Serambi Dakwah

IconMusafir di bumi Ilahi, aku singgah untuk menuntut ilmu untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.....

Cabaran dalam perjuangan

Apabila kita menerima tanggungjawab memikul beban dakwah ini, sebenarnya kita telah menerima juga secara tidak langsung akan segala mehnah (ujian) dan tribulasi yang datang bersamanya.

Kita memang selayaknya untuk diuji. Mesti bersedia untuk diuji. Lihat sahaja kepada isu-isu semasa yang menyelubungi.

Contohnya, antara ujian yang dihadapi Pas:

Diuji dengan DIBUNUH: Pembunuhan penyokong dan pemimpin Pas yang tidak diadili sampai ke hari ini
1. Pembunuhan wakil rakyat Pas Kelantan, Abdul Samad Gol
2. Pembunuhan Osman Talib di Lubuk Merbau, Kedah pada 1985
3. Peristiwa pembunuhan Ustaz Ibrahim Mahmud dan rakan-rakannya di Memali, Kedah pada 1985
Para syuhada Memali

Diuji dengan ditangkap dan dipenjarakan: Penangkapan dan pengurungan pemimpin-pemimpin Pas.
1. Dr Burhanuddin al-Helmi (Presiden Pas ketiga) ditahan sekian lama di dalam penjara. Meninggal pada 1969 setelah lama menderita akibat penyeksaan yang dikenakan semasa dalam tahanan
2. Pada tahun 1984, 3 exco Dewan pemuda Pas pusat ditahan di bawah ISA
3. Operasi Lalang 1987
4. Operasi Kenari 1988

Diuji dengan pemimpin keluar jemaah: Pemimpin Pas keluar dari jamaah yang merupakan suatu kemalangan yang menjejas maruah Pas sebagai sebuah jamaah Islam. Antaranya ialah:
1. Bekas YDP Haji Ahmad Fuad Hassan
2. Dato’ Asri Haji Muda
3. Bekas NYDP Nakhaie Haji Ahmad dan lain-lain

Diuji dengan perpecahan di dalam jemaah: Perpecahan dari dalam juga merupakan suatu tribulasi menyebabkan Pas terpaksa berhadapan dengan banyak musuh yang berasal dari kawan-kawan sendiri. Antaranya ialah:
1. BERJASA pimpinan Dato’ Muhammad Nasir pada 1978
2. HAMIM pimpinan Dato’ Asri Haji Muda pada 1983 dan kemudiannya ISLAH pada 1989

".... dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu;
dan akan Kami uji perihal kamu"
Surah Muhammad 47:31

Perjuangan juga berdepan dengan ruang-ruang bergerak yang semakin disempitkan. Ia bukan disempitkan oleh kongkongan dan akta zalim semata-mata, tetapi disempitkan juga oleh prejudis dan sumbatan minda yang amat kompleks.

Perjuangan mempertahankan keadilan dan hak kemanusiaan, dilabel sebagai pembangkang.
Pembangkang dilabel sebagai penjenayah dan mengganggu ketenteraman awam.
Sekurang-kurangnya itu adalah mazhab politik Malaysia hari ini. Minda dan cara berfikir masyarakat hari ini. Label pembangkang menjadikan orang telah pun lari, sebelum kita sempat memperkenalkan diri atau dituduh tiada tarbiyah tanpa asas yang kukuh dan penilaian yang teliti.

"Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, nescaya mereka akan mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka...."
Surah At-Taubah 9:42

Hamba itu tidak berhak untuk menentukan perlakuan tuannya. Hamba ini bebas disuruh, boleh diuji malah sentiasa bersedia untuk apa sahaja. Apatah lagi hamba kepada Tuan yang Maha Tuan, iaitu Allah SWT.

Selayaknya kita diuji, bukan dengan ujian yang kita persiapkan diri terhadapnya, tetapi ujian yang tidak disangka-sangka. Terserah kepada-Nya.

Ujian adalah cara Allah meningkatkan imej kita di hadapan Dia, bukan status kita di sisi manusia.

 
 
 
 

Post a Comment 0 comments:

Post a Comment