Alhamdulillah, kita diberikan Allah kesempatan dan masih bernafas untuk menyambut tahun baru Hijrah 1432. Dan menurut kalendar Islam, tahun Hijrah bermula dengan bulan Muharam (tidak bermaksud Nabi S.A.W. berhijrah pada bulan Muharam). Dan di dalam bulan ini juga, kita amat digalakkan untuk berpuasa sunat. Antara yang paling afdhal adalah pada 9 dan 10 Muharam, iaitu hari Tasu'a dan hari Asyura. Di sini dikongsikan beberapa hadis mengenai kelebihan berpuasa pada hari-hari ini:
عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim)
Jadi, apa tunggu lagi, jom kita sama-sama memburu pahala!!!
Post a Comment 0 comments: