Serambi Dakwah

IconMusafir di bumi Ilahi, aku singgah untuk menuntut ilmu untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.....

Reformasi pendidikan Gerakan Islam

ABIM
Pendekatan tarbiyah yang terdiri dr kombinasi ilmu sekular dan Islam telah memberikan tempat kpd pendidikan agama dalam institusi yg berbagai bentuk. ABIM memperkenalkan gagasan ini menerusi sekolah persendiriannya yg pertama, Yayasan Anda pada 1971.

Sekolah swasta ditubuhkan utk membantu keciciran dalam kalangan pelajar Islam bagi memasuki universiti tempatan turut diresapi dengan pendekatan Islam berbentuk Haraki ala Ikhwan al-Muslimun yang diperkenalkan melalui aktiviti usrah, tamrin dan qiamulail.

ABIM tidak ketinggalan dalam mempertahankan dan memodenkan institusi pondok dan sekolah rakyat seperti yang dilaksanakan terhadap Maahad al-Ummah di Chemor, Perak (Selain dr Maahad tersebut, Madrasah Maahad Diniyyah, Derang di Kedah turut dikaitkan mempunyai hubungan dengan ABIM. Lihat Mohd Anuar Tahir, Politik ABIM. hlm.3)


ABIM seterusnya menggandakan usaha tarbiyah secara lebih sistematik bermula dr peringkat kanak2 sehinggalah melalui ke peringkat institusi pengajian tinggi. Institusi pendidikan seperti Taman Asuhan Kanak2 (TASKI) pada 1979 dan seterusnya diikuti oleh Sekolah Rendah Islam (SRI), Sekolah Menengah Islam (SMI), Institut Pengajian Ilmu2 Islam (IPII, tubuh pada 1991)
dan Institut Perguruan ABIM (IPA) dibuka kpd ahli dan masyarakat.

Tidak keterlaluan dikatakan ABIM ialah perintis sistem dan institusi moden dari kalangan gerakan Islam. Penubuhan institusi berkenaan adalah suatu manifestasi daripada hasratnya yg ingin melihat suatu sistem pendidikan alternatif berteraskan Islam agar berkembang dalam masyarakat. Di IPII memainkan peranan penting dalam melaksanakan idea 'Islamisasi Ilmu'. Idea ini dikatakan dapat dilaksanakan menerusi pemberian roh dan perspektif Islam terhadap seluruh bidang. Mata pelajaran yg terlibat, sebagai contoh, di samping menawarkan kursus2 yg berasaskan Islam spt Pengajian Quran, Hadis dan Bahasa Arab, IPII juga menawarkan kursus lain seperti Undang-undang Perbankan, Sains Sosial Islam dan Pemikiran Politik Islam
yg merupakan panduan antara ilmu sekular dan Islam. Tahap kesarjanaan di IPII seterusnya dipertingkatkan lagi dengan kewujudan program2 berkembar dengan universiti tempatan dan luar negara. (Badlihisham Mohd Nasir, Islamic Movements in Malaysia: A Study of Da'wah in PAS and ABIM, hlm.263-266) .

JIM

Jejak langkah ABIM yang mempopularkan penekanan tarbiah serta pendidikan ini diikuti oleh JIM, sebuah gerakan yang dikatakan berasal dr IRC. Setelah didakwa gagal mendominasi PAS dan ABIM, IRC muncul ke persada umum dengan imej tarbiah dan islah menerusi program2 yg dikendalikan secara profesional dan sistematik. Ini bersesuaian dengan latar belakang gerakan ini yang didokongi oleh tokoh korporat dan profesional.

Sebagaimana ABIM, JIM mula dikenali di mata masyarakat menerusi program seperti Institusi Al-Quran, Da'wah Training Institute IWC-JIM dan Institusi pendidikan seperti sekolah rendah dan menengah Al-Amin dan Kolej Jaipetra.
(Badlihisham Mohd Nasir, Metod Dakwah Gerakan Islam Tanahair: Sorotan terhadap PAS, ABIM dan JIM, kertas kerja dibentangkan dalam Seminar kebangsaan Dakwah dan Gerakan Islam Alaf Baru anjuran Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM pada 10 Julai 1999) .

Sekolah Al-Amin ialah institusi yang berjaya menarik perhatian masyarakat. Ia membariskan falsafah 'Tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta mampu membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yg dituntut oleh al-Quran dan al-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, menyeluruh dan berterusan. Matlamat umum ialah membentuk generasi Muttaqin yang mampu menghayati dan memperjuangkan Islam secara menyeluruh. Justeru, pendidikan agama dan Bahasa Arab ditekankan. Kurikulum yang digunakan diambil dr beberapa sekolah agama di Kelantan dan Terengganu yg selaras dengan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (Zatul Akmam Yusop, Jamaah Islah Malaysia, Sejarah Penubuhan dan Sumbangannya kepada Dakwah Islamiyyah di Malaysia, hlm.45-46)

Secara keseluruhannya, program dan institusi yang dikendalikan oleh JIM dan ahli-ahlinya ini tidak banyak berbeza dengan apa yang telah dilaksanakan oleh ABIM.

PAS

Meneruskan pengajian sekolah pondok. Ini mungkin berpunca dr sikap kerajaan yang lebih mengutamakan sistem sekolah Inggeris, sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dalam arus pendidikan negara. Hubungan PAS dengan institusi pondok dan sekolah agama rakyat telah bermula sejak penubuhan Maahad Il Ehya Assyarif, Gunung Semanggol pada 1934 yang kemudiannya melahirkan gerakan Islam berbentuk parti politik pertama di Malaysia bernama Hizbul Muslimin (1948).

Sistem sekolah pondok yg lazimnya dikaitkan sebagai sarang PAS umumnya beroperasi dalam keadaan serba kekurangan khususnya dr sudut material.

PAS mengorak langkah dengan mnubuhkan Lembaga Dasar Penasihat Rancangan Dasar PAS Kelantan yang turut membincangkan isu2 pendidikan. (Lembaga ini turut dianggotai Prof Zulkifli Muhammad, tokoh PAS dan juga setiausaha Kolej Islam Malaya Klang waktu itu). Oleh kerana rancangan berkenaan bertentangan dengan akta pelajaran pada masa itu yg menghalang penubuhan universiti kecuali oleh kerajaan pusat, ia ditukar kepada Pusat pengajian Tinggi Islam atau Markaz al-Dirasah Al-Islamiyyah (Islamic Centre for Higher Studies). Pusat ini lebih dikenali sebagai Nilam Puri, mempunyai satu fakulti sahaja iaitu fakulti syariah yang dibuka pada 1971.

Pada 1968, pusat ini diisytiharkan sebagai Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan. Pada tahun yg sama, Universiti Al-Azhar Mesir memberi pengiktirafan kepada Fakulti Syariah di pusat ini sebagai setaraf dengan Fakulti Syariah wa al-Qanunnya. Ini bermakna, mahasiswa drpd Nilam Puri diterima terus untuk mengikuti kursus pada tahun pengajian yg sama di Universiti al-Azhar. Kini Nilam Puri menjadi sebahagian drpd cawangan Akademi Islam Universiti Malaya.

Ringkasnya, penekanan parti ini terhadap bidang pendidikan berjaya menjadikan rakyat Kelantan mendapat pendidikan tinggi berbanding negeri lain di Malaysia.

PAS menubuhkan Institusi Berakan (1976) yang telah menjadi pusat pendidikan pro-PAS secara tidak rasmi (asalnya dikatakan sebuah sekolah swasta pro-ABIM seperti Yayasan Anda). Institusi ini berkembang menjadi sekolah persendirian yg mengikuti kurikulum dan sistem peperiksaan yg ditetapkan oleh KPM, di samping dijadikan pusat penyebaran dakwah dan perjuangan parti. Sebagaimana ABIM, PAS menubuhkan institusi pendidikannya yg
merangkumi dr peringkat kanak2 hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.

PASTI atau Pusat Asuhan Tunas Islam (1982) adalah institusi pendidikan pra-sekolah yang dibuka kpd semua golongan masyarakat tanpa mengira latar belakang politik. Hampir 70% pelajar adalah dr keluarga yg bukan ahli PAS. Dianggarkan pada 1996, PASTI mempunyai sebanyak 700 cawangan, 2000 guru, dan 30 000 murid.

PAS memperkenalkan persekolahan peringkat rendah dan menengah secara rasmi apabila Muassasah Darul Ulum dan sekolah Darul Ulum atau SRIDU ditubuhkan pada 1995 dan 1996. Sebelum ini, pendidikan peringkat berkenaan dikendalikan secara persendirian oleh ahli2 PAS.

Selain Institusi Berakan, Sekolah Rendah Agama al-Munir di Terengganu dan Madrasah Taufikiyyah Khairiyyah al-Halimiyyah di Kedah.

Arus penswastaan pendidikan turut mendorong parti Islam ini menubuhkan Kolej Profesional Kosis-Kohilal (1995), Institut Teknologi Ibnu Sina (1997). Kedua-dua kolej yg beroperasi selaras dengan konsep IPTS ini menekankan pendidikan Islam di samping mengenakan bayaran yang berpatutan berbanding institusi pendidikan swasta yang lain. (Badlihisham Mohd Nasir, Islamic Movements in Malaysia: A Study pf Da'wah in PAS and ABIM, hlm.195-199)


Di samping mengembangkan institusi pendidikannya sendiri, PAS turut membangunkan institusi pendidikan yg telah sedia wujud di Malaysia. Ini dapat dilihat dr perhatian seriusnya terhadap institusi pondok dan sekolah agama rakyat. (PAS menentang keras tindakan kerajaan memberhentikan bantuan terhadap sekolah agama rakyat SAR, oleh kerajaan. Tindakan itu dianggap bukan sahaja menyekat pengaruh parti itu tetapi juga akan melenyapkan peranan pendidikan tradisional. Lihat Abdul Hadi Awang, Sekolah Agama Rakyat Pertahan Benteng Kekuatan Ummah, Jabatan Penerangan PAS pusat, 2003)

PAS cuba membangunkan institusi berkenaan dengan memperkenalkan konsep pendidikan bersepadu dengan penubuhan pondon moden seperti di Bachok, Kelantan.

Yayasan Islam Kelantan, YIK ditubuhkan pada 1974. Matlamat pendidikan YIK adalah melahirkan Muslim yang beriman, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan berkelayakan berkhidmat utk membangun keluarga, masyarakat, negara dan ummah. YIK mengamalkan dua sistem pendidikan serentak, iaitu kurikulum al-Azhar dan kebangsaan yang membolehkan pelajarnya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU), Sijil menengah Ugama (SMU), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Sistem pendidikan YIK semakin berkembang di Malaysia apabila didapati sekurang-kurangnya 14 buah sekolah menengah agama di luar Kelantan termasuk Majlis Islam Singapura menggunakan sistem dan sukatan pelajaran serta mengambil peperiksaan di bawah kelolaan YIK. Pada 1998, kira2 800 pelajar lepasan YIK melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar (Laporan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, dipetik drpd Harakah 22 Oktober 1999)

Sumber: Buku Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa, karangan Dr Badlihisham Mohd Nasir. (hlm 101-117)

 
 
 
 

Post a Comment 1 comments:

Anonymous said...

nak share! TQ

January 25, 2011 at 9:31 PM

Post a Comment