Serambi Dakwah

IconMusafir di bumi Ilahi, aku singgah untuk menuntut ilmu untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.....

Kelahiran Taadud Jamaah

Pada ambang kejatuhan khilafah Othmaniyyah dan penjajah Barat menguasai tanahair umat Islam. Pada waktu itu, lahirnya mujadid-mujadid setempat untuk mengembalikan kekuatan dan kemuliaan Islam seperti Sheikh Jamaluddin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh dan sebagainya.

Tetapi selepas perang dunia ke dua, umat Islam kehilangan salasilah khilafah yang dibina oleh datuk nenek mereka dengan air mata dan darah. Tanahair umat Islam difaraidkan. Undang-undang dan ideologi-ideologi sesat dipusakai kepada umat Islam oleh penjajah Solibiyyin.

Di awal abad ini, Allah melahirkan Mujadid di setiap tanahair umat Islam. Mujadid-Mujadid Islam menubuhkan Jamaah Islam di setiap tanahair masing-masing. Al-Imam Hasan Al-Banna menubuhkan Ikhwan Muslimin di Mesir, Abu ‘ala Al-Maududi menubuhkan Jamaah Islami di Pakistan, ditubuhkan PAS di Malaysia dan lain-lain.


Tetapi di pertengahan kedua abad ini, umat Islam dibentangkan dengan fenomena percambahan Jamaah Islam . Percambahan jamaah-jamaah ini mencorakkan fenomena perpecahan dan kebingungan umat Islam. Kelahiran taadud jamaah berasaskan beberapa punca:-

i. Ada jamaah yang ditubuhkan dengan sebab kesedaran untuk mengembalikan umat kepada kesyumulan Islam dan melaksanakan kefardhuan zaman.

ii. Ada jamaah atau pertubuhan yang diasaskan untuk memberi kekuatan kepada jamaah Islam yang telah ada dan sebagai platform untuk memperluaskan dakwah Islam dan amal Islami (iaitu) yang bertepatan dengan manhaj dan prinsip jamaah ‘Islam yang Induk’.

iii. Ada jamaah yang ditubuhkan di atas alasan tidak puas hati. Tidak puas hati terhadap beberapa aspek pada jamaah yang telah ada.(4) Di antaranya :-

a) Melihat dan mengira jamaah yang telah ada tidak menekankan pada beberapa aspek seperti tarbiyyah, ekonomi, tasawuf dan sebagainya. Dan beranggapan jamaah yang telah ada hanya menekankan satu juzu’ sahaja daripada Islam.
b)Menuduh jamaah yang telah ada tidak syarie’ pada pengamalannya.

iv. Ada jamaah yang diilhamkan oleh musuh-musuh Islam atau diperalatkan oleh pertubuhan bukan Islam untuk menyanggah dan berhadapan dengan Jamaah Islam yang telah ada. Firman Allah ;


والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وارصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن ان اردنا الا الحسنى والله يشهد انهم لكاذبون لا تقم فيه ابدا
Maksudnya : “Dan orang-orang yang membina masjid dengan tujan membahayakan (keselamatan orang Islam) , dan menguatkan keingkaran mereka sendiri, serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk dijadikan tempatan intipan bagi orang yang menentang Allah dan Rasulnya sebelum itu, (dan) mereka bersumpah dengan berkata “tidakkah yang kami kehendaki dengan membina masjid ini melainkan untuk kebaikan semata-mata!”. Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka berdusta!”
(surah at-Taubah : 107 – 108)

Berkata Ali bin Abi Talib daripada Ibnu Abbas di dalam menafsirkan ayat ini . “Mereka dari kalangan Ansar yang telah membina masjid . Pendeta Abi Amir berkata kepada mereka, “Dirilah masjid dan bersedialah dengan apa yang kamu mampu dengan senjata dan kekuatan, saya akan pergi ke mahligai kaisar Rom, saya akan datang bersama tentera Rom dan mengeluarkan Muhammad dan sahabat-sahabatnya.” Tatkala mereka selesai mendirikan masjid, mereka pun datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata, “Kami telah selesai membina masjid kami. Kami sangat menyukai agar engkau bersembahyang dan berdoa keberkatan untuk kami.” Maka Allah pun menurunkan ayat: (5)

لا تقم فيه ابدا

Al-Ustaz Said Hawwa menyatakan bahawa daripada kisah masjid Dirar ini, kita memahami bahawa tidak sepatutnya kita taradud (ragu) untuk mencabut (memerangi) segala yang mengancam keamanan dan kesatuan Muslimin. WAJIB ke atas kita, bersegera untuk menghancurkan segala perancangan ahli kufur dan nifaq.(6)

Tanpa disedari, betapa banyak jamaah yang dipergunakan oleh musuh Islam menjadi masjid Dirar yang memecah-belah umat Islam dan memberi kekuatan terhadap musuh Islam untuk terus bertapak. Masjid adalah jami’ (tempat berhimpun) dan simbol jamaah (kebersamaan) serta markaz kesatuan Islam. Rasulullah s.a.w. telah membakar; dan Allah telah melarang berada di tempat himpunan manusia yang bergelar masjid , jika ia diasaskan untuk memecah-belah umat, memudharatkan Muslimun dan menyokong musuh Allah dan Rasulnya S.A.W. Alangkah lebih afdhalnya, jamaah atau pertubuhan yang memecahkan Muslimin dan menyokong parti Sekularisme ditolak dan dihapuskan!

Sebahagian petikan daripada kertas kerja FENOMENA TAADUD JAMAAH : SATU PENILAIAN
Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, (1990an)

Nota Kaki :

[4]Lihat huraian – Tuan Guru Hj. Harun Taib, Berbilang-bilang Jamaah : Sebab-
sebab dan Beberapa Saranan untuk mengatasinya, m.s 113-114

[5]Asas fit alTafsir, Ustaz Sa’eed Hawa, Juzu’ 4, m.s. 2356

[6]Ibid. m.s. 2357

 
 
 
 

Post a Comment 0 comments:

Post a Comment