Serambi Dakwah

IconMusafir di bumi Ilahi, aku singgah untuk menuntut ilmu untuk meneruskan perjalanan yang masih panjang.....

ARC (Alternative Riding Club)


.
Alternative Riding Club (ARC) ialah kelab motor yang ditubuhkan dibawah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, (DACS) Dewan Pemuda Pas Pusat. Ianya adalah salah satu kaedah Pas dalam mendekati dan mentarbiyah masyarakat sesuai dengan minat mereka.
Islam tidak menghalang umatnya untuk membuat perkara kesukaan dan hobi selagi mana tidak bercanggah dengan larangan Allah.
.
Moto kelab ialah, "We riding for charity". Pelancaran peringkat pusat bagi kelab ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Dato Haji Abdul Hadi Awang, Presiden Pas pada 31 Ogos 2007 di Kuala Terengganu.

Presiden kelab ialah Saudara Yasir Said, bekas juara “Malboro Castrol Malaysian Cub Prix Championship ’95 dan Yamaha-Shell Cub Prix’96.
.
Banyak ekspedisi motor menjelajah negeri-negeri di semenanjung. Antaranya ialah, Konvoi ARC Marang ke Jengka, Konvoi ARC Dungun ke Kota Bharu, Konvoi Sungai Gabai dan banyak lagi . Turut diadakan, ekspedisi Memali
.
Selain aktiviti menunggang motosikal dari satu tempat ke tempat yang lain, diselit ceramah-ceramah oleh Ustaz-ustaz Pas semasa mereka berhenti rehat di beberapa check point.
Sebagai contoh, untuk konvoi dari ARC Marang ke Jengka, pada waktu malam, diadakan ceramah perdana yang disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Saad, Ustaz Abu Bakar Soleh, Ustaz Shahril Azman Abd Halim. Masa rehat pada waktu malam digunakan sebaiknya untuk mendengar pengisian daripada para Ustaz.
(Sumber: LINK)
.

Teknik eye posture.
.
Turut menjadi slot dalam konvoi mereka ialah slot “Safety Riding” yang berkaitan dengan menunggang motosikal seperti teknik menguna brek dengan betul (ABS), teknik mengimbang motor dalam keadaan perlahan (slownest) dan teknik penggunaan mata sewaktu menggambil selekoh (eye posture).
.

Sesi tazkirah.
.
Juga, dalam konvoi ARC Selangor di Sungai Gabai turut diadakan sesi tazkirah ringkas selepas solat Zuhur di surau oleh Ustaz Mad Jan sebagai santapan rohani.
(Sumber: LINK)
.
Ternyata, ARC menjadi salah satu wasilah dakwah dan tarbiyah PAS kepada masyarakat yang meminati motosikal (termasuk juga, mat rempit). Juga, ARC menunjukkan dengan jelas kepada mereka (para peminat motosikal dan mat rempit) bahawa ulama dan para Ustaz senang dan mampu didekati serta tidaklah menakutkan seperti yang dibayangkan.
.
Sumber: Blog ARC

 
 
 
 

Post a Comment 0 comments:

Post a Comment