahwatnya karena taat pada perintahKu(Allah). Puasa adalah untukKu dan Aku akan memberikan balasannya, sedang sesuatu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipat gandanya."
(HR. Imam Bukhari)

Hadis Qudsi Tetamu terhormat kita ialah bulan yang mulia - bulan Ramadan. Kita perlu mengutamakan dan mengagungkan tanda kebesaran Allah (syiar Allah), kemuliaanNya, berhijrah untukNya.

Jabir Ibn Abdillah berkata; “Janganlah kita samakan hari-hari biasa kita dengan hari-hari puasa. Seharusnya ada perubahan sebaik sahaja kita melangkah ke bulan Ramadan.”

Sabda nabi s.a.w “ Bersegeralah kamu melakukan amal soleh sebelum didatangi 7 perkara..

http://2.bp.blogspot.com/_QfXyBcKQS1E/SsDyD6EsblI/AAAAAAAAAdY/3OcCuX-2AcE/s320/malam+lailatul+qadr.jpg

1) Kefakiran
Sesungguhnya kefakiran itu boleh membawa kepada kekufuran

2) Kekayaan yang melampau
Sekiranya anak adam diberikan dua lembah emas, pasti dia mengharapkan yang ketiga

3) Sebelum datangnya sakit

4) Tua yang menyayukkan

5) Mati mengejut

6) Hari turunnya dajjal

7) Hari kiamat, apabila matahari naik disebelah barat

Apabila hilal Ramadan menjelma, pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup. Maka, berubahlah sekiranya kita inginkan fadhilat Ramadhan. Namun tanda kasihnya Allah s.w.t pada hambanya, Allah menjanjikan satu malam penuh barakah yang lebih baik dari seribu bulan...
bersamaan 83 tahun 3 bulan.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"

Sempena karnival pahala dan ibadah yang dijanjikan pada Ramadhan ini, ditambah pula dengan kemuncaknya pada 10 malam terakhir, jom hayati hadis ini.

Daripada Abu Dzar Al-Ghiffari r.a

•Aku bertanya kepada rasulullah s.a.w

•“Wahai Rasulullah, khabarkan kepada ku mengenai lailatul qadr. Adakah ia di dalam bulan Ramadhan atau bulan-bulan lain?

•Nabi: Bahkan , ia di dalam Ramadhan

•Abu Dzar : Ia ada bersama nabi-nabi terdahulu. Apabila mereka wafat, adakah ia juga diangkat(sudah tiada) atau ia kekal hingga hari kiamat?

•Nabi : Bahkan, ia akan kekal hingga hari kiamat

•Abu Dzar : Bahagian ramadhan yang manakah ya Rasulullah

•Nabi : Carilah ia di sepuluh awal dan sepuluh akhirnya

•Abu Dzar : Dimanakah ia diantara 20 puluh itu?

•Nabi : Di sepuluh yang terakhir. Jangan engkau bertanya lagi kepada ku selepas ini Tetapi aku ingin benar-benar mendapatnya, maka aku bertanya lagi.

•Abu Dzar : Aku bersumpah ke atas Mu atas hakku, beritahulah aku, dimanakah dalam sepuluh hari itu?

•Lalu Rasulullah, amat marah terhadap aku dan tidak pernah baginda marah sebegitu sekali semenjak aku bersahabat dengan baginda. Tetapi baginda bersabda

•Nabi : Carilah ia pada 7 malam terakhir. Jangan engkau bertanya lagi kepadaku

Hadis Riwayat Ahmad dan Nasa’i

Bagi sesiapa yang tidak berkesempatan .. jangan dilupa.. peluang dan rahmat Allah itu tersangat luas.. (^__^)

Sebelum maut datang menjemput dan matahari naik disebelah barat,ayuh tingkatkan amalan dan jangan berputus asa dengan rahmat Allah melainkan orang kafir..

Allahua'lam

~subhanallah wabihamdihi subhanallahil 'adzim~

 
 
 
 

Post a Comment 0 comments:

Post a Comment